Sedar

Aku baru sedar yang nama aku dah tukar. Padahal aku yang tukar. Jangan tanya kenapa aku tukar nama dalam ni. Ada sebab-sebab yang tertentu yang buat aku tukar nama aku.

Aku baru sedar yang aku selalu 'typo'. Minta maaf atas kesalahan itu sebab aku tau aku manusia yang lemah. Jadi, aku pun selalu melakukan kesilapan. Aku bukan sempurna.

P/S: Seronok bila lepak bersama mereka-mereka di malam itu (Malam Pekan Frijan). Penat yang ku bawa dari Melaka hilang begitu sahaja.

Aku Dalam Delima

Tajuk yang agak mengerikan. Ngeri tak? Meremang bulu-buluan tak. Pagi ni aku kena selesaikan beberapa pekara yang menentukan samada aku boleh balik Klang awal atau tak. Sebab aku nak pegi pekan Frijan. Nak menghilangkan stress. Nanti telampau stress jadi gila.

Ok aku nak submit borang lepas tu cari kong si kong (General Worker) nak buat 'peg'.

Sekian Terima Kasih.

P/S: Doakan kita dapat berjumpa ok. Jumpa di frijan.

Melaka

Gila panas duk site. Walaupun aku di site, tapi aku masih boleh online. Sebab ada wireless kat sini. Hebat gila.

Semalam aku isi-isi borang sambil cari-cari pekerja aku untuk tanda tangan borang permohonan permit. Hari ni pula aku dengan senang lenang meronda Melaka. Bukan suka-suka. Aku kena cari Jabatan bomba dan Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna. Pusing-pusing masuk sana masuk sini jalan tergendala. Sakit kepala.

Aku rasa nak balik je.

Cepat

Aku sungguh tak sangka apabila aku di kehendaki dengan segera untuk ke Melaka. Hari khamis bersamaan dengan 25hb Jun 2009 aku di kehendaki melaporkan diri di sana. Tiga hari kemudian baru aku balik semula ke Klang.

Bulan depan baru sepenuh masa di sana.

Selamat datang ke Melaka buat diri ku. Berat hati nak pegi.

Aku Sudah Tau

Melaka.

Awal bulan depan. Jauh tempat kerja aku kali ni.

Sekian terima kasih.

Keputusan Bakal Di Buat

Aku tahu sekarang dan dengan yakin aku pasti siapa yang mencadangkan aku masuk ke site kembali. Aku tahu siapa orang tu. Kau ingat aku suka sangat duduk site. Kau akan buat ko rasa susah sebagai balasan atas budi bicara kau.

...................

"You pilih sekarang, site atau office?" Soal bos aku. Siapa yang pandai-pandai cucuk bos suruh aku masuk site lagi ni. "I think better i ambil kedua-dua sekali. Site dan office." Lalu senyuman di bibir bos aku terukir. "Ok kita tengok la samada untuk projek baru ni perlukan you dekat site atau office."

Dalam hati aku berkata "Memang sudah confirm pun. Tak payah nak buat suspen la bos. Damn siapa punya angkara ini."

Tentang Diri Sendiri

Aku bekerja dalam pejabat yang ramai pekerja di dalamnya hanya seramai 4 orang termasuk aku. Dua wanita cina ( aku beri nama 'a' dan 'b' ), satu melayu ( aku beri nama 'c' ) dan satu bumiputra sabah (aku la tu). Semua kelihatan ok kalau dalam satu pejabat. Tapi kalau sudah tinggal 2 orang, mula lah mengata rakan sepejabat yang lain. Orang cakap talam dua muka. Aku kadang-kadang join tapi aku lagi rela menjadi orang yang berkecuali sebab aku malas nak cakap pasal orang tak tentu pasal. Kalau la orang tu tau apa yang kita cakap mau tebakar orang tu sebab kepanasan hati.

