Seminggu Lagi

Ok. Aku lupa sebenarnya mahu taip apa di sini. Entah. Aku biarkan page ni terbuka dan kemudian aku menyiapkan laporan bulanan projek rumah kampung ni. Entah apa projek ni, macam bukan projek saja. Banyak sudah 'delay' dari aku mula-mula masuk.

.................

Oh ya. Tadi ada seseorang datang interview. Aku yang rekemen. Padahal boleh saja masuk kerja esok tapi senang-senang saja dia cakap kat bos aku yang dia dua hati nak kerja. Sebab tengah tunggu satu kerja lagi. Baru yang satu kerja lagi tu kontrak 2 bulan buat 'survey'. Macam ni lah rakyat Malaysia. Tiada langsung semangat pekerja berdedikasi. Dah dapat yang tetap yang kontrak juga di kejar-kejar.

....................

Cepat juga masa berlalu. Sudah beberapa hari piala dunia bermula. Seperti biasa, ramai juga orang menonton bola ni. Rasa seronok bila tengok bola ramai-ramai sambil suap makanan dalam mulut.

Gila perut aku semakin buncit.

1 comment:

vidadarisakura said...

abang roiiii.

boroi!boo