Rona-rona

Jamal baru sahaja selesai tugasnya untuk memandikan dirinya. Sudah seharian tidak merasa air tubuhnya itu. Kemudian dia menyarungkan kain pelekat dan menghadap komputernya untuk menyambung penulisannya yang belum pun bermula.

Dibukanya blogger dot com tapi belum ada apa yang ingin di postnya. Kemudian Jamal mengerahkan otaknya untuk berfikir tajuk yang sesuai dan kreatif. Jamal menganggap bahawa dia perlu kreatif kalau mau menjadi penulis sebab dia suka penulis-penulis yang kreatif. Jadi, kreatif adalah paling perlu baginya. Kreatif adalah nombor 1 di hatinya.

Ditulisnya tajuk "Bunga-bunga madah pemimjam". Kemudian dipadam semula oleh Jamal. Ditulisnya semula dan terus ke bahagian isi kandung. Bermula dengan ayat "Angin meniup madah-madah indah itu kepada ku, ku sambut dengan tepisan yang paling tangkas....." Jamal berhenti di sana. Kemudian Jamal kenakan seluar jeans dan baju t bekolar.

"Baik aku pegi merempit. Manatau boleh dapat ilham kreatif"

No comments: