OK, Terus Terang

Ok secara terus terang dan jujur aku katakan bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di syarikat ini. Syarikat yang sudah 2 tahun aku bekerja di bawahnya. Melayan pelbagai karenah manusia. Macam-macam bangsa, warna kulit, bahasa dan juga perangai.

Ok secara terus terang aku memang tidak sabar ingin begerak pergi dari tempat ini. Maksud aku rumah yang aku tinggal semenjak aku di pindahkan dari tapak bina ke pejabat. Kerusi yang aku duduk sekarang ini tidak selesa lagi. Komputer tempat dimana aku selalu ber'facebook' dan mem'post'kan karangan di ruang terhad ini sudah selalu saja tergendala. Seperti tahu aku hendak pergi dan mereka menantikan seseorang yang baru untuk menggantikan diri ini.

Ok secara terus terang aku memang akan meninggalkan tanah ini dan akan hidup dengan permulaan yang masih samar-samar. Permulaan yang akan menentukan hidup aku di masa akan datang. Semoga semuanya akan bejalan lancar.

Ok secara terus terang aku memang akan menghabiskan masa aku yang tinggal dengan behibur besama kawan-kawan dan sahabat-sahabat dan 'nya' aku. Tapi hanya kepada yang terdekat dan yang telah membuat temu janji. Kepada yang lain, hanya kemaafan yang aku pohon. Semoga berjumpa lagi di haribulan dan tahun yang lain.

Ok secara terus terang aku ingin menyatakan aku sedang runsing bagaimana semua ini akan terlaksana kalau gaji aku kena tahan. Bos aku main kasar sekarang ni.

10 comments:

vidadarisakura said...

kalau jual bulu, rasa-rasa dapat duit ka ar?

~0~ said...

ko jual je besi2 yang ade kat site tue...aku pun da mula bosan ngan keje aku...

F A R Y N said...

esok..jgn lupa ;)

sharamli said...

Naik pangkat?

sharamli said...

Naik pangkat?

Clark Pett said...

Ko main kasar balik ng boss.rembat apa yg patut dulu kt tapak projek tu.

Pekerja Kontrak said...

aku dah nak jual surat khabar....

faiq said...

lu keje xyh gaji la

aloy_paradoks said...

lu main lembut la pulak dengan dia beb..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

=)