Apa kata Hati aku Bila dalam situasi...

Situasi 1
Ternampak Polis trafik yang pakai baju putih nek moto tengah berhenti di persimpangan lampu isyarat. Lepas tu en. tu ajak beborak ngan seorang perempuan yang sedang-sedang cantek nya yang menaiki skuter.

"ceh... Ngan aku tak plak die buat macam tu. Ngan awek ye lah. Dah la bang. Anak dah besar. Bini kat umah tu harus di ingati..."

Situasi 2
Bila seorang awek yang bejalan dengan taman lelakinya. Kemudia die tengok aku dan senyum-senyum ngan aku. Sambil teman lelaki die jeling kat aku.

"wei... Ko jangan la macam tu. Boyfren ko tengok semacam je kat aku. Dah la. Ko dah ade boyfren tu syukur la.."

Situasi 3
Seorang awek duduk sorang-sorang kemudian aku cuba untuk senyum kepada nya. Kemudian die tarik muka.

"Eleh... Nak ajak borak pun sombong. Ingat cantek sangat la tu. Wei aku bukan nak ngorat. Aku boring takde kawan nak borak la.."

Situasi 4
Member aku borak cerita yang aku tak interested dan buat sakit kepala aku.

"Eh.. pagi tadi aku makan 3 ringgit. Hmm... Duit ni dah tinggal berapa eyh..???"

Situasi 5
Sedang aku memandu kereta/skuter. Tiba-tiba ade orang potong laju-laju macam die tengah sakit perut nak berak je.

"Ceh... Ko ingat ko laju ke.. Kang aku kejar kan sakit hati ko..."

4 comments:

ceri masam said...

hehehheehhe!

lebih kurang je kata2 hati saya kalau dalam situasi yang sama ha!

hahahah

Pekerja Kontrak said...

ye ke... hihihihi... xsangka ada org yg mcm sy gak....

helmi said...

boy..ry aji kemana kau?

Pekerja Kontrak said...

ntah... blom plan mana2 lagi... napa???