Renungan si Miskin

Pagi itu si miskin bangun dari tilam yang agak lusuh sebab hendak mengikuti tuntutan dunia. Sebelum bangun secara terus atau dalam erti kata lain berdiri, si miskin hanya duduk sementara. Di hadapannya ada secawan teh yang entah bila punya teh entah. Renungannya tajam dan lama.

Kemudian si miskin merenung 'seluar tinju' yang selalu di bawanya tidur pun agak lusuh. Pun renungannya sangat tajam dan hatinya bebisik ghairah "bila entah aku nak tukar 'seluar tinju' aku ni?". Tanpa berlengah dia pun bangun dan mengambil tuala yang ter'hanger' di jeriji besi berdekatan dengan tingkap bilik itu. Di renungnya pula tuala itu, kali ini agak lama juga la. Hati si miskin sekali lagi berkata "Nanti aku tukar tuala hijau muda yang usang ini dengan yang baru. Sekalian dengan 'seluar tinju' aku ni".

Dengan fikiran yang agak sesak dan masih lagi di bayangi dengan mimpi yang tak sedap mana pun. Balik-balik mimpi raksasa. Balik-balik mimpi raksasa. Begitu la mimpi yang tidak seberapa itu. Di capainya ubat gigi dan berus giginya serentak. Di renungnya ubat giginya yang kecil lagi leper itu. "eh.. Ada lagi ke ubat gigi aku ni?" di picitnya sekuat mungkin bagi mengeluarkan sisa-sisa ubat giginya itu. Keluar sedikit ke berus giginya. Kemudian di basahinya berus gigi serta ubat gigi itu. Dengan selamba ubat giginya itu terjatuh mengikuti air yang mengalir dari paip itu. Di renungnya pada ubat gigi yang jatuh itu. "......". Hatinya langsung tidak berkata-kata. Di berusnya sahaja dengan redha giginya tanpa ubat gigi. Memang sangat gembira rasanya.

Kemudian dia melihat pada bahagian sabun. Langsung tiada sabun. Lama renungannya. "memang ketara sungguh aku ni miskin"

Begitulah renungan si miskin. Jadi renung-renungkan lah.


11 comments:

sharamli said...

sadis

G said...

renungan disusuli dengan tindakan membuahkn hasil.sekadar renungan dan termenung.memg xdpt ape2 =) renung2 kn dan slmt beramal.

Yern Ain said...

p la kutip kubis ba. ksian jg si miskin tu.

patungcendana said...

erk...termenung jap...

Bijen M. said...

woah..
dia merenung je ker?..
xmo pk2?..

Lufti Che Kasim said...

ko memang gile! masri GILE! ARGHHH~!!!

Hazerin said...

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


sekian, tenkiu

Aloy Paradoks said...

ye... die mmg miskin.

ayampinko said...

memang miskin itu adalah dier..nak buat per ek..diam suda..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam kunjungan,

"bucu hidup yang jarang manusia ramai ingin ambil tahu".

vidadarisakura said...

sandi jua bos.