Hairan Dunia Hiburan

Dengan adanya ruangan Twitter dan Facebook, macam-macam boleh terjadi. Macam-macam aktiviti boleh di lakukan.

Antara yang paling aku alert adalah kalau artis-artis gaduh. Kalau dorang ni gaduh, habis semua diungkit dari makan minum sehingga pakaian, dari tolong menolong hingga pinjam meminjam. Semua ni di post kan di ruangan Twitter dan Facebook. Siapa bagi nama-nama samaran lagi. Diva sangkak la, bapuk murah la. Macam-macam la. Masing-masing tak ngaku kalah. Masing-masing nak menang siapa pemaki paling 'king'.

Hairan betul aku sikap artis kita yang cuba memartabatkan dunia hiburan kita ni. Ada saja cerita yang mengarut. Sampai aku rasa aku pun taip benda-benda mengarut ni.

P/S: Kan aku dah cakap, aku rasa aku dah jadi pengkritik dunia hiburan kelas bawah ni.

Industri Hiburan Yang Melampau

Nak cakap dunia hiburan kita ni tak aktif aku tengok aktif juga. 

Tapi bukan itu yang aku nak katakan. Aku nak katakan betapa aku kecewa dengan beberapa filem kita yang nampak gempak previewnya tapi bila kita nampak yang sebenarnya hanyalah satu filem yang sangat menghampakan. Tapi boleh pula menang anugerah itu ini. Sudahlah mesej yang dibawa entah apa-apa entah, jalan cerita macam jalan masuk ladang. Tapi boleh menang itu ini. Korap ke?

Belum lagi cerita pasal trofi anugerah yang boleh kena tarik balik. Lagi la menghampakan berbekalkan dengan alasan "salah kira markah" yang sama alasan murid sekolah rendah cakap bila salah kira 2 + 2 x 2 = 8.

Sekarang ni persoalannya di tingkat mana tahap ke professional an juri ataupun auditor yang menilai industri hiburan kita ataupun pengarah & penerbit filem kita? Adakah setingkat? Ataupun dua tingkat? Ataupun semua korap? Tapi takkan sampai filem pun nak main korap? 


PS: macam penulis ruangan gosip pula aku ni kali. 

Source bacaan: Berita Harian

Pekara-pekara Kecil

Pekara 1. Tiada benda yang berkekalan dalam dunia ni selain dari mati.

Pekara 2. Mengelak Lubang sebelah kiri tapi lubang sebelah kanan di redah saja.

Pekara 3. Lelaki akan kalah kepada teman wanitanya kalau dia benar-benar lelaki, tolak gay dengan nyah.

November

November sudah datang.

Jadi kenapa?

Adahal yang penting akan datang.

So?