Showing posts with label Laporan Bulanan. Show all posts
Showing posts with label Laporan Bulanan. Show all posts

Politik Lagi

Mungkin ada diantara kalian yang ingin menjadi kontraktor, yang ingin menjadi peniaga. Aku ada beberapa tips yang menarik untuk di kongsikan terutamanya kepada bumiputera malaysia yang ingin menjadi peniaga dan kontraktor yang berjaya.

Pertama, sebelum buat apa-apa pastikan ada duit. Duit adalah segala-galanya bagi sesiapa yang baru ingin memulakan kerjaya ini. Tanpa duit macam mana mau mula. Macam mana mau itu ini.

Kalau ada duit baru boleh menuju ke langkah seterusnya iaitu kena ada semangat politik. Daftar la jadi pemuda pas ke, pemuda umno ke, pemuda pkr ke, semua la. Yang penting mesti aktif dalam kumpulan politik ini. Baru senang dapat bantuan. Baru projek boleh jalan. Bisnes pun boleh maju.

Kesimpulanya sangat senang. Kuatlah berpolitik untuk jadi Kontraktor berjaya ataupun peniaga yang di kenali ramai.

Ron oh Ron (Bukan Cerita Pasal Ronney)

Bercerita mengenai petrol memang penting juga sekali sekala. Petrolkan sudah menjadi keperluan kita zaman sekarang ni. Terutama yang mempunyai kenderaan yang menggunakan petrol. Tidak kiralah samada menggunakan Ron'95 atau Ron'97. 

Tapi bila kita sebut sudah nama-nama petrol ni mesti kita mau rungkaikan lagikan. Ok. Senang. Bagi fahaman aku, ron'97 pada sekarang ni di panggil minyak mahal atau minyak lama dan ron'95 adalah dinamakan minyak murah ataupun minyak baru. 

Sekarang aku ingin merungkaikan beberapa fakta yang di buat oleh aku sendiri dengan menjalankan ujian sendiri dan di sahkan benar oleh aku sendiri juga. Semua aku buat sendiri. Kira ini adalah repot daripada seorang amatur dalam perbezaan Petrol Ron'97 dan Ron'95.

Ron'95 - Kuasa enjin Tiada, Penjimatan Tiada, Penjagaan Enjin Kurang, Hairan harga lebih kurang macam harga kalau pakai ron'97.

Ron'97- Kuasa enjin ok, siap cepat panas kalau pagi-pagi, dan tidak mati-mati enjin. Penjimatan sangat jimat walaupun mahal. Penjagaan enjin jangan cakap la memang 'tiptop'. Senang cakap enjin kenderaan Malaysia ni memang sesuai untuk petrol bernama ron'97.

Dan kesimpulannya, aku rasa ron'95 ni sesuai untuk mesin-mesin seperti mesin rumput, mesin pam air dan sebagainya. Jadi ron'95 di wujudkan supaya kita selalu hantar kenderaan pergi bengkel dan ron'97 di naikan harga untuk menguntungkan orang-orang yang jual minyak.

Sekian, terima kasih.

Asyik-asyik Ganyang Malaysia

Apa hal nak ganyang-ganyang Malaysia ni. Sudah-sudahlah rakyat Indonesia yang cuba untuk menghancurkan Malaysia.

Ganyang kalau tak silap aku bermaksud musnahkan atau hancurkan dalam bahasa Indonesia. Itu kalau aku tak silap la. Sebab aku rasa aku ada baca hari tu kat surat khabar. Tapi malas nak layan.

Dorang ni tak serik-serik ke dengan bencana alam yang menimpa negara dorang. Kalau tak silap tiap-tiap tahun ada saja bencana yang menimpa Indonesia. Lepas tu siapa yang tolong negara dorang. Rakyat Malaysia juga yang turun padang membantu mereka. Rakyat Malaysia jugalah yang bersusah payah menyelesaikan masalah dorang.

Belum cukup dengan itu lagi, rakyat-rakyat Indonesia yang tidak sedarkan diri ini tidak mengambil tahu tetang rakyat-rakyat mereka yang berada di Malaysia ini. Yang mencari rezeki dan perlindungan. Aku bukan cakap kosong ini kerana aku dapat lihat sendiri dengan mata aku. Aku kan kerja dengan kontraktor. Jadi kesemua pekerja yang berjawatan sebagai tukang, pekerja am dan operator-operator mesin ini adalah rakyat Indonesia yang bekerja bersama aku. Walaupun kadang-kadang tauke aku ni macam kedekut sikit, aku tetap bantu rakyat-rakyat Indonesia ini bekerja maksud aku memberi mereka kerja dan bagi masa tambahan kerja lebih sikit. Ish!! macam tak elok pula aku nak mengungkit macam tak ikhlas pula. Saja nak bagi infomasi yang betul tak salah kot.

