Aku dan razor bebincang aktiviti yang akan di laksanakan di sana. Selain daripada gotong royong, apalagi yang harus di laksanakan di sana. Sambil tu aku merakamkan beberapa gambar untuk kamu kamu perhatikan sambil berfikir.
Sekarang aku bingung. Dengan duit yang telah didernakan sebanyak RM 500 dari beberapa pelopor blog. Apa nak di lakukan dengan wang sebanyak tu. Aku takut hendak menyerahkan bulat-bulat kepada orang-orang di asrama tu. Sebab aku rasa yg patut dapat duit tu ialah anak-anak yatim piatu. Aku merancang untuk membuat makan-makan. Tapi bajet tidak mengizinkan. Aku tidak boleh berfikir.
Jadi kepada para pelopor blog, aku perlukan bantuan kalian. Kami perlukan bantuan kalian.
Tepuk dada Tanya Selera.






