Berjumpa Doktor Gigi Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Abaikan tajuk yang agak-agak rabut belah tepi. Tapi rambut belah tepi ok apa. Hensem.

28hb 12 2011. Ni tarikh yang aku agak aku memang takkan ingat. Tapi akan tercatat dalam fail pertama untuk rawatan gigi aku. Gigi aku sakit? Tak langsung. Cuma gigi aku sekarang macam makin menipis dan belobang sana sini.

Kenapa pergi ke klinik kerajaan? Klinik swasta aku kurang mampu. Nanti silap-silap kena bayar 2 3 ribu. Mana nak cari duit. Jawab.

Aku datang lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi dan mendaftarkan diri. Mendaftarkan diri kenalah tunggu dalam 10 - 15 minit. Dengan sabar. Sambil-sambil tinguk gelagat orang. Selesai mendaftar kena naik tingkat 1 dan tunggu untuk rawatan. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Tiba-tiba aku rasa kurang selesa dengan keadaan aku. Tekanan darah tiba-tiba tinggi. Aku buat kesimpulan aku lapar mungkin.

Bila nombor aku dipanggil aku sempat melihat seorang wanita yang dicabut giginya. Aku jadi tidak keruan lagi apabila di panggil masuk dan suruh duduk ala-ala baring di kerusi rawatan. Menjadi parah apabila aku kena tunggu doktor tu habis menulis. Semakin lama semakin nervous jadinya aku. Bila doktor tanya aku mau buat apa aku jawab dengan nada yang tersekat-sekat aku mau tampal gigi yang berlobang.

Doktor memulakan pemeriksaan dengan teliti. Berhati-hati. Selesai pemeriksaan doktor cakap dengan aku "ada 8 gigi mau kena tampal dan 1 tidak dapat sudah tampal. Besar tul dia punya lubang. Cabut saja ni."

aku menjawab "Cabut? Bila? Sekarang? errrrrrrrrrrrrrr...." Bunyi nervous. "Dari kau saja bah. Kenapa? ko ada penyakit ka?" Tanya doktor tu.

"ish... ndalah... Teda penyakit.. cuma nervous bah." Doktor tu tersenyum. Aku fikir. Memang aku dari kecil tidak suka dan benci dengan doktor gigi. Lebih-lebih lagi jarum suntikan untuk membiuskan gusi.

Dan efek sampai aku meningkat dewasa. Selepas sekolah rendah beberapa tahun dulu aku tidak pernah lagi ke klinik gigi hingga ke tarikh 28hb 12 2011.

PS: Selesai saja pemeriksaan gigi aku di berikan tarih temu janji yang seterusnya. Iaitu Julai 2012. Hebatkan. Dan aku belum cabut gigi aku. Kehkehkeh.

Seminggu

Seminggu ni aku makan gaji buta. Ya, aku mengaku. Hampir seminggu ni aku online ja waktu bekerja. Kehkehkeh. Sudah tiada kerja. Bukan tidak bekerja. Tiada kerja hendak di buat. Aku selesaikan semua claim sub-con yang hari-hari tanya sudah siap ka belum dan akhirnya aku dapat menjawab yang aku sudah selesaikan kerja aku.

Dua tiga hari telefon lagi tanya payment tempat aku. Mula-mula aku suruh tanya akauntan lepas tu petang telefon aku lagi dan tanya aku. Kemudian aku panas hati telefon akauntan. Dia jawab cek sudah ada tapi bos belum sign. Aku tanya kenapa? Dia jawab bos pergi Australia.

Aku ketawa kahkahkah sambil berfikir gaji aku tidak akan keluar untuk cuti ni.

Demmmm!!

Selamat


Desktop aku sempena krismas ni. Sambil-sambil tu aku ucapkan selamat menyambut hari krismas buat kawan-kawan yang beragama Kristian.


Pung Pang Pung Pang

"Pung pang pung pang Muslim" Kata cik kate. "Pung pang pung pang UMNO" Sambung cik kate.

"Pang pung pang pung UMNO sama Muslim" Sokong cik alis.

"Pung pang pung pang Kristian" Tambah cik kate untuk memanjangkan cerita.

"Susah betul pung pang pung pang UMNO pung pang pung pang Kristian pung pang pung pang" tona kata slang cina cik kate yang buruk bunyinya mengakhiri sesi pung pang pung pang mereka.

Entah apa yang mereka marah sangat dengan UMNO. Dan apa pula kaitan Islam dengan UMNO dan Kristian. Macam ada unsur-unsur rasist pun ada. Aku malas nak hangatkan lagi cerita. Aku ni cepat naik darah kalau tidak puas hati. Nanti hancur pula PC depan aku ni.

Bikin Malas

Apa yang bikin malas dan bikin panas adalah kalau aku baca blog orang tapi loading lambat. Macam-macam aksesori kena tambah-tambah. Bikin semak.

Secara auto aku tekan "X".