Ramadhan 2

Kali ni dugaan aku semasa berpuasa di tapak bina. Memang tidak ku sangkal bahawa dugaan bekerja sebagai pekerja kontrak memang sangat mencabar nafsu makan minum aku. Cerita ini beberapa tahun dulu (Tak la lama sangat tapi dalam 1.5 tahun lepas la...) waktu aku mula-mula bekerja di site. Masa tu aku belum ada blog lagi.

Dugaan satu. Waktunya tepat pukul 10 pagi. Waktu rehat untuk pekerja-pekerja indonesia. Memang dugaan. Tahap 3 bintang aku bagi. Dengan panas teriknya dengan indonesia-indonesia makan kuih dan yang paling mendalam ialah melihat mereka minum. Nampak sedap padahal sebelum itu aku tak pernah pun nak teliur nak minum air dorang tu.

Dugaan dua. Waktu tengah hari atau pun "lunch hour". Bau ayam goreng yang membuatkan aku begelora. Hati kecil aku kata "nak makan... nak makan....". Tapi tidak aku endahkan langsung. Aku pergi cari port terbaik untuk melayarkan mmpi-mimpi indah. Sebelum telelap pun aku teringat-ingat air sirap bandung yang di minum pada waktu panas terik. Syurga!!! 4 Bintang aku bagi.

Dugaan ketiga dan ketegori tak boleh tahan. Waktunya pukul 3 petang. Waktu-waktu rehat yang amat di perlukan. Kalau kena air sejuk memang syurga. Waktu ni la aku lihat peluh-peluh air sejuk yang melekat di plastik air yang di bungkus sangat menyelerakan. Sangat menduga nafsu. Membolehkan nafsu aku di langgar tsunami nak minum air sejuk. Tambah pula dengan buah tembikai yang di sejukan. Awoooooooo!!!! Lagi begelora rasanya.

Begitulah dugaan yang melanda puasa ku pada ketika aku berada di site. Tapi, syukur alhamdulillah aku masih bisa meneruskan puasa untuk penuhi sebulan.

3 comments:

sharamli said...

iman x kuat langsung..

hua3

patungcendana said...

syabas untuk kau anakku. :-)

FARYN said...

pakai mask...konpem tak bau ayam goreng...