Waktu Rehat = Berharga

Waktu rehat tengah hari ada satu waktu yang berharga buat setiap pekerja. Tidak kiralah jika ianya bermula 1200 tengahari ke, 1230 tengahari ke, ataupun pukul 0100 petang. Bagi aku, waktu rehat adalah waktu yang paling aku tunggu. Paling.

Selalunya waktu rehat aku akan bermula pada pukul 1230. Tapi selalunya 1225 aku sudah mula keluar dan menghisap nikotin. Lepas tu aku akan mual mencari 'spot' terbaik untuk aku melelapkan mata. Tapi 'spot' paling aku gemarkan ialah sofa di ofis. Memang aku akan baring macam kat rumah, cuma tiada televisyen untuk di tonton.

Selain daripada tidur pada waktu rehat, kadang-kadang aku akan keluar. Tapi, bila aku keluar aku akan balik lambat. Dan yang paling aku jarang buat adalah makan tengahari. Elak dari tertidur ketika menaip benda-benda yang boring ataupun elak gemuk sebenarnya.

Waktu rehat memang sangat berharga. Waktu sekolah dulu pun waktu rehat adalah waktu untuk bermain-main sambil makan mee hun. Makin sedap kalau dapat main bola sepak sambil makan mee. Terbaik!!

Sejuk

Setelah aku imbas di fikiran ku, baru aku sedar sudah hampir sebulan aku kesejukan. Kesejukan ketika tidur walaupun sudah berselimut. Kesejukan ketika mandi pagi sampai rasa malas mau mandi pagi. Kesejukan dalam pejabat, ni penghawa dingin punya pasal. Pandai sejuk sendiri. Sampai mau menaip pun susah.

Ini bukan cerita pasal kesejukan aku saja, tapi kesejukan semua. Bos aku pun cakap sejuk. Mungkin salah satu puncanya ialah hujan terus-terus tanpa henti. Alam sekitar kita sudah berubah. Sudah sukar untuk di duga.

Mungkin salah kita juga. Patut menjaga alam sekitar. Tapi kita mencemarkannya lagi. Sepatutnya bulan febuari ni bulan panas tapi sekarang masih lagi hujan. Apalah nasib.

Mari kita sokong ini-----> wwf.org.my


Lagu ni tiada kaitan dengan alam sekitar. Tapi berkaitan dengan kehidupan.


Tan Sri P. Ramlee - Bintang Yang Hilang



Kamu tengok lah video ni. Kamu akan faham kesengsaraan beliau. Bagaimana beliau memperjuangkan industri seni kita demi masa depan. Kepada pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit, faham-fahamlah. Jangan bikin filem untuk mengaut keuntungan tapi seni di lupakan.

Jangan Pandang Cermin

Ini adalah benda serius. Sebab benda ni di alami oleh aku. Baru-baru ni jugalah. Waktu aku sedang berada di Labuan, kampung halaman aku. Waktu tu sudah malam dan agak-agak lewat. Lebih kurang pukul 12 malam jugalah.

Seperti kebiasaan aku selepas melepak, mesti akan pulang rumah lewat dan terus masuk ke bilik. Jadi entah apa angin malam tu seluruh kawasan kampung aku tu menjadi gelap. Terputus bekalan elektrik. Memang aku teraba-raba mencari jalan dan telefon bimbit. Kedengaran juga ada jeritan. Siapa tah jerit-jerit malam-malam buta.

Selepas sahaja jeritan itu hilang bekalan elektrik terus ada. Aku yang tadinya tunduk-tunduk pun bangun dan terlihat sesuatu di cermin. Aku hampiri dengan perlahan-lahan. Aku perhatikan dengan teliti. Hairan. Kemudian hampa. Seram. Semualah.

Dicermin tu aku tahu segalanya. Cermin memang sakti. Baru aku tahu yang aku ni dah gemuk. Siap ada 'double chin'. Haih.

ps: baca entri ni sambil makan limau mandarin sebab aku menaip sambil makan limau mandarin. Manis!!!

Antara Reliti Atau Fantasi

Kamu baca saja di sini. Baru kamu tau apa itu. Malas sebnarnya aku mau menerangkan. Sekian terima kasih. Pandai-pandai lah fikirkan...

Konvoi Borneo Vivac Sabah

Sebenarnya banyak aku mau cerita tapi aku letak tajuk macam tu untuk lebih spesifikkan lagi cerita ini. Bukan juga cerita sebenarnya.

Baru-baru ini iaitu pada penghujung bulan januari, aku telah menyertai satu konvoi ke kuala penyu. Konvoi pemilik viva atau dengan lebih panjangnya viva club. Semua peserta adalah pemilik viva. Ada macam-macam wajah viva. Semuanya menarik. Semua sangat peramah dan baik. Konvoi ni memang seronok. Lain kali aku nak ikut lagi. Kalau di izinkan la.

Esok sudah cuti. Tapi hari ni ramai yang cuti sudah. Entah syarikat ni. Masih belum cuti lagi. Harap-harap hari ni awal balik.

Sekarang ni asal saja balik dari pejabat aku akan culik beberapa biji limau mandarin untuk 'nya' aku. Suka sangat makan limau mandarin tu.

Untuk yang menyambut CNY ni. Aku ucapkan selamat menyambut CNY. Tak sabar aku nak kutip angpau dan balik rumah di kampung halaman.