Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Pesanan Dari Yang Berpengalaman

Di pejabat tempat aku bekerja sekarang ni ada satu orang wanita yang aku panggil auntie. Memang auntie pun umur sudah 48 tahun. "Umur tua tia apa yang penting hati muda bah". Padahal muka dia tidaklah nampak tua mana pun. Macam hujung-hujung 30-an adalah.

Aku dengan si auntie ni memang kamcing. Sikit-sikit ketawa. Walaupun benda serius. Walaupun tengah sibuk dan pening. Memang seronok. Lagi seronok kalau kena ceramah. Contoh hari jumaat aku tidak pakai baju melayu. Aku akan kena ceramah. Blablablabla. Macam-macam la.

Tapi apa yang point penting disini adalah pesanan pagi tadi yang di tujukan untuk kaum lelaki.

"Kalau kau sudah kawin nanti, jangan pandai buat saja. Jaga anak pun mesti pandai. Kasi tidur anak mesti pandai. Barulah ada kerjasama."

Berfikir

Semakin kerap aku berfikir sekarang ni. Macam-macam aku fikir. Sampai pening, mengantuk dan tidur. Kadang-kadang time bawa kereta pun berfikir pasal benda lain. Bukan mau tumpu perhatian dalam pemanduan. Inilah punca-punca ni.

Bila waktu kerja pun aku berfikir. Kadang-kadang kerja punya hal aku fikir, kadang-kadang aku fikir lain punya hal pula.

Sekarang pun aku berfikir. Fikir apa yang aku mau taip di entri aku kali ni. Gagal betul la.

Terkini

Waktu kerja: 8.00 pagi sampai 5.00 petang.

Hari: Isnin sampai Jumaat. Sabtu 'halfday'.

Kerja: Melakukan semakan pada claim. Kadang-kadang submit beberapa surat kepada client. Mengarang. Jalan-jalan pergi site. Ada juga kadang-kadang bercakap melalui telefon. Tapi yang paling hebat ialah bila melawat ke sini. Memang heaven.

Jadual Hari Ini: Edisi Sepantas Kilat

  1. Seawal 8 pagi aku dah redo aku punya claim. Progress Claim.
  2. Kemudian aku dah melayri internet sampai kul 10 pagi yang mana kemudian nya aku berjumpa dengan mr. Ho.
  3. Lepas sahaja berjumpa beliau aku pergi makan breakfast then pegi bank cash out RM 4500.00 untuk gaji pekeje indonesia. Tapi petang pun aku kena cash out lagi. Banyak duit.
  4. Balik semula ke ofis aku buat beberapa keje cikai-cikai.
  5. Lepas lunch ni aku nak pegi merayau-rayau dekat site sambil cari konsultan nak tandatangan claim aku.

Kenapa begini??????

Yang ko tak bayar bil stremyx tu pe hal...??? Kan aku dah tak dapat nak online secara beleluasa... Aduh....

Tambah lagi aku dah tak banyak keje... Aku salu kluar je pegi site... Baca paper borak ngan indon... Kadang-kadang cuba jadi khidmat nasihat dorang... Dengar masalah dorang kemudian aju kan kepada Bos...

Ntah kadang-kadang aku kesian ngan dorang tu... So kalau aku ada sen sikit aku pegi la blanje makan tengah hari mat-mat indonesia yang rapat ngan aku... Dan apa yang penting aku dapat pow Dji sam su.... jenama rokok rhoma Irama... pergh... mashuk.....

Yehaa!!!!!

hehehehe....

aku dah siap report aku... hahahahaha....