Durian Oh Durian

5 Julai 2008,

Sekarang ni kat tapak bina aku ni durian dah mula nak jatuh... So aku kalau ade masa aku pegi la teng0k-tengokkan kebun orang kot-kot ade sebiji dua durian yang jatuh... Ada jugak la rezeki aku... Walaupun hanya dapat makan seulas saje... Kira ok la mulut ade bau2 durian kan... hehehe... Ye la dua biji durian tp setengah biji je yg dapat di masukan kedalam mulut.. Kena plak yg makan sampai 5 6 orang... Sabar je la...

Nak di jadi kan cerita, suatu hari bos aku datang bersama 'cladding' punye bos... So dorang pegi round dusun durian orang... Dapat la dalam 4 5 biji... So kitaorang makan dalam 3 biji yang boleh di makan... hehehe... Lepas tu dorang ajak pulak aku gi round lagi dusun orang... pergh...!!! Kali ni dapat lagi dalam 8 biji... Agak rakus juga la mata-mata pekerja aku memerhatikan gelagat sumbang orang atasan mereka.

Tak cukup dengan apa yang telah kami perolehi bos aku mengajak lagi meronda bahagian lain. Bahagian yang jauh. Dan lagi banyak pokok-pokok durian yang mengeluarkan hasil yang agak merimbun. Ronda. Ronda. Dan terus meronda. Tiba-tiba ada suara menjerit.

"Woi!!!!! Bikin apa?!!!!!" Jerit seorang lelaki separuh umur naik motosikal. Aku terdiam sendirian. Aku keluar dari semak dan melihat bos aku sedang bercakap dengan orang tersebut. Dan bahasa mereka aku langsung tak faham malahan seperti orang tersebut sedang marah. Namun sekelip mata terus muka lelaki itu berubah menjadi seperti tidak marah dan terus beborak dengan bos aku.

Selesai saja perbincangan itu, bos mengajak aku balik dan menceritakan perihal marah lelaki itu. Lelaki itu telah membeli buah durian yang ada di sana. Kesemua sudah di 'booking' beliau. Tapi lelaki itu tidak membeli tanah itu. Hanya membeli buah saja. Aku bermonolog di dalam hati "macam ni pun ada jua".

............................................................................

Sekarang sudah bulan mei. Mesti pokok-pokok durian di daerah Mantin sudah berbuah. Sangat seronok kalau aku masih lagi berkhidmat disana. Durian oh durian.

8 comments:

sharamli said...

xminat durian....

Anonymous said...

x suka durian!

Pekerja Kontrak said...

Sharamli & Lifesaver - memang rugi la korang bedua ni....

kuIna said...

oppssss sy x makan durian...

Mrs Poyo said...

nnt pos sebiji 2 kat mira..

Aloy Paradoks said...

jadi siapa punya durian tu bro,, lelaki yang marah tu or bos lu punye...hahahaha

sharamli said...

rugi = untung kn?

muahahaha

Kapten Luffy said...

aku tak pernah lg ambik durian yg jatuh

huhu