Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Sejuk

Setelah aku imbas di fikiran ku, baru aku sedar sudah hampir sebulan aku kesejukan. Kesejukan ketika tidur walaupun sudah berselimut. Kesejukan ketika mandi pagi sampai rasa malas mau mandi pagi. Kesejukan dalam pejabat, ni penghawa dingin punya pasal. Pandai sejuk sendiri. Sampai mau menaip pun susah.

Ini bukan cerita pasal kesejukan aku saja, tapi kesejukan semua. Bos aku pun cakap sejuk. Mungkin salah satu puncanya ialah hujan terus-terus tanpa henti. Alam sekitar kita sudah berubah. Sudah sukar untuk di duga.

Mungkin salah kita juga. Patut menjaga alam sekitar. Tapi kita mencemarkannya lagi. Sepatutnya bulan febuari ni bulan panas tapi sekarang masih lagi hujan. Apalah nasib.

Mari kita sokong ini-----> wwf.org.my


Lagu ni tiada kaitan dengan alam sekitar. Tapi berkaitan dengan kehidupan.


Khurafat - Dari Hati Ikhlas

Ramai mengatakan bahawa filem Khurafat adalah yang paling seram tahun ini. Televisyen cakap seram, akhbar-akhbar cakap seram, temubual pun cakap seram, termasuklah radio cakap seram. Secara ikhlas aku cakap disini aku langsung tidak merasa seram. Filem ni lebih banyak aksi-aksi atau adengan-adengan yang boleh buatkan kita terkejut dan bukan seram.

Apa yang lebih mengecewakan adalah mengenai hantu dalam cerita tersebut. Jangan sesekali meniru gaya hantu jepun atau lebih tepat lagi 'Ju-on'. Masa aku tengok cerita ni ramai yang menjerit. Bukan jeritan seram, tapi jeritan yang menyebut "JU-ON!!".  Apa semua ini? Lemah semangat nak tengok cerita seram gelak lagi adalah.

Jika di bandingkan dengan cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', saya lagi seram tengok cerita HKLBR dari cerita Khurafat. Lagi seram part Kak Limah bediri ditingkap dan masuk ke bilik awie pada waktu malam. Seram gila. Cerita macam ni yang saya mahu tengok. Bukan cerita yang banyak buat terkejut.

AJL 25?

Entah hampir semua cakap AJL 25 punya pemenang sepatutnya tidak menang. Pada aku semua tu rezeki si pemenang. Nak sakit hati untuk apa? Korang dapat bahagian ke kalau lagu orang lain menang selain dari pemenang semalam?

Layak ke tidak semua sudah terjadi. Juri adalah seorang yang adil. Kalau tidak adil bukanlah juri. Lagipun tahun lepas pun ramai juga orang tidak puas hati dengan keputusan juri. Aku rasa macam tiap-tiap tahun orang tidak puas hati dengan juri.

P/S: Sampai buat page di facebook tu. Tajuk dia "Kami tidak bersetuju Ana raffali menang AJL 25". Malaysia oh Malaysia.

Suzuki AFF Final Malaysia Juara 2010

Setelah 16 tahun menanti akhirnya negara kita Malaysia telah berjaya memilikinya untuk pertama kali dalam sejarah. Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak buah Raja Gopal. Tahniah.

Saya sangat teruja melihat persembahan pemain-pemain Malaysia terutama gol Safee Sali yang menghancurkan hati penonton/peminat Indonesia. Tajam dan tepat/laju. Selain itu, overall persembahan Malaysia pada final ke-2 ini adalah 3/5. Masih banyak juga perlu di perbaiki dari segi skil penghantaran bola serta kesefahaman antara pemain-pemain Malaysia.

Untuk penjaga gawang Malaysia, anda layak menyarungkan jersey no. 1 Malaysia. Tiada orang lain yang layak. Teruskan usaha untuk mengasah lagi skil anda. Persembahan anda memang bertaraf 5 bintang.

Untuk mengakhiri ulasan ini saya berharap agar pasukan Malaysia ini tidak mementingkan diri sendiri dan angkuh dengan kejayaan yang anda kecapi. Perbaiki lagi kelemahan dan kepada Raja Gopal teruskan usaha anda untuk meningkatkan mutu permainan Malaysia.

MALAYSIA BOLEH.

P/S: Agak-agak kalau jadi pengulas sokernet boleh tak ni?