Tentang Diri Sendiri

Aku bekerja dalam pejabat yang ramai pekerja di dalamnya hanya seramai 4 orang termasuk aku. Dua wanita cina ( aku beri nama 'a' dan 'b' ), satu melayu ( aku beri nama 'c' ) dan satu bumiputra sabah (aku la tu). Semua kelihatan ok kalau dalam satu pejabat. Tapi kalau sudah tinggal 2 orang, mula lah mengata rakan sepejabat yang lain. Orang cakap talam dua muka. Aku kadang-kadang join tapi aku lagi rela menjadi orang yang berkecuali sebab aku malas nak cakap pasal orang tak tentu pasal. Kalau la orang tu tau apa yang kita cakap mau tebakar orang tu sebab kepanasan hati.

Apa yang aku ingin katakan disini ialah tentang masalah aku dalam pejabat dimana tempat aku melampiaskan nafsu serakah aku untuk memblogkan diri ini. Pejabat ni kecil saja, tapi ramai yang macam gila pangkat. Nak jadi bos. Padahal semua makan gaji pada bos yang sama. Macam sial perangai masing-masing. Asyik-asyik nak tikam belakang orang. Sudahlah aku malas nak pandang belakang.

Bermula dengan cerita 'a'. 'a' sudah bekerja lama di pejabat ini. Secara automatisnya dia menjadi senior kepada kami. 'a' sedang mengandung dan tak lama lagi akan mengambil cuti bersalin. Apa yang menarik tentang 'a' ialah seorang yang agak pendiam dan rajin bekerja. Hari-hari balik 530 petang tajam (sharp) sebab nak mengambil anak dari sekolah. Dan yang paling menarik ialah dia ni moody sikit. Boleh tiba-tiba marah dan suka-suka tampar orang bila marah. Lepas tu mata berair siap jerit-jerit lagi tu. Haih....

Kedua adalah amoi umur 30 tahun di berikan nama 'b'. Kenapa amoi? jawab dalam hati cukup. 'b' pun sudah lama bekerja. Tapi bukan di pejabat ini, di pejabat asal si 'a'. Jadi di sini boleh kita simpulkan bahawa 'a' + 'b' = kroni. Tapi mereka ni selalu bertembak mulut. Kecoh satu pejabat (bukan besar sangat pun pejabat aku ni). Kalau masa tu aku ada kerja mesti aku cepat tension. Bila aku sudah tension mula lah aku cepat merasa panas, pening kepala dan di akhiri dengan sakit kepala teramat (migrain tahap dewa). Lagi fakta menarik pasal 'b' ni ialah mulut dia memang kecoh. Kalau dia mula bercakap mesti bising. Mesti suara dia ni je yang hendak di dengar. Haih....

Ketiga adalah wanita melayu sebaya umur dengan aku (aku tua beberapa bulan dari wanita ini ok), yang aku cadangkan nama dia 'c'. Apa yang menarik tentang 'c' ini ialah mood. Kadang-kadang macam sampah mood dia kadang-kadang macam celaka pun ada. Ini aku katakan sebab 'c' ni depan aku ok. Balakang aku selalu di tikam. Kalau dalam meeting aku saja yang kena. Asyik-asyik aku. Asyik-asyik aku. Hairan aku. Dengki punya pasal kot. Lepas tu asyik dia saja yang betul. Apa pendapat orang tak nak dengan. Sama macam ahli politik Malaysia sekarang. Kalau aku tanya tiba-tiba marah aku. Apa salah aku tiba-tiba aku kena marah ni. Adakah aku ni orang yang sentiasa untuk di lampiaskan kemarahan seseorang. Ni lah melayu. Sesama melayu pun mau tikam-tikam. Haih...

Itu adalah cerita mengenai rakan-rakan sepejabat aku. Oleh itu, aku harap kamu semua dapat mentafsirkan tulisan aku ni dengan baik. Entri kali ni tiada hubungan dengan perkauman ianya cuma berputar-putar di bahagian sikap (attitude) seseorang.

P/S: Harap korang baca sampai habis. Sebab aku rasa entri ni agak panjang.

Updated: Aku kerja di kompeni kontraktor kecil. So aku bukan kontraktor.

Updated 2: tadi bos aku sound2 aku pasal aku mcm kurang menyerlah... ni mesti ada orang tikam belakang aku ni... Babi betul....

27 comments:

rj.zyra said...
This comment has been removed by the author.
rj.zyra said...

3 girls, and a guy ? Payah tu. Remain lah sebagai orang yang berkecuali, kalau nak elak drama.

You dont mess with 3 ladies, moody hormonal ladies, that is :P.

