Makin Lama Makin Slow

Ok tidak banyak yang ingin di katakan disini. Hanya sedikit. Seperti seekor penyu yang sesat ke KLCC.

Sekitar Kota Kinabalu panas dan basah. Kamu tahu kan maksudnya. Dan aku sihat dan semakin sihat. Kerja pun sudah ada. Tapi, bab gaji belum lagi di bincangkan. Jadi, aku sering runsing di tambah pula lagi dengan anasir-anasir yang mengatakan gaji aku ni mungkin di bawah kehendak aku. Sesekali tepengaruh juga aku dengan anasir-anasir ini.

Jadi aku membuat satu rancangan untuk membuat serangan balas jika gaji yang di berikan tidak seperti yang di ingini. Tunggu dan lihat.

Memang aku semakin slow untuk meng'update' blog ini. Nak di katakan tidak mempunyai idea masih juga mampu berfikir untuk mempost entri sambil bawa motor. Tapi aku akan tetap meng'update' blog ini walaupun slow.