Prakata Yang Di Reject

Dulu. Beberapa tahun lalu. Aku ada di jemput untuk menulis sebuah cerpen pendek hasil-hasil karya anak-anak tempatan Sabah. Prakata tersebut adalah seperti dibawah.

"Tamu. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu tamu dan kenapa tamu. Mengikut terjemahan Kamus Pelajar Edisi Kedua, Tamu membawa maksud 1 orang yg datang berkunjung atau yg diundang utk menghadiri sesuatu jamuan dll. 2 orang yg datang menginap di hotel dll. bertamu datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya. (Aku copy paste saja maksudnya ni. Tidak elok terlalu menyusahkan) dan manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tamu adalah pekan (pasar) sehari.(Juga aku copy dan paste).

Selain itu juga, pihak Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan Tamu ni sebagai 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM; ~ agung pelawat yg termulia; ~ yg tidak diundang bp pencuri, maling, perompak;bertamu pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang ~ ke rumahnya; menamu 1. pergi melawat, berkunjung, ber­tamu; 2. menjamu, memperjamu, menyuguhi; menamui datang melawat, mengunjungi; ketamuan kedatangan tamu.(Juga aku copy dan paste). Jadi aku hairan juga kenapa banyak sangat maksud perkataan Tamu ini.

Bagi rakyat Borneo paling pasti rakyat Sabah, Tamu boleh membawa maksud pasar sehari yang mana disetiap tempat di Sabah pasti ada hari-harinya untuk mengadakan tamu ini. Tamu yang paling mainstream adalah Tamu Gaya Street. Semua mesti tahu dimana letaknya Tamu ini dan bila waktu operasinya tidak kira lokal ataupun semi-lokal mahupun pelancong luar dari Sabah dan Malaysia. Kebiasaanya Tamu ni akan beroperasi pada sebelah pagi sampai ke lewat tengahari. Tiada sebelah malam dan petang. Petang dan malam waktu berehat atau lebih mesra kalau kita panggil waktu tidur.

Tamu di kebiasaannya menjual pelbagai macam barang. Dari yang mainstream sampai ke rare barangnya. Kalau mau beli hasil hutan Sabah pigi saja tamu mustahil kamu tidak akan jumpa. Kalau mau beli seluar dalam ataupun bra pun boleh cari di Tamu. Ada tu kena jual sana. Pasal harga bulih kena runding lagi tu kalau bermulut manis. Pastikan mulut sentiasa manis supaya dapat kurangan harga yang memberansangkan.

Rasanya macam cukup sudah aku menerangkan pasal Tamu itu. Sekarang aku cuba menerangkan apa hal pula buku Tamu. Entah siapa-siapa penulis buku ni. Semuanya macam sepuluh orang penulis. Dua lelaki dan tujuh wanita. Macam-macam sub-tajuk. Kiranya ini adalah buku cerpen yang di kumpulkan. Senang cakap Kumpulan Cerpen-cerpen Berasaskan Tamu. Skema sikit bunyinya kan?

Dalam buku ni, mereka-mereka (sang penulis selepas ni akan aku katakan) adalah penulis-penulis di Sabah ni yang mana ada dikalangan mereka adalah penulis zine, penulis blog, penulis status di FB dan penulis di twitter. Ada juga yang menulis di kertas biasa kali. Tapi mereka semua sama sebenarnya. Mempunyai niat yang sama iaitu menulis sesuatu melalui minda, hati, kreativiti, pengalaman, imiginasi, dan mimpi mereka. Walaubagaimanapun sang penulis tetap mempunyai perbezaan. Salah satu sudah pasti jantina. Kemudiannya cara penulisan mereka juga berbeza, dan sudah tentu idea mereka pun berbeza.

Idea yang berbeza-beza akan dapat kita lihat di dalam buku ini. Macam mana sang penulis menerangkan dan mempergunakan ‘TAMU’ sebagai idea utama untuk menciptakan cerita yang di muatkan dalam buku ini. Macam mana juga setiap cerita itu mengaitkan ‘TAMU’ sebagai idea utama. Hebat juga sang penulis ini.

“Guntur berdiri di bawah panas terik. Matahari betul-betul di atas kepalanya. Guntur tersenyum lebar. Senyum Guntur juga ada sinisnya. Puas hatinya. Kali ini dia yakin bahwa dia menang. Guntur menyalakan rokoknya dibawah matahari yang terik. Matahari yang betul-betul berada di atas kepalanya. Dia tidak pasti apakah itu rokok terakhir atau akan ada lagi. Zass! Satu libasan melintasi leher Guntur. Dari kanan ke kiri. Darah pun memancut dan kepala Guntur jatuh di tamu itu.
…...................................................................................
Guntur. Seorang lelaki. Umur 25 tahun. Ketinggian lima kaki enam inci. Saiz normal asia. Berkulit cerah. Kelihatan seperti Jericho Rosales. Selalu mengenakan seluar jeans Levis 501 yang kelihatan seperti gred AAA. Menghisap rokok premium. Belum berkeluarga. Tinggal di bilik sewa rumah kedai. Pekerjaan tidak tentu. Selalu kelihatan berdiri di lorong-lorong yang dinamakan Sinsuran. Tidak mempunyai kad pengenalan. Passport pun tiada.”

Mungkin ini adalah sebahagian cerita yang ada dalam buku ini. Mungkin. Jadi teruskan membaca dan menilai sebab manusia tidak pernah berhenti dari saling menilai.


P/S: Harap kalian faham akan prakata ini. Aku langsung tidak tahu apa itu prakata sehingga aku menulis prakata ini. Sambil-sambil tu aku google kan juga apa itu prakata. Takut nanti di jadikan isu dan bukan soalan. - GUNTUR"

Panjang Gila kan. Jadi kena reject. Hahahaha. Bukan Rezeki. Tapi menarik juga si Guntur ni. Tiba-tiba aku rasa aku mau menulisnya semula. Hahahaha.

1 comment:

sharamli said...

jadik penulis rupanyaaa