Nak Taip Panjang-panjang? Perlu Ke?

Memang sudah sekian lama aku tidak menaip panjang-panjang. Tapi perlukah aku menaip panjang-panjang kalau hasilnya tetap sama. Entah bila ada mood mahu menaip lagi. Idea pun tengah kering.

Mungkin ini memang sudah suratan untuk aku malas menaip. Sedangkan suatu ketika dahulu aku rajin. Macam-macam idea aku. Macam-macam cerita aku taip. Ramai juga kawan-kawan baru aku kenal. 'Nya' aku pun aku kenal kat sini. Itu rahsia yang tersimpan rapi antara kami dan kawan-kawan yang tahu. Yang tahu rahsia kami tu sila "keep it quiet" ok.

Aku bercadang ingin melepak pada malam minggu ni. Tapi aku tidak tahu bagai mana ingin mulakannya. Mungkin aku sudah menjadi pemalu. Mungkin aku sudah segan untuk menghubungi kawan-kawan. Ada kemungkinan juga semua ini. Tapi senjak bila aku jadi pemalu ni. Kawan-kawan aku tahu kot aku ni pemalu ke tak.

Semenjak dua menjak ni aku selalu beli surat khabar berjenama Harian Metro. Kenapa? Sebab aku sudah lama tidak menonton televisyen, jadi perlu untuk aku mengetahui perkembangan dunia. Keadaan huru-hara di sekitar palestin, Filipina punya banjir, padang punya gempa bumi, Vietnam punya ribut, Samoa punya tsunami, Liverpool punya perlawanan, dan pelbagai berita menarik yang tercatat di setiap sudut rancangan dunia ini. Dan semuanya perlu di ketahui sebab itu adalah kepentingan bersama.

Sekarang aku sedang berada di kajang. Buat 'defect works' di LEKAS plaza tol Kajang Selatan. Memang ular la kerja aku selepas aku menghantar pekerja aku. 'Nya' aku sibuk dan tidak mahu dikacau. Kesimpulannya aku kena banyak becerita dan melayan cerita pekerja indonesia aku la.

"Ayuh pak kita pegi minum!!!"

4 comments:

sharamli said...

ckp kt NYA..kal0 xm0 kasi kena kac0...k0 nk carik awek end0n..sah tak0t...ha3

vidadarisakura said...

pemalas.

patungcendana said...

:-)

Aloy Paradoks said...

jangan lupa mem "berat" diri anda di Majlis MIMPI 18 hb ni di Galeri Shah Alam..