Kalau Bukan Pasal Aku Berasal Dari Pulau

Aku balik 2 hari sebelum raya pada kali ini. Persiapan balik ala kadar aku buat dan aku harap aku bertolak awal untuk menaiki feri ke Labuan pukul 10pagi. Jadi aku begerak dalam pukul 8 pagi macam tu.

Sepanjang perjalanan aku menyanyi lagu raya. Lagu balik kampung paling sesuai masa itu. Memang kena di hati dan mulut. Hati pun bertambah senang apabila melihat suasana kampung-kampung pun seronok di lihat sepanjang perjalanan tambahan cuaca agak cerah.

Dalam masa 1 jam lebih aku sampai di menumbok dan bergegas ke kaunter tiket feri untuk memastikan aku sempat menaiki feri pukul 10 pagi. Akak kaunter cakap kat aku feri rosak tidak tahu bila akan sampai ke menumbok. Aku tanya lagi pukul berapa sampai feri. Jawapan sama. Tidak tahu. Aku tunggu sampai pukul 3 ptg baru boleh naik feri dan sampai ke Labuan.

Kerajaan tidak mahu buat jambatan ke Labuan, tapi tolonglah masuk campur dalam hal feri penumpang dan kenderaan ni. Tolonglah kasi teratur sikit servis dorang ni.

Tolong beri penjelasan la Yang Berhormat.

Hari raya

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang membaca. Kepada sanak saudara. Sahabat-sahabat yang jauh atau dekat. Kepada yang tersayang kalau baca entri ni sila senyum.

Disini juga saya ingin menghulurkan sepuluh jari melalui alam maya ini untuk memohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa, tercelupar mulut, terhiris hati kalian semua terutama kepada yang tersayang kalau baca entri ini sila senyum.

Sekali lagi saya ingin mengucapakan selamat hari raya. Maaf andai ada salah silap terutama kepada yang tersayang sila senyum kalau baca entri ini.

Selamat Hari Raya.

Off to Labuan.

2 Hari

Dua hari lagi aku akan balik ke kampung. Rasanya tidak perlu aku menyanyikan lagu balik kampung. Ucapan hari raya nantilah baru aku buat.

Oh... Sekarang aku mahu layan perasaan balik kampung. 

Diari Ramadhan - Diam

Diam lagi baik dari cakap banyak tapi tiada hasil.

Setuju?

Kalau setuju mari menyertai persatuan orang diam-diam.

Ada berani?

Bingung Aku Bingung

Tiada kerja untuk 5 minit saja aku pasti akan terlelap depan komputer. Kalau sedang menulis sesuatu mesti terjadinya satu garisan yang tidak lurus. Kalau menaip mesti panjang huruf (gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg<----- contoh).

Lepas tu bingung. Kosong. 

Tertidur lagi.

Bangun lagi.

Tertidur lagi.