OK, Terus Terang

Ok secara terus terang dan jujur aku katakan bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di syarikat ini. Syarikat yang sudah 2 tahun aku bekerja di bawahnya. Melayan pelbagai karenah manusia. Macam-macam bangsa, warna kulit, bahasa dan juga perangai.

Ok secara terus terang aku memang tidak sabar ingin begerak pergi dari tempat ini. Maksud aku rumah yang aku tinggal semenjak aku di pindahkan dari tapak bina ke pejabat. Kerusi yang aku duduk sekarang ini tidak selesa lagi. Komputer tempat dimana aku selalu ber'facebook' dan mem'post'kan karangan di ruang terhad ini sudah selalu saja tergendala. Seperti tahu aku hendak pergi dan mereka menantikan seseorang yang baru untuk menggantikan diri ini.

Ok secara terus terang aku memang akan meninggalkan tanah ini dan akan hidup dengan permulaan yang masih samar-samar. Permulaan yang akan menentukan hidup aku di masa akan datang. Semoga semuanya akan bejalan lancar.

Ok secara terus terang aku memang akan menghabiskan masa aku yang tinggal dengan behibur besama kawan-kawan dan sahabat-sahabat dan 'nya' aku. Tapi hanya kepada yang terdekat dan yang telah membuat temu janji. Kepada yang lain, hanya kemaafan yang aku pohon. Semoga berjumpa lagi di haribulan dan tahun yang lain.

Ok secara terus terang aku ingin menyatakan aku sedang runsing bagaimana semua ini akan terlaksana kalau gaji aku kena tahan. Bos aku main kasar sekarang ni.

Hadiah Terbaik Untuk 'nya' Aku

Apakah hadiah terbaik untuk 'nya' aku atau kekasih hati kalian jika kalian di dalam situasi kering duit di tengah bulan?

Hati aku menjawab,

"Sesungguhnya elok lah kau suruh kawan kau ikat kau dan letakkan di depan pintu rumah 'nya' kau."


Kalau kalian berani cubalah.

Musik Yang Aku Suka

Kalau bercerita pasal musik memang semua orang suka musik. Dari musik yang memainkan genre keagamaan sehingga musik yang memainkan genre yang kita tidak tahu.

Tapi bagi aku ada musik yang aku suka. Musik yang yang ada maksud. Musik yang beerti. Musik yang boleh aku dengar. Tidak kira samada musik tanah air atau musik tanah air orang lain.

Musik bagi aku adalah satu cara untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai. Tetapi sejak akhir-akhir ini pelbagai musik yang mengarut apatah. Siap ada tiru-tiru gaya musik orang lain la. Sebiji pula tu macam musik orang lain. Entah apa yang difikirkan si pembuat. Nak jadi pujaan ramai sebab boleh cipta musik sendiri atau lebih nyata lagi boleh jadi 'indie'.

Musik juga adalah seni. Kenapa seni? Sebab cara si pencipta menyampaikan mesej yang ada dalam musik mereka. Fakta ini tidak termasuk bagi orang yang hanya meniru atau mengikut-ikut musik orang lain. Juga tidak termasuk untuk orang yang gila untuk menjadikan diri mereka pujaan yang mana mereka ini menghilangkan kesenian yang ada dalam musik. Belajar tinggi-tinggi. Tapi cipta lagu macam apatah.

Ni belum lagi cerita pasal kualiti. Lagi rosak.

Malas nak membebel panjang-panjang. Sekian sahaja kutukan saya untuk kali ini. Semoga anda terasa. Musik Yang Aku Suka.

Situasi

Pernah anda mengalami situasi yang bisa buat hati anda lemah dan marah dan terbakar?

Apabila salah seorang family anda di pukul walaupun kenyataan dan bukti menunjukan bahawa dia tidak bersalah.

Memang panas hati. Sama seperti keadaan aku sekarang.

SIAL

Entah apa maksud sial. Bila cakap saja pasal sial mesti ada yang mengamuk. Tapi hidup kadang-kadang memang macam sial. Contohnya aku. SIAL~!!!!!

Pagi Itu

Pagi yang aku rasa 'sweet'. Entah apa yang buat aku 'sweet' pagi-pagi seperti ini. Bila bangkit dari tempat peraduan ku, terdengar bunyi burung berkicauan. Ternampak cahaya matahari menyinar terang terasa kerinduan kepada kampung halaman aku. Kalau pukul 7 pagi ni mesti sudah terang dan mesti suara mama sudah terdengar.

Mungkin suasana itu yang buat rasa sweet sebab suasana sweet macam ni selalu aku dapat waktu bangun sekolah ketika aku berada di bangku sekolah menengah dahulu. Waktu tu mama selalu kejutkan pukul 6 pagi. Anggap la pukul 6 pagi itu bersamaan dengan pukul 7 pagi di sini. Memang sweet bangun pagi ketika itu.

Selesai je aku minum air dalam botol itu aku menuju ke kamar persalinan dan terus mencapai berus gigi dan ubat gigi. Aku gosok gigi dengan keadaan tunduk yang mana kemudiannya aku terus mendongak dan melihat ke cermin muka yang tergantung depan aku. Aku perhatikan gigi aku yang aku berus. Hati aku berkata "Sah iklan tv menipu. Hari-hari gosok gigi pun tak putih. Kalau dekat tv tu gosok sekali dah putih. Aku tertipu ni."