Bukan setakat itu, ada lagi banyak benda yang negara kita yang di benci mereka ni bantu rakyat-rakyat Indonesia yang ada di negara kita ni. Ada yang sampai tak mahu langsung balik ke kampung halaman sebab sudah selesa tinggal di Malaysia. Selalunya dorang akan cakap macam ni "Di sini senang mas, apa-apa pun bisa dapat. Kerjanya pun banyak, gaji pun lumayan juga. Tak seperti di Indonesia mas. Gaji pun tak cukup mau makan. Itu pasal saya suka duduk sini. Kalau bisa mau ada i.c sini." Sampai macam tu sekali harapan dorang. Ada juga mereka-mereka yang telah menjadi jutawan di kampung setelah mereka berhempas pulas di negara kita untuk mencari rezeki. Sebab senang nak dapat duit di Malaysia ni.

Aku harap-harap rakyat Indonesia yang dipengaruhi dengan slogan "Ganyang Malaysia" sedar dengan tindakan mereka ini. Sedar-sedar la yang kita ni sebenarnya baik dengan dorang. Bukan menjadi musuh mereka. Untuk bacaan lanjut pasal protes dorang ni sila klik sini.

PS: Kredit tuk qish sebab bagi aku laman web tu.

Kawan aku kata

"Bos suka hati la bagi you jawatan. Apa itu? Nama saja. Bagi you jawatan assistant manager. Tapi masih juga you buat keje cikai."

Begitulah kata-kata kawan aku yang mana hanya dapat cuti 2 setengah hari selepas isteri dia besalin. Kalau aku yang kena macam tu, esok pagi-pagi aku hantar notis.

Apa pendapat anda.

Laporan Kursus Ruang Sempit (Confined Space)

Tarikh: 10 June 2009 - 11 June 2009.
Tempat: Indah Water training center, Sungai besi.

Ok. Ini hanya ringkasan. Seringkas yang boleh di taipkan buat masa ini. Aku bekursus selama 2 hari. Penat tapi banyak ilmu. Yang penting aku di kelilingi oleh orang-orang yang lebih berilmu dan berumur daripada aku. Aku amat berterima kasih ilmu yang dorang sumbangkan.

Sekian terima kasih.

Laporan Awal Bulan Febuary

Lama aku tak update kan entri ke blog ni. Memandangkan bulan ni memang aku sibuk gila. Awal keje je dah kena stay sampai malam. Huh....

Projek Anak Yatim akan di laksanakan pada 8 Mac 2009..... Untuk sapa-sapa nak join di sila kan....

Lokasi aku dah letak kat bawah ni... hehehehe....

hm.... Bosan duk depan komputer sehari-hari.... Nak tekeluar mata aku jadinya.... Semalam lak ada orang bermain mercun... Dan aku pun tak boleh nak tido....

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS Part 2: The Return of Jedi

Laporan

Tarikh: 18 January 2009
Tempat: Rumah anak yatim dan miskin Al-Munirah, Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off
Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Masa: 11pagi - 1petang

Seperti yang aku katakan dulu aku nak pegi rumah anak yatim dan aku dah sempurnakan niat aku tu. Aku pegi ngan seorang blogger ni. Kami berdua je. Dan bila aku datang kesana aku agak terkejut sebab keadaan sebenar rumah anak yatim ini tidak lah seperti yang di rencanakan di link yang aku suh korang tengok tu. Memang tempat die indah sekali.



Yang duduk tu ialah ustat Mohammad. Salah seorang insan mulia yang membantu untuk menguruskan tempat ini. Yang berdiri ni pula ialah Tuan Haji Abd. Rahman kalau tak silap aku. Dan dia ni datang buat makan-makan sikit kat sana. Secara kebetulan ni.


Budak-budak kat Rumah anak yatim ni terdiri dari umur dari 7 tahun sampai ke umur 17 tahun.



Untuk makluman bloggers yang lain. Rumah anak yatim ni sebenarnya memerlukan bantuan kewangan sebab mereka memerlukan beberapa fasiliti yang hendak di bina. Akan tetapi, mereka juga tidak menolak jika kita hendak menderma kan makanan dan pakaian.