Tapi sometimes, bagi gertak sikit to show you tak deal with nonsense tak semena-mena and mood tak dijemput mereka, best jugak kut ?

Drama, drama.

:)

Dato Paduka Masri said...

rj.zyra - hahahahahaha... betul... kadang2 mmg aku jalan kan plan aku untuk menangkis drama2 dorang ni... macam la aku kerja di ofis yang besar...

NURUL HARUN said...

susah gak kan mcm tu. takpe la. alah bisa tegal biasa kan. sabar ok! :)

Dato Paduka Masri said...

nurulharun - mmg susah... susah2 study... susah lagi keje... haih...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

so skrg ni... a ke, b ke, c ke..yg selalu maki ko wktu PMS?? hahahaha.

jwb jgn x jwb

Jie said...

satu melayu ( aku beri nama 'c' )


itu sudah cukup untuk merungkaikan sifat² yang ada pada kebanyakkan berbangsa spt C

Dato Paduka Masri said...

hazerin - a.... em...... 'c' kot... kakakakakaka...


jie - ok... harap ko faham.. heheheh

Miss Izah Mohamed said...

aduh.. mcm2 ragam je org zaman skrg ni.. uhu
tp sabo jelaa ye...

j4l4k said...

Aku mmg membenci poliTIKUS tempat kerja.Tapi syang apa yg AKU diperjuangakan waktu masih berkerja dulu x sampai kerna soal cucuk,kipas,tikam-menikam,emosi jiwa kacau,jilat ludah sendiri.Alangkah bagus kalau ada yang mahu mengerti...

mEiZ AraNda said...

wow
da macam konflik rumah tangga laa tempat keje kamu nie...
tp di ana2 pun sama
masing2 hadapi perkara yang sama.:)


tp tu semua mengajar ite..tension tu biasa laa kan?masing2 baek depan jer..blkang?sendiri mau ingat laa.:p

pape pun just ingat yg kite cari rezeki kat situ...n rezeki di mana2 pun ada...sabar je tu yg penting.:)

ok bro?

patungcendana said...

tu sebab aku suka jadi anti social...

patungcendana said...

re:...ya...memang gambar tu...hehehe...:-)

kay said...

tak tau nak kata camna..ko sorang je lelaki..kalau ada sorg lagi lelaki,boleh kawtim..lawan diorg..

ala,sorg2 pun boleh berjuang..

haruan tasek said...

ko memang mangsa keadaan

en.Adam said...

lu jangan main tikam tikam pulak

ayampinko said...

minah tu suker kat nko..
tu jer yang dapat aku simpulkan..
atau pun lu nie memang tak besh..
hahahaha..jom lepak aku payung..

Qaseh.Darwisy said...

biasa la prangai mcm tu kalau kt site office..mulut smua mcm gampang..benci aku..

~d!b@~ said...

manusia ni macam2..
yang penting masri kan cool hehe :P

niEna hailani said...

abaikan jeee....

yg pntg kita still ley bernafas kn??

Monkey D Luffy said...

kompeni kecik dah susah mcm tu

apa lagi kompeni besar

sayanghasni @ yus said...

itu 4 orang...
aku nie 2 orang jer tak termasuk boss..
pun selalu kena tikam..
tak kira depan, belakang..
member nie pegawai lulusan U..
TAPI TAK TAHU HORMAT PRIVASI ORANG..
tak pandai simpan rahsia..
member blog pun dia tibai semacam jer..
aje giler ler...

Dato Paduka Masri said...

missizah - tu la... mcm2 tul..

j4l4k - ko keje ke???

meizaranda - rezeki harus di cari... haih... sabar2...

ma.patung - haah kan.. baik jd anti sosial...

kay - tp salu aku setel gak ngan dorang2 ni.

haruan - tu la pasal...

en.adam - main tikam no boleh kot...

ayam - bile lepak??? kat mana???

qaseh - haahahahaha... same feeling...

kakdiba - cool..... banje makan lagi cool...

niena - ni masih bernafas la ni..

luffy - itu la... itu la yg ssh tu...

yus - hehehehee... lagi dasat...

~d!b@~ said...

jom!

mari pegi makan! lalalalala

Lifesaver said...

cter ttg ko ke tu?

fallen angel said...

aku baca smp abis.
nway.bila jadi tahi mcm kt tmpt keje kan aku jadi badut.ko try. berkesan gak.mcm ko tak rasa pape.

Seth Synner said...

ko mangsa dow atau lebih mudah, ko dilayan sebagai 'adik-adik' oleh mereka2 itu... ha ha ha


booo kepada diri sendiri.. BOO!