Perjanjian Kambing

"Kau perasan tak dulu Samad tu miskin. Sekarang dia dah paling kaya di kampung kita ini." Petah sangat orang kampung itu mengata Samad.

Memang sangat ketara perubahan Samad yang dulu hanya menjaga kambing. Sambil-sambil tu Samad ada juga buat 'partime' gali-gali kubur; Kadang-kadang Samad tolong menghiaskan kebun orang. Itulah kerja Samad beberapa bulan lepas. Tapi tidak pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Di kampung itu ramai juga penduduk yang asyik sangat nak mengatakan kekayaan mengejut Samad. Ada yang kata dia ni kena nombor loteri 6D la, tak kurang juga yang mengatakan bahawa Samad mempunyai toyol yang kaler pink untuk buat duit mudah. Tak perlu kerja.

Samad memang kaya harta namun tidak kaya melalui hubungan persahabatan. Satu per satu sahabat Samad menjauhkan diri dari Samad. Entah kenapa terjadi macam tu. Mungkin ada sebab yang tersembunyi. Ataupun mungkin kerana kekayaan Samad itu sendiri.

..................................................................

Samad menggali kubur pada waktu itu jam menunjukkan pukul 7 malam. Ini kerana mayat itu hendak di segerakan di tanam dan Samad terpaksa buat 'O.T.' hari itu. Sedang-sedang asyik Samad menggali datang seekor kambing kepada Samad dan bersuaralah kambing itu kepada Samad.

"wei penggali...!!!" Sergah Si kambing. "Babi kau, kau panggil aku benggali??!" sahut Samad dengan berangnya. Si kambing pun ketawa sambil berkata-kata "Pekak sangat ke kau ni. Aku cakap penggali bukan benggali. Kakakakakakakakaka!!!"

Pada saat itulah segalanya berubah. Samad semakin hari semakin kaya harta tapi tidak kaya pada perhubungan persahabatan. Samad semakin di jauhi atas sebab yang mudah. Kawan-kawan serta orang kampung tidak lagi mahu berkawan dengan Samad.

Setiap kali Samad mengajak lepak pada waktu malam sambil main-main dam aji di warung pak Ali semua kata "ya". Namun bila tiba waktu malam semua hilang. Semua duduk diam di rumah. Warung pak Ali pun tutup. Mana taknya kalau Samad yang datang pada malam itu bukan Samad yang biasa namun Samad yang berbungkuskan dengan kain putih. Dan teloncat-loncat cara Samad berjalan. Keadaan macam ni buat Samad di jauhi dan Samad sering menangis. Bila dia menangis satu kampung itu kedengaran. Itulah sebab Samad kaya. Perjanjian.

12 comments:

haruan tasek said...

hantu pocong rupanya........... fuhhyooo

sharamli said...

bukan a.samad said kan?

Anonymous said...

samad tu hantu ke?

Hazerin said...

kau tipu!!!

mana ada toyol kaler pink.

kau tipu!!

mana ada hantu.. mana ada...

FARYN said...

tengkuuu,
mya takut...
huhuhuhu

qishie said...

kambing tu mesti ko kan?

vidadarisakura said...

bangang campur gampang ko ni.

afrohead said...

perjanjian apa yang samad buat?

j4l4k said...

Samad kenapa?? dan kenapa???

sutera putih bertukar pink,,, said...

apa yg berlaku pd samad sebenarnyer???
dok pahang...

Kapten Luffy said...

benarkah?

menakutkan

Pekerja Kontrak said...

haruan - kakakakakakaka....



sharamli - bukan...



lifesaver - agak la.... jadian...



hazerin - cakap je klau ko takut....




faryn - mya jgn takut la tengku kan ada...




Noor Aqilah - bukan la... kambing tu kambing la.... kakakakakaka....



vida - argh!!!!!



anas - perjanjian kambing...




j4l4k - y???



sutera - hehehehehehe....



luffy - hehehehehehehehe.....