Hati

Sukar. Entah kenapa terpacul perkataan itu dari hati ini. Dan kemudian membuatkan fikiran aku berhenti untuk menghasilkan apa-apa idea. Tapi sebelum itu aku sudah ada idea di dalam minda untuk di taipkan pada hari ini.

Hilang.Aku belum lagi bercerita mengenai kehilangan yang aku hadapi. Seorang insan yang tidak pernah aku kenal walaupun hanya tinggal di belakang rumah ku dan selalu menjadi teman sepermainan adik bongsu aku. Aku jarang sekali berjumpa dengan arwah. Masa aku cuti balik rumah saja peluang aku berjumpa. 4hb June 2010, aku terima pesanan ringkas daripada salah seorang anak buah aku merangkap sepupu kepada arwah. 

"Ko di mana? Anak si N kena tahan di ICU. Macam nda harapan sudah."

Aku minta 'emergency leave'. Terus gerak balik kampung. Panas. Hujan. Panas. Sampai Kampung. 

Aku ke hospital. Melawat arwah di ICU. Sepupu aku suruh tabah. Hati aku menjadi cair memerhatikan arwah yang sedang betarung dengan maut. Saluran-saluran banyak masuk ku badan arwah. Aku diam sahaja. Bergenang.

5hb Jun 2010. Mama kejutkan aku dengan nada sedih. Mama suruh aku siap. Aku bangun dan terus sarapan. Aku pergi ke rumah Makcik aku. Arwah sudah pergi. Hening hari itu. Sunyi. Semua yang hadir pada hari itu seperti hendak menjatuhkan air mata.

Hati. Mengapa sukar difahami.