Showing posts with label Soal Jawab bersama Kontraktor. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab bersama Kontraktor. Show all posts

Adakah Wang Ringgit Menentukan Kebahagian Seseorang?

Jawapannya ada pada kamu kamu kamu.



Tepuk dada tanya selera.


Fikir-fikirkanlah.

Ke Sana Ke Sini.

Pagi lagi aku sudah kena masuk 'site'. Mencari pekerja berasal dari indonesia dan berbangsa jawa. Aku jumpa dan aku mengajak dia naik ke kereta untuk membantu aku mengukur kelebaran serta kepanjangan jalan raya di 'site' yang satu lagi, yang sudah siap dan hanya menunggu 'CPC Inspection'.

Aku dan pekerja aku mengukur dalam keadaan panas terik. Semakin lama semakin terik. Peluh menitis dari kepala singgah di hidung dan seterusnya singgah ke bibir dan jatuh ke tanah juga. Aku agak bernasib baik mengenakan baju t bekolar. Tak lah rasa janggal sangat untuk masuk ofis semula. Tapi memang panas hari ini. Aku syak ini la namanya pemanasan global ataupun kemarahan hati bumi kepada manusia.

Selesai pada pukul 12 tengah hari. Aku kena pergi ke kota kemuning. Pergi ambil Borang 'PDC 8' dari konsultant. Sebab esok ada 'CPC Inspection'. Korang tau ke kota kemuning kat mana? Maka aku pun sesat bersama-sama pekerja aku. Nak tanya dia, nanti dia mesti jawab "Ngak tau bos...".

Aku balik ofis. Di ofis aku rehatkan badan serta kaki. Sebab pukul 3 petang ada meeting lagi. Penuh jadual aku hari ini. Sakit gak kepala memikirkan nya.

Ke sana ke sini. Kulit aku dah kena sun burn.

Seronok ke keje aku?

Peraturan Untuk Memilih Bakal Suami

Aku ber-yahoomessenger dengan kawan lama aku. Sorang wanita. Jadi aku pun borak pasal perkahwinan.

Aku: Jadi kalau aku mau meminang ko apa la syarat dia???
Kawan Aku: 1. Ada agama 2. Baik budi pekerti 3. Ada kerja 4. Dr kluarga yg baik. 5. Bukan laki org.
Aku: Wow....!! Macam rukun islam ja. Ni rukun berumahtangga la ni.
Kawan Aku: tu belum lagi tu. Rukun iman rukun nikah belum lag tu.

macam ni rupanya kalau nak memilih suami. Ada peraturan pula. Bagaimana hendak memilih isteri pula....???

Tepuk Dada Tanya Selera.

Diskriminasi Kaum

Perkauman. Aku paling benci bila di tambah pula dengan Hirarki. Memang menindas secara lansung bagi aku.

Namun persoalannya wujud adakah dengan memulaukan Penkid, Mak nyah, Lesbo dan Gay adalah perkauman juga. Sedangkan mereka adalah kaum lelaki dan wanita yang songsang.

Fikir-fikirkanlah. Stop Racist!!!! Start To Unite!!!!!

Sekian Terima Kasih.

Bantu aku berfikir secara normal

Adakah aku berfikir secara normal kalau selalu fikiran ku susah untuk berfikir......?

..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(sila berikan jawapan anda tidak melebihi 100 patah perkataan......)

ps: aku akan bercuti ke penang. So, sape nak join. Sila daftar di platform 14 puduraya esok kul 10 pagi.......

Lelaki dan G-String

Tajuk ni sangat sesuai untuk kita bincangkan. Tapi aku bukan nak berbincang. Aku nak bercerita. Cerita pasal lelaki dan G-String. Cerita lama ni. Masa mula-mula aku menjejakan kaki ke Kuala Lumpur. Masa tu aku dan sahabat-sahabat pegi ke Kuala Lumpur. Ya di selesa inn depan maju junction kami check in. Check in tu kat Kuala Lumpur.

Kami masih lagi belum tau selok belok Kuala Lumpur. Jadi aktiviti kami yang pertama ialah meneroka sekitar maju junction, pertama kompleks dan sogo.

Sedang kami meneroka kami pun bershopping sebab kebetulan ada sale masa. Kami kan orang kampung. So tak berapa tau sangat pasal jualan murah ni dan kami tekejut bila tengok barang murah. So kami pun bershopping sekitar sogo.