Apa yang aku ingin katakan disini ialah tentang masalah aku dalam pejabat dimana tempat aku melampiaskan nafsu serakah aku untuk memblogkan diri ini. Pejabat ni kecil saja, tapi ramai yang macam gila pangkat. Nak jadi bos. Padahal semua makan gaji pada bos yang sama. Macam sial perangai masing-masing. Asyik-asyik nak tikam belakang orang. Sudahlah aku malas nak pandang belakang.

Bermula dengan cerita 'a'. 'a' sudah bekerja lama di pejabat ini. Secara automatisnya dia menjadi senior kepada kami. 'a' sedang mengandung dan tak lama lagi akan mengambil cuti bersalin. Apa yang menarik tentang 'a' ialah seorang yang agak pendiam dan rajin bekerja. Hari-hari balik 530 petang tajam (sharp) sebab nak mengambil anak dari sekolah. Dan yang paling menarik ialah dia ni moody sikit. Boleh tiba-tiba marah dan suka-suka tampar orang bila marah. Lepas tu mata berair siap jerit-jerit lagi tu. Haih....

Kedua adalah amoi umur 30 tahun di berikan nama 'b'. Kenapa amoi? jawab dalam hati cukup. 'b' pun sudah lama bekerja. Tapi bukan di pejabat ini, di pejabat asal si 'a'. Jadi di sini boleh kita simpulkan bahawa 'a' + 'b' = kroni. Tapi mereka ni selalu bertembak mulut. Kecoh satu pejabat (bukan besar sangat pun pejabat aku ni). Kalau masa tu aku ada kerja mesti aku cepat tension. Bila aku sudah tension mula lah aku cepat merasa panas, pening kepala dan di akhiri dengan sakit kepala teramat (migrain tahap dewa). Lagi fakta menarik pasal 'b' ni ialah mulut dia memang kecoh. Kalau dia mula bercakap mesti bising. Mesti suara dia ni je yang hendak di dengar. Haih....

Ketiga adalah wanita melayu sebaya umur dengan aku (aku tua beberapa bulan dari wanita ini ok), yang aku cadangkan nama dia 'c'. Apa yang menarik tentang 'c' ini ialah mood. Kadang-kadang macam sampah mood dia kadang-kadang macam celaka pun ada. Ini aku katakan sebab 'c' ni depan aku ok. Balakang aku selalu di tikam. Kalau dalam meeting aku saja yang kena. Asyik-asyik aku. Asyik-asyik aku. Hairan aku. Dengki punya pasal kot. Lepas tu asyik dia saja yang betul. Apa pendapat orang tak nak dengan. Sama macam ahli politik Malaysia sekarang. Kalau aku tanya tiba-tiba marah aku. Apa salah aku tiba-tiba aku kena marah ni. Adakah aku ni orang yang sentiasa untuk di lampiaskan kemarahan seseorang. Ni lah melayu. Sesama melayu pun mau tikam-tikam. Haih...

Itu adalah cerita mengenai rakan-rakan sepejabat aku. Oleh itu, aku harap kamu semua dapat mentafsirkan tulisan aku ni dengan baik. Entri kali ni tiada hubungan dengan perkauman ianya cuma berputar-putar di bahagian sikap (attitude) seseorang.

P/S: Harap korang baca sampai habis. Sebab aku rasa entri ni agak panjang.

Updated: Aku kerja di kompeni kontraktor kecil. So aku bukan kontraktor.

Updated 2: tadi bos aku sound2 aku pasal aku mcm kurang menyerlah... ni mesti ada orang tikam belakang aku ni... Babi betul....

Kurangkan Berat Badan

Oleh kerana aku sedang mengurangkan berat badan aku (Bukan aku saja, 'nya' aku pun terlibat sama), aku telah meng'google'kan cara-cara yang paling sesuai untuk mengurangkan berat badan. Jadi result nya ada di sini.

