Kenapa Aku Penat Sangat ni.........???

Semalam aku ngan member aku merangkap jiran sebelah bilik merangkap member serumah merangkap member sekerja aku pegi ke rumah pomen company kami. Sebab utama pegi sana nak amik cover set skuter ku yang comel. Sebab aku nak tukar coverset. Dalam rancangan kami lepas tu nak pegi makan.

Tiba je kat umah pomen tu die ajak pegi makan dulu. Destinasi nak pegi makan seksyen 25 taman sri muda shah alam. Aku ingat dekat je. Member aku bisik jauh tu. La... jauh rupenye.. Kalau aku tau.. Tak nak aku.. Tapi dah dalam kete macma mana nak tolak..

Pomen aku ni berbangsa aceh. So kerakyatan nya adalah Republik Indonesia. Dan tempat yang die bawa ni adalah area kaum-kaum die.. So bile datang sana aku rasa macam aku melawat aceh je.. Sebab memang ramai orang aceh kat sana.. Makan pun kami makan makanan aceh.. Sedap gak masakan dorang ni.. Layan habis.. Lepas makan balik terus.. Hantar dorang aku ngan member aku terus balik tuk melabuh kan malam sambil belayar bersama mimpi-mimpi indah. Die ngan mimpi die dan aku dengan mimpi-mimpi ku..

Pagi ini, sebelum aku menaip blog ini, aku ke kedai mamak biasa aku pegi setiap pagi.. Layan nasi lemak yang sambal nya cair.. Sambil layan cerita tamil versi zaman hippies.. Zaman macam tu pun dorang boleh buat tarian india versi hippies.. Wow... aku tegelak sorang-sorang sedangkan orang di kiri kanan ku melihat dengan serius cerita bekenaan.. Aku balik ofis then aku buka pc aku ni...

Pc ni dah nak format balik. Pc ni dah ternak virus-virus secara besar-besaran.. Akibat nya pc aku jadi lembab.. Keje aku dah kurang tapi aku suka buat-buat ada keje.. Dan aku mengantuk......

Lalu aku tanya pada diri ini.... "Kenapa aku penat sangat ni......???"


PS: Nama Pomen aku tu Gade...

2 comments:

one love said...

kenapa ye?

heheh saya pun tertanya2!
haha

Dato Paduka Masri said...

hahahaha....

xtau... psl tu tye kat org...