Member aku yang dah shoping sakan ni telah pun menyambar beberapa kotak suar dalam tuk di kenakan kepada nya. Terus bayar.

Balik kat inn kami pun test-test pakaia yang kami beli. Member aku yang beli suar dalam tadi pun berteriak. Kejutan buat kami. Dia baling kat muka member aku. Suar dalam tu adalah jenis G-string. Yang hanya menutup bahagian depan. Bahagian blakang plak terpaksa di selitkan di celah-celah.

Dia buang g-string tesebut. Dia cakap geli nak pakai. So persoalan nya siapa yang cipta benda tu. Best sangat ke pakai benda tu.????

Aku dan Asam Boi Kaler putih

Kul 1220 tengah hari... Aku tengok member ofis aku... Seorang pompuan sedang makan asam..

Aku: Ada lagi ka itu???

Member aku: Aik... You Pompuan ke???

Aku: Takda la.... I mengandung... Tengok perut i....

Semua member aku dalam ofis gelak... Hahahahaha.... Member aku bagi aku asam tersebut dan aku memakan nya... Agak sedap asam tersebut.... Sambil aku post entri ini biji asam tersebut masih lagi kemas ku main di dalam mulut ku...

Salah ka seorang lelaki memakan asam boi kaler putih????

Kebebasan Kita dimana had nya = Soalan dari sahabat

Aku terpanggil oleh saudara antoo yang telah memperkatakan tentang kebebasan kita dalam berblog. Dia ada menjeritkan persoalan ini dalam shout box aku tu. Sila baca. Then aku pun terfikir macam mana dengan kebebasan kita ini sebenarnya. Adakah kita mempunyai had-had tertentu dalam kebebasan kita??

Bagi aku, bagaimana aku ingin menghadkan kebebasan aku adalah melalui akal fikiran sendiri. Sendiri dah besar. Sendiri ada sekolah tinggi-tinggi. Sendiri ada agama yang kita anuti. So itulah had-had dalam kebebasan kita. Ni bagi aku la.

antoo: freedom...adakah itu dasar yang terbaik bagi penulis..bagaimane pule bg penulis yang terpakse menulis utk memuaskan ati org lain..

Ni soalan pertama dia. Aku jawab senang saja. Memang itu adalah dasar yang terbaik bagi penulis. Bagi aku tak perlu lah kita ada sesuatu untuk kita khusus kan dalam penulisan. Ko nak buat apa buat je. Ko nak taip apa ko taip je. Satu je yang aku ingatkan, berani buat berani tanggung. Sakit kan hati orang pandai la pujuk balik. Penulis yang terpaksa memuaskan hati orang senang je. Pernah dengar iklan dalam radio kata"buat apa nak belikan untuk teman wanita awak, sedangkan memuaskan hati sendiri lagi senang" ko pikir la ayat ni antoo...

antoo: walaupun kite berbicara ttg kebebasan..tapi dakah kite btul2 bebas menulis? bagaimane pula sengkangan2 yg ade dlm inda kite bile kite menulis..

Ni soalan yang kedua dan aku akan jawab macam ni. Memang tidak di nafikan bahawa kita masih tidak bebas menulis. Kadang-kadang aku takut nak menulis sesuatu yang bakal menusuk hati seseorang. But seperti yang aku katakan berani buat berani tanggung. Cuba untuk kita berfikir diluar dari minda kita. Maksud aku kalau di terjemahkan melalui peribahasa "keluar dari bawah tempurung"

antoo: adakah kite betul2 bebas???

Soalan last yang perlu aku jawab dengan lebih serius. Jawapan nya ya dan tidak. Kenapa??? sebab kita mempunyai suatu ruang yang di mana kita boleh bebas membuat apa-apa. Namun ada juga ruang yang mana kita tidak bebas. So harap ko dapat pikirkan mana-mana ruang tersebut. Kebebasan kita adalah hak kita. Namun kita mempunyai had. Had tersebut kita yang wujud kan. So pandai-pandai la kita mahu ikut had tersebut atau langgar je.


Wah... Aku tak pernah menjawab soalan macam ni. Aku rasa baik lagi aku menjawab soalan-soalan exam aku masa kat kolej dulu. Boleh gak baca-baca nota ulangkaji pelajaran ke.... Apa-apa la... Thanks buat Antoo kerana telah mengutarakan soalan itu...

PS: macam ahli fikir pula aku kan... bukan yang hipop tu.... ni ahli cendikiawan la....