Kalau Bukan Pasal Aku Berasal Dari Pulau

Aku balik 2 hari sebelum raya pada kali ini. Persiapan balik ala kadar aku buat dan aku harap aku bertolak awal untuk menaiki feri ke Labuan pukul 10pagi. Jadi aku begerak dalam pukul 8 pagi macam tu.

Sepanjang perjalanan aku menyanyi lagu raya. Lagu balik kampung paling sesuai masa itu. Memang kena di hati dan mulut. Hati pun bertambah senang apabila melihat suasana kampung-kampung pun seronok di lihat sepanjang perjalanan tambahan cuaca agak cerah.

Dalam masa 1 jam lebih aku sampai di menumbok dan bergegas ke kaunter tiket feri untuk memastikan aku sempat menaiki feri pukul 10 pagi. Akak kaunter cakap kat aku feri rosak tidak tahu bila akan sampai ke menumbok. Aku tanya lagi pukul berapa sampai feri. Jawapan sama. Tidak tahu. Aku tunggu sampai pukul 3 ptg baru boleh naik feri dan sampai ke Labuan.

Kerajaan tidak mahu buat jambatan ke Labuan, tapi tolonglah masuk campur dalam hal feri penumpang dan kenderaan ni. Tolonglah kasi teratur sikit servis dorang ni.

Tolong beri penjelasan la Yang Berhormat.

5 comments:

vidadarisakura said...

no komen.



kata yb.

Pekerja Kontrak said...

vida - apa la YB

patungcendana said...

jawab yb...hehe

salam aidilfitri untuk kau sekeluarga, anakku.

j4l4k said...

KERAjaan xde duit...

vidadarisakura said...

yacob bah.