Ini bagi aku adalah cara paling senang, sesuai dan sihat untuk mengurangkan berat badan. Jadi kepada mereka yang pada mulanya mempunyai berat 47kg dan sekarang meningkat kepada 71.5kg lalu ingin mengurangkan berat badan aku syorkan kamu mengikuti cara-cara yang betul untuk berdiet.


P/S: Untuk diet seimbang aku syorkan korang khatam kan buku ini.

Tersentap

Sebelum pergi keje aku menghubungi mak aku dan aku menerima berita tentang kepergian makcik aku akibat lemas ketika memancing.

Aku masih di sini. Tiada apa yang dapat aku lakukan selain sedekah Al-Fatihah.


Versi asal ada di sini.

Eksklusif

Untuk info sila klik sini.

Laporan Kursus Ruang Sempit (Confined Space)

Tarikh: 10 June 2009 - 11 June 2009.
Tempat: Indah Water training center, Sungai besi.

Ok. Ini hanya ringkasan. Seringkas yang boleh di taipkan buat masa ini. Aku bekursus selama 2 hari. Penat tapi banyak ilmu. Yang penting aku di kelilingi oleh orang-orang yang lebih berilmu dan berumur daripada aku. Aku amat berterima kasih ilmu yang dorang sumbangkan.

Sekian terima kasih.

Ke-2@2nd

Bermaksud lepas pertama (1). Bukan pertama kompleks. OK....


Untuk mengetahui jejaka-jejaka yang batin mereka di ragut sila tekan punat ini> 0 <.





Sekian terima kasih.

Kalau Aku Seorang Robot

Aku adalah robot. Tapi bukan robot yang jahat. Aku robot yang baik. Yang punyai hati dan perasaa dan juga belas kasihan. Banyak pekara yang ingin aku buat kalau aku adalah robot. Terutama membantu manusia. Tapi manusia kadang-kadang ego. Anggap diri mereka tuhan. Suka-suka tangkap orang tu, tangkap orang ni. Lepas tu siap tembak-tembak.

Ah... Bunuh saja manusia itu. Biarkan Skynet berkuasa.

Jeritan Dewangga Sakti Yang memang Sakti dan Dua Jeritan Satu Malam

Di rumah pena aku di buai oleh lagu-lagu yang amat membelai sanubariku sehingga aku rasa aku sedang terapung di langit-langit biru dan di balik awan-awan. Sungguh layan lagu-lagu denwangga sakti itu. Sungguh sakti lagu-lagu kamu itu. Terima kasih kerana menghiburkan malam minggu aku dengan kesaktian kalian.

Dua jeritan di malam minggu oleh dua wanita di NZ Corner Wangsa Maju. Ketika itu aku, razor, amir, vidadari dan iza sedang asyik memisterikan diri. Asyik sampai aku ajak razor balik pun dia dah tak nak. Sampai bangla tu tanya kami boleh dia kemas meja tu tak. Macam haram nak halau-halau orang.

Jeritan pertama. Jeritan dari wanita dan ianya di sebabkan oleh seorang jurujual entah apa yang dia jual datang senyap-senyap sedang kami asyik di alam misteri. Dia cuma tanya rumah ada internet dan kami menjawab ada dan tiada. Tanpa banyak cakap di berikannya kami brochure. Sorang satu. Tapi hanya lelaki sahaja yang di beri. Macam haram. Ingat kami lemah sangat ke.

Jeritan kedua. Aku memang agak dah sebab sebelum tu daun-daun dah mula jatuh. Kalau jatuh depan dua wanita ni mesti menjerit juga ni. Dan pekara itu benar-benar terjadi. Serius. Kuat jeritan itu.

Balik 4 pagi. Memang sudah lama kau tak merasa lepak sampai pagi ni. Jarang-jarang di buat oleh aku dah sekarang ni.

Inilah Gaban Kawan-kawan




'Nya' aku tanya macam mana rupa bentuk Gaban. Puas aku terangkan. Ni semua pasal radio lah pandai-pandai memutarkan lagu gaban.

P/S: Punya hebat gaban ni aku rasa.