Rasanya Seperti Pertama Kali Bawa Motosikal

Entah kenapa. Hati rasa senang sangat. Rasanya seperti baru pertama kali bawa motosikal. Padahal mula-mula aku bawa motosikal ramai orang takut nak naik dengan aku. Cakap aku bawa macam nak langgar orang. Padahal aku rasa aku sudah cukup berhati-hati.

Oh ya. Aku belajar bawa motosikal ketika umur aku 20 tahun. Mempunyai motosikal sendiri ketika mula-mula bekerja. Syarikat punya motosikal. Hati memang senang tapi tiada lesen. Selepas setahun motosikal ni kena curi time aku sudah masuk ke pejabat. Dapat naik pangkat la katakan. Sakit hati masa tu. Motosikal kena curi.

Selang 2 minggu kemudian aku beli sebuah skuter yang bernama 'gagak hitam'. Hati senang bertambah senang sebab masa tu aku memang dapat bonus 2 bulan. Kena pula masa tu adalah bulan puasa. Memang senang hati tahap naik motosikal pertama kali.

Tapi kenapa semalam aku merasakan hati macam tu juga? Apa kaitan? Mungkin ada orang yang jujur dengan aku dan buat aku di hargai.

Terima kasih.

5 comments:

ayampinko said...

nko nak kawen yer mas...

FVN said...

bawak baby naik!
hahahaaa

vidadarisakura said...

mari nyanyi lagu jujur radja ramai-ramai. ayohhh.

mimizuzuhaha said...

naik motor ni best, cepat sampai

sharamli said...

dah kawen? tahniah!