Demo

Ini bukanlah berkenaan dengan kaset demo mana-mana kumpulan pancaragam indie, tapi adalah berkaitan dengan aktiviti demostrasi yang di amalkan oleh rakyat negara-negara demokrasi seperti yang terjadi pada 1 ogos lalu.

Untuk definisi yang tepat tentang demokrasi aku dah sediakan satu link untuk korang baca dan fahami. Korang klik je bahagian ni.

Manakala definisi demostrasi pula ialah rusuhan, perarakan secara aman ataupun tidak aman.

Bagi aku aman ke tidak aman ke sama sahaja. Yang penting ada kawalan pihak berkuasa. Bila betukar ganas pihak berkuasa hendaklah bertugas. Tapi kalau aman, pihak berkuasa kena mengiringi demostrasi itu. Bukan terus-terusan simbah air ke, lontar bom asap ke. Kenalah tengok keadaan.

Bagi yang berdemo pula, janganlah sampai merosakan harta benda awam dan peribadi. Kedai dan pondok-pondok telefon tidak bersalah. Benda-benda ni hanya duduk diam di tempat yang sepatutnya. Tapi ini tidak tetap juga hendak di rosakkan. Mana tidaknya orang yang berkecuali merasa benci kepada pendemo-pendemo sekalian. Sekali gus membenci pihak-pihak berkuasa sebab pihak berkuasa tidak menjalankan tugas.

Secara peribadinya aku memang suka berdemostrasi. Mungkin atas sebab aku ni pun ada jiwa anarki yang aku pelajari semasa aku sekolah dulu. Jiwa-jiwa pembangkang. Tapi aku malas hendak lebih-lebih atas sebab aku takut hendak memperjuangkan benda yang aku tak mampu nak capai. Macam pembangkang kita sekarang ni. Bukan aku nak cakap apa. Bukan aku nak kutuk pembangkang. Cuma ini realiti. Aku rakyat biasa yang bisa memerhatikan semua itu. Yang bisa merasa semua itu.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi ada satu yang aku suka iaitu

"Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik"

Tapi kalau kita betul-betul adalah negara yang demokrasi, cuba kita lihat rakyat-rakyat kita. Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan. Dan kalau kamu semua berani cuba kamu tanyakan orang di sebelah kamu ketika kamu sedang tunggu bas ke tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik. Adakah mereka tahu? Dan adakah kerajaan kita betul-betul bertanggungjawab untuk memberikan pengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik kepada rakyat Malaysia?

Tepuk dada tanya selera.

P/S: Entri ini di ilhamkan ketika aku menaiki teksi dari kg. pandan ke bukit bintang. Pencetus idea adalah pakcik pemandu teksi itu sendiri. Terima kasih pakcik.


5 comments:

sharamli said...

bangga jdik pkcik tu

Yern Ain said...

pacik teksi crita sama ko ka?bahasa apa dia ckp?
dia pandai jg timur?
hahahahaha

Pekerja Kontrak said...

sharamli - tu la... hehehehehehehe...

yernom - woi om... sdh jumpa balik kan... sayur jg lupa pegi angkat di kepala ok...

JMR said...

erm...kdg2 org yang berdemo ni taktao pon apa tujuan..yg diorg tau, berarak je..motif tujuan tak tao...huh

vidadarisakura said...

gila ar pacik tu.hee