Apa Akan Anda Lakukan?

Aku selalu baca Harian metro online. Bahagian yang paling aku suka ialah bahagian bimbingan/dang setia. Macam-macam soalan. Yang ini bagi aku amat menarik:


"Teruna ragu-ragu curahkan perasaan



SAYA meminati seorang gadis dan kami berkawan 11 tahun. Sejak tahun lalu, saya mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Dia gadis yang baik pekerti dan budi bahasanya. Saya yakin dia boleh menghormati orang di sekeliling saya dan juga ibu bapa saya. Kerana itulah saya jatuh hati padanya.
Saya bekerja di sebuah syarikat penyiaran dan dia pula masih belajar. Umur kami sebaya. Kami pernah keluar bersama beberapa kali dan menelefon serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga kali seminggu kerana dia masih belajar dan tidak mahu dia terganggu.

Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya pada si dia. Lama-kelamaan saya mula berfikir, jika saya tidak meluahkan isi hati saya kepadanya secepat mungkin, kemungkinan saya menyesal kerana terlambat. Tidak mungkin saya boleh mencari wanita lain sebaik sepertinya. 

Apa perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara terbaik untuk meluahkan isi hati saya padanya? Pada masa dan suasana manakah yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini?

DELIMA
Selangor
 "


Kalau anda di tempat si teruna ini. Apa anda akan lakukan?

4 comments:

sharamli said...

sebenarnya gadis itu adalah saya.

vidadarisakura said...

ih tolong la pelis.

Anonymous said...

ala...cakap je i lap u.kalo dia takmo..cari lain..eh!shafarina pon okeh what..hehe

Pekerja Kontrak said...

sharamli - kakakakakakakakaka...

vida - jgn la ambil hati.... hahahaha...

capa - shfarina who??? hahahahahaha