Semangat Waja

Dalam beberapa minggu lepas aku memang tengah bersemangat waja ingin menurunkan berat badan beserta menghilangkan buncit diperut. Jadi aku pun selalu gym dan sebagainya.

Aku diet sampai aku melupakan nasi. Aku makan roti saja. Sampai satu masa aku merasakan kelainan pada suhu badan. Badan mulai merasakan kesejukan yang amat. Kipas selalu pakai speed 3 tapi kali ni tepaksa pakai speed 1. Sampai ada masa tu aku pakai speed 0. Sejuk ya amat.

Sampai ada satu hari tu aku gym sejam kemudian sambung main futsal untuk sejam berikutnya. Baru main 10 minit pertama aku sudah kecudang. Di papah keluar oleh kawan-kawan. Kaki aku bengkak.

Kesimpulannya, kalau mau bediet dan menguruskan badan agak-agak la juga perihal makan tu. Tenaga perlu juga ada. Kalau tiada alamatnya terseliuh la kaki tu.

2 comments:

FARYN said...

kau takyahlah diet... sian perut.. mwahahhaa

Pekerja Kontrak said...

kena juga beb... buncit semacam je perut ni...