Kekuatan

Bukan cerita kekuatan macam pahlawan sangat baik <----perkataan yang aku pindah maksud dari kamus online kalau bahasa inggerisnya ialah superhero. Bukan juga sebuah cerita orang bina badan seperti yang kita lihat di pertandingan bina badan.

Kekuatan yang aku maksudkan adalah benda yang sedang aku usahakan. Tapi baru peringkat permulaan la. Baru dua, tiga hari aku mula. Entah kenapa?? kenapa aku usahakan benda ni. Mungkin aku ada satu jawapan yang tepat untuk diriku. Aku takut akan masa depan. Hal-hal yang berkaitan dengan masa depan aku. Masa depan keluarga aku yang mungkin akan besar.

Apa yang menggembirakan aku bila saja aku mulakan kekuatan aku sudah nampak kesan-kesan positif hasil dari kekuatan itu. Sangat memberansangkan.

Kekuatan yang aku maksudkan adalah kekuatan semangat untuk bersenam. Bersenam untuk kehidupan masa depan. Lagipun ada faktor yang sangat penting buat aku yang aku pun takut dengan keadaannya.

PERUT BUNCIT. Aku pun takut melihat. Kalau-kalau aku terjumpa dengan kawan-kawan aku yang lama tidak aku jumpai mesti akan di tegur pada bahagian itu. Dan aku hanya tersengih-sengih. Kemudian aku tumbuk perut orang yang bercakap itu sampai muntah mee yang di makan sebagai sarapan orang itu.

Kekuatan semangat untuk bersenam.

2 comments:

Clark Pett said...

Entry ini telah memberi aku kekuatan juga utk bersenam seperti ko.ayuh kita buktikan.haha.dekat perut tu mmg susah nk cover.lagi 3bulan jmp aku.tgk ada perbezaan x.haha.

Pekerja Kontrak said...

ok..... tgk sape dlu ada six pack.... amacam????