Kapasiti rumah anak yatim ni tidaklah ramai sangat... Hanya memuatkan seramai 50 orang sahaja. Dan anak-anak disini semua nya datang dari seluruh malaysia.

p/s: Sorry lambat cerita pasal rumah anak yatim yang aku pegi ni. Dan rumah ni lebih kepada asrama yang memberikan pendidikan di luar waktu sekolah mereka. So, aku akan melawat untuk kali kedua. Tarikh, masa dan tempat akan di update dari masa ke semasa. So, keep in touch...<--- Ayat macam nak mengorat je....

Laporan Awal Tahun-January 9

Boring... Masuk ofis je dah stat menyakat member keje aku.. Itu la aku... Kadang-kadang bila masuk je ofis muka masam... Hehehehehehe...

Lepas je duduk d seat yang memang khas untuk aku on komputer terus berintenet.. Hehehe.. Blog ni buat aku ketagih... So skarang aku ni penagih blog... Ya penagih....

Buat keje yang aku malas nak buat... Sebab leceh sangat keje ni... Pakai autocad plak tu... MS excel senang je.. Ni autocad.. Aku tak la teror sangat cukup la tuk carik makan-makan sikit. Hehehehe...

Aku rasa aku kena motivasikan diri aku la untuk rajin bangun pagi pegi keje... Ni masuk kul 830 kul 8 aku bangun... 830 masa untuk breakfast.. Then kul 9 aku masuk keje... Lepas tu bukan buat keje... Dahtu plak tangguh-tangguh<--ngam ke ejaan ni??? keje....

Keje... Keje.... Keje....

Aku nak pegi site la... Ada tugas di sana.. dimana aku perlu selesaikan nya...

Krepek Ubi dan Nescafe

Hujan kat luar sungguh lebat. Angin dari bibir-bibir penghawa dingin terus mencucuk-cucuk bahagian kulit ku. Lalu aku membuka sebekas tin yang dulu nya di isikan biskut kemudian di isi kan dengan krepek-krepek ubi yang pedas.

Rasa kerepek ubi itu sangat memenuhi citarasa ku. Rasa pedas dari black paper di tambah dengan serbuk-serbuk lada dan kemudian di tambah pula dengan aji no moto. Terdetik di hati ku ingin kebelakang sebentar. Memerhatikan nescafe 3 in 1 yang belum lagi di bancuh.

Kehangatan Nescafe 3 in 1 ini membuatkan badan ku segar bugar. Umpama bunga yang disiram di waktu pagi. Di sinari lagi dengan matahari. Indah sungguh perasaan ini.

Nukilan hati seorang pekerja yang terpaksa bekerja lebih masa tanpa di bayar sesen pun.

*wei banyak lagi keje ko ni wei.....

Fenomena luar biasa....

Bila dah siap dengan sut kerja aku aku pun pegi ke ofis... Tapi sebelum tu aku nak breakfast jap... So kuar dari simpang rumah aku tu dah jumpe jusco bukit tinggi klang.... Agak besar jusco ni... Tak macam jusco yang lain.. Ni jusco yang lain dari yang lain...

Bila aku tengok je pagi tadi kat jusco ni lain... Tak penah macam ni sebelum ni... Tak penah... Seawal 730 orang dah ramai dah.... Kat carpark pun dah penuh... Aku biar je la... Kot-kot ada perubahan kot.... Then aku menuju kedai mamak fav aku tu...

Sampai je kat sana pun penuh orang gak... Aku lepak duduk dan pesan la makanan... dalam 15 minit dah sampai makanan aku... Mamak tu pun dah busy gila dah melayan tetamu dia... Luar biasa ni... Salu die ajak aku borak sambil tengok cite tamil.... hm.....

Aku pun mengalihkan pemandangan aku kat jusco yang aku sebut tadi.... Aku tengok memang ada sesuatu ni... Sebab belum buka lagi kedai dah ade orang baris kat depan jusco tu... Nape ni...????? Tanya punya tanya rupanya ade sale... Tapi tuk jusco card punya orang je... Tu yang aku agak rasa lain tu... Tak penah plak macam ni...

Oleh kerana fenomena luar biasa ni juga jalan kat tempat aku ni jam.... Memang aku tabik kat korang la... Korang memang pembeli yang true la.... Jam.... Jam.... Jam...... Jam........