Kata-kata 2

1. Kalau tidur jangan lupa nak bangun. Nanti susah.

2.Mau berak pun susah.

Kedua ayat di atas adalah ayat yang di lafazkan oleh 2 orang kontraktor yang berbeza umur dan situasi.

Boring dan Sudah Malas

Memang aku rasa sangat boring dan bosan sekarang ni. Malas jangan cakap la. Mood raya masih lagi bertakhta di jiwa raga. Pejam celik aku dah kena keje. Argh.......!!!!

Miss her so much....

Selamat Hari Raya

Senjak Akhir-akhir ni memang takde lagu lain yang berkumandang dalam fikiran aku selain dari lagu-lagu raya. Entah senjak bila lagu tu mula bisa mengusai minda dan perasaan ini. Kerja kontrak mesti tahan maki dan segala-galanya. Tapi ini tidak hati tisu.

Sebelum aku menyambut hari yang seronok ini aku ingin meminta maaf kalau-kalau aku ada tersalah taip ke, tesalah cakap ke, "typo" ke. Minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan sekalian. Halalkan makan minum.

Selamat menyambut hari lebaran.


P/s: Auto-publish

Ramadhan 4

Untuk pengetahuan kamu semua, aku pernah di paksa untuk makan pada bulan puasa di panas terik. Bos aku yang paksa. Tapi aku tahan. Aku langsung tidak tergugat dengan godaan syaitan-syaitan yang terlepas itu.

Pelukan Percuma

Macam menarik. Tapi aku kan islam. Susah la nak peluk-peluk ngan orang bukan muhrim. Tambah pulak ngan minda Malaysia yang agak luas, kalau peluk-peluk ngan laki lain mesti kena cakap hubungan sejenis.

"Sometimes, a hug is all what we need." Juan Mann




Ramadhan 3

Perangai paling hebat : kuat tidur siang.

Perangai paling loser : susah nak tidur malam. Habis dah buku aku baca tapi masih jua mata mencari titik tidur.

Ramadhan 2

Kali ni dugaan aku semasa berpuasa di tapak bina. Memang tidak ku sangkal bahawa dugaan bekerja sebagai pekerja kontrak memang sangat mencabar nafsu makan minum aku. Cerita ini beberapa tahun dulu (Tak la lama sangat tapi dalam 1.5 tahun lepas la...) waktu aku mula-mula bekerja di site. Masa tu aku belum ada blog lagi.

Dugaan satu. Waktunya tepat pukul 10 pagi. Waktu rehat untuk pekerja-pekerja indonesia. Memang dugaan. Tahap 3 bintang aku bagi. Dengan panas teriknya dengan indonesia-indonesia makan kuih dan yang paling mendalam ialah melihat mereka minum. Nampak sedap padahal sebelum itu aku tak pernah pun nak teliur nak minum air dorang tu.

Dugaan dua. Waktu tengah hari atau pun "lunch hour". Bau ayam goreng yang membuatkan aku begelora. Hati kecil aku kata "nak makan... nak makan....". Tapi tidak aku endahkan langsung. Aku pergi cari port terbaik untuk melayarkan mmpi-mimpi indah. Sebelum telelap pun aku teringat-ingat air sirap bandung yang di minum pada waktu panas terik. Syurga!!! 4 Bintang aku bagi.

Dugaan ketiga dan ketegori tak boleh tahan. Waktunya pukul 3 petang. Waktu-waktu rehat yang amat di perlukan. Kalau kena air sejuk memang syurga. Waktu ni la aku lihat peluh-peluh air sejuk yang melekat di plastik air yang di bungkus sangat menyelerakan. Sangat menduga nafsu. Membolehkan nafsu aku di langgar tsunami nak minum air sejuk. Tambah pula dengan buah tembikai yang di sejukan. Awoooooooo!!!! Lagi begelora rasanya.

Begitulah dugaan yang melanda puasa ku pada ketika aku berada di site. Tapi, syukur alhamdulillah aku masih bisa meneruskan puasa untuk penuhi sebulan.

Ramadhan 1

Memang banyak pengalaman bulan ramadhan aku yang agak biasa bagi yang pernah merasa. Ini adalah salah satunya pengalaman aku di bulan ramadhan. Pengalaman ini masa aku di awal-awal semester 2 di kolej yang terletak di damansara.

Baru seminggu puasa pada ketika itu dan aku hanya menikmati hidangan meggi sepanjang seminggu itu. Duit tengah kurang masa tu. Maklumlah pelajar. Hasil dari hidangan meggi sepanjang minggu itu adalah hadiah yang terbaik untuk beberapa hari berikutnya. Hadiah yang akan anda takuti dan geruni.

Hadiah tersebut ialah cirit birit selang 2 jam sekali dalam tandas selama 15 minit keluar dengan lemah longlai dan belarutan sehingga 2 atau 3 hari (bahagian ni aku tak berapa nak ingat lagi). Memang cair. Sampai air je yang kuar. Makan pil chi kit teck aun pun tak berjaya mengawal gelora perut ku masa itu.

Sejak dari itu aku langsung tak sentuh meggi. Sesekali boleh la kalau dah lama rasa tak berak.

Kata-kata 1

"Tidak Semua Manusia Boleh melompat setinggi aku. Tapi Tidak pula aku ingin membongkak diri. Ini kerana aku sedar akan erti kejatuhan."


Penyair Kontrak,
550pm 3hb September 2009