Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi - Exist oh ibu
memang betul. Ibu selalu bangun pagi. Seawal 5.00 pagi. Menyediakan sarapan untuk anak-anaknya yang kesemuanya adalah lelaki. Sambil-sambil tu ibu akan membasuh kain dan kemudian akan mengejutkan anak-anaknya dengan penuh kasih, dengan penuh sayang.
Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia - Dato Shake Umi
Ibu memang sengsara. Menjadi ibu dan bapa. Ibu adalah ibu tunggal kepada kami tujuh beradik yang kesemuanya adalah hero dalam hidup ibu. Kami sering berdoa untuk ibu. Agar kami dapat menanggung sengsara ibu. Meringankan semua sengsara ibu.
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan- Exist oh ibu
Ibu. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan aku dan juga adik-adik yang lain. Bagaimana kami ingin mengisi perut kami yang kosong. Bagaimana kami ingin tidur dengan selesa. Dan siapa pula yang akan mengejutkan kami ketika kami nyenyak tidur. Dan siapa yang akan menyekolahkan kami. Kalau orang lain mesti kami di suruh menjual balsem, keropok dan sebagainya di stesen minyak petronas.
Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita
Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira- Dato Shake Umi
Sedaya upaya ku. Menghilangkan derita ibu. Membuatkan ibu gembira. Bila masa aku telah membantu ibu menjaga adik-adik. Membantu ibu mentadbir keluarga ku yang agak bergelora. Walaupun aku masih lagi bersekolah. Ibu aku menggembirakan mu dengan menyambung pelajaran ku walaupun kau tidak mampu. Namun aku tetap berusaha sendiri menanggung pembelajaran ku di kota konkrit yang amat panas ini. Ibu tak perlu risaukan aku. Anak remaja mu ini bermotivasi tinggi dalam perantauan ini. Biar dimana aku di campak, dengan berkat doa mu aku masih lagi bernafas.
Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...
Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia
Umi... Umi cinta padamu - Dato Shake Umi
Ibu. Derita mu kini aku yang menanggungnya. Apa-apa masalah mu akan kau ceritakan kepada mu. Dan aku akan mengambil semua tindakan tegas seperti jeneral tentera mengarahkan orang bawahan. Aku memang tidak lagi sanggup melihat kau menderita. Biar aku yang menanggung kesemua derita mu ibu.
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati- Exist oh ibu
Ibu. Hasrat ku dan juga hasrat adik-adik ku yang mahu kau tahu bahawa kami sangat menyayangi mu, bahawa kami mahu menanggung derita mu, bahawa kami sanggup bekorban demi mu ibu. Namun kami belum lagi sempat melakukan sebahagian dari hasrat kami ini. Setiap hari kami mencuba dan terus mencuba dan terus. Sampai kami berjaya. Mudah-mudahan kami sempat melakukannya, membuktikannya.
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu- Exist oh ibu
"Ya Allah. Ampuni lah segala dosa ibu Fatimah Bte Md. Yassin. Tempatkan lah ibu bersama-sama insan yang mulia. Kau bahagiakan lah kehidupan ibu ku Ya Allah. Murahkanlah rezeki ibuku dan Kau panjangkanlah umur ibu ku Ya Allah."
Doa ini selalu ko bacakan. Untuk ibu ku. Ibu, aku mohon maaf atas segala kesilapan ku. Kekasaran ku. Kebiadapan ku yang mana telah melukakan hati mu. Ibu selamanya adalah hari mu.
Kepada ibu ku Fatimah Bte Mohd Yassin yang membesarkan ku. Yang memanjakan aku biarpun aku anak sulung. Dan mengharapakan aku membantu ibu suatu hari nanti dan harinya sudah tiba, aku ingin meminta maaf kepada mu atas segalanya.
16 comments:
untung ibu mu dapat anak seperti kau...
selamat hari ibu untuk ibu mu...:-)
selamat hari ibu!!!!
sedu!!
x leh nak cakap....
i nak nangis boleh tak?
wooooo
sedih sgt2..nak taip k0men ni p0n tepaksa..uhuk3
Salam tengah hari Dato Paduka Masri,
pandai saudara menyusun semula lirik lagu dan jalan cerita saudara itu,
ada bakat tu ...
ma.patung - thanks.... slamat hari ibu ma...
hazerin - aku bukan ibu.. ko la... selamat hari ibu...
lifesaver - jgn ckp...
pije - boleh... nangisla....
sharamli - jgn xterlalu sedih...
zulkifli - ada idea boleh la buat macam ni... hehehe...
camat ari ibu utk sumer ibu...
aku dah beli set karaoke kat mak aku.
ko beli ape...? :D
sedihnye...
kirim salam dekat ibu kamoo...
ckp kt die
heppy mother's day..
semua buat entri pasal hari ibu..best best
ceh! tak nampak btg idung kat launching Kacip last Sat..aparaaaaa?
untungnyer ko dapat ibu sebegitu...
~tiba2 aku rasa sedih pulak kenangkan emak ku itu...
sutera - slmt hari ibu...
yan - wow.... hahahahaha... aku... hadiah tuk mak aku salu aku bg.... mcm2 dah... hehehehehe
nienalaniy - ok...
mrblind - hehehehehe....
kakjude - last mnit ade keje la kak...
yus - kim slm mak kmu....
sedihnya..kamu anak yg baik!
alahai....sadisnya citer ko ni..
err...kem salam sama mak yek.
haha! lalala~
Post a Comment