Jamali Penyair Tandas Awam - Dimensi

Kelihatan sut baru yang dipakai Jamali. Sangat bersinar. Macam kepala botak di suluhkan lampu 'spotlight' kereta kancil. Kereta kancil yang tukar lampu pakai lampu 'HID'. 

Di tangan kanan Jamali ada sebilah pedang laser 'Star wars'. Yang ada bunyi-bunyi 'zarsssss' kalau kita hayun-hayunkan. Yang senang-senang untuk sesiapa membelah kelapa. 

Di tangan kiri Jamali ada sebuah perisai. Perisai yang di perbuat daripada besi yang paling tahan di dunia. Entah apa nama yang paling sesuai untuk besi tersebut. Tapi jarang sekali Jamali gunakan perisai ini. Kecuali ada hari-hari besar kaum Mensch. Pebarisan hari kebangkitan kaum Mensch adalah salah satu hari besar Jamali. Waktu itu dialah ketua dalam perbarisan. 

..................................................

Jamali memutarkan suis kelajuan kipas kepada nombor 3. 

...................................................

Kali ini Jamali berada di dalam sebuah kereta 'Fairlady'. Disebelahnya siapa lagi kalau bukan kekasih kesayangannya. Sangat-sangat.

Dengan kelajuan yang agak selamat bagi mereka, mereka menyusuri jalanraya di tepian pantai. Dan Jamali memerhatikan cermin pandang belakangnya. Kelihatan sebuah kereta 'Nissan Skyline' membontoti mereka. Jamali sengaja memperlahankan kenderaannya. Dan 5 minit kemudian Jamali memecut laju. Dibontoti pula oleh kereta di belakangnya itu.

Entah dari mana hadir lori tangki minyak di hadapan Jamali. Jamali mana sempat mahu mengelak lori tu. Lalu satu rempuhan di belakang lori tangki minyak itu.

.......................................................................

Jamali membasuh kedua pegelangan tangannya. Kemudian berkumur-kumur. Kemudian membasuh mukanya sambil niat dalam hati.......