Bapa. Aku bahasakan diri mu sebagai Papa. Sepuluh tahun dulu kau dan aku serta yang lain dalam keluarga kita sangat bahagia. Sehingga satu hari tu di mana aku balik dari melepak dan melihat mama menangis. Saat itu, detik itu kekal dalam minda ku. Di mana orang yang paling aku benci ialah Papa. Ya, Papa yang paling aku benci sebab buat mama menangis dan di saksikan oleh kami adik beradik yang hanya diam dan tidak mampu membuat apa-apa.
Bapa. Kau datang untuk melihat adik ku yang bongsu lahir selepas beberapa bulan kau buat mama menangis di hadapan kami. Saat itu kami sangat derita. Langsung kau menghilangkan diri. Langsung kau melupakan kami. Tapi saat adik ku yang bongsu lahir kenapa kau muncul? Dan kemudian kau tinggalkan kami semula tanpa berita dan tanpa apa-apa wang untuk belanja kami adik-beradik. Lalu aku menganggap mu kejam. Seorang papa yang kejam.
Sekian lama kau mendiam tanpa berita. Lalu aku mengambil keputusan untuk mencari mu. Aku pulang ke kampung mu walaupun aku hanya ada beberapa ringgit sahaja. Aku mencari mu dengan bantuan adik-beradik mu dan akhirnya aku dapat berjumpa dengan mu papa.
"Kenapa papa buat macam ni? Kenapa papa kasi nangis mama??"
"Satu hari nanti kau akan faham."
Itu adalah jawapan mu yang mana aku masih lagi tidak tahu apa isi tesurat dan tesirat yang ada di jawapan mu itu. Aku sangat kecewa. Aku kecewa sebab tidak dapat memahami apa yang kau katakan. Apa yang kau maksudkan.
Sudah bertahun-tahun semenjak dari memoir sedih dan menusuk kalbu itu. Sudah bertahun-tahun kau membuatkan aku dan adik-beradik berhempas-pulas menanggung derita yang kau berikan aku akur. Aku menerimanya sebagai satu pengalaman yang banyak mengajar aku. Adik bongsu ku pun sudah dewasa dan aku yang bertanggungjawab keatas mereka sebab aku adalah yang sulung. Demi kebahagian mereka aku menerima mu kembali. Aku menerima mu sebagai papa. Aku menerima mu sebagai ayah ku dan juga adik-beradik ku.
Papa, aku ingin minta maaf atas segala kekasaran aku dan juga kekasaran adik-adik yang lain. Aku wakilkan diriku ini sebab mereka masih lagi benci dengan tindakan papa yang lalu. Aku sudah lama memaafkan papa. Aku juga ingin berterima kasih atas kebahagian yang sementara, pengalaman dan juga nafkah yang kau berikan kepada ku dan adik-adik selama itu. Aku tahu yang kami tetap anak mu walaupun kami sangat membenci mu.
Selamat Hari Bapa.
24 comments:
tanpa bapa..x wujud kita kat dunia nie..hhhuhuhu..
atie - its true....
selamat hari bapa kepada bakal bapa...
ya aku pun bapa juga. selamat hari bapa untuk aku... ha..ha,,
urmm..
cite kamu cam cite mak aku...
tp itu membuat kamu berdikari kn...
jgn dendam ya..
idak elok...
heheheheee...
selmt hari bapa tok semua bapa di dunia...
epy fathers day..
pada bapa..bakal bapa..X-bapa dan bapa-bapa ayam..
hahaha...
jgn dendam2...k peace..
slamat hari bapa to all bapa2 di malaysia....to yg sudah tiada especialy to my dad....kita sedekahkan Al-fatihah...amin
saya sayang mak saya
to atle love watie:
Yup,,,, tanpa bapa kita tak wujud di dunia. Betul... tapi bukan semua org ada cerita yang indah dan sama tentang bapa.. bersyukurlah kalian.
selamat hari bapa
walaupun bapak aku lempang aku
sebab suka ponteng sekolah
aku tetap sayang bapak aku
huhuhu
anak2 aku langsung tak sempat nak kenal papa mereka...huhuhu
bagus la kau dah maafkan bapa kau...
selamat hari bapa...
bila actually fathers day ni?
syg,
meh share papa ngan mya...
finally, de gak entry yg akak bole paham..
well masri, ermmm
u know rite how it hurts your mom? eh? pesal akak cakap jawan ni? hahaha
ok, ok
kalo masri faham rase *sakit* yang seorang perempuan tanggung, gud for u!
akak harap masri akan buat hidup masri seterusnya jadi lebiih better k?
jangan ulang kesilapan papa masri ;)
neway, belajar dari kesilapan x salah hehe
lifesaver - sape bakal bapa??? mr. KE ke???
haruan - ya.. kau jaga family ko elok2... hehehehehe...
niena - memang betul apa yg ko cakap... but difrent to me... aku menerima kasih bapa yg berlainan...
ayam - hahahahahahaha....
hazel - Al-fatihah....
sharamli - syg mak je ke??
aloy - aku setuju ngan ko....
Noor Aqilah - hahahahaha.... bapa ko mufti ke???
ma.patung - 26 rasanya.... hehehehehehe... cian anak2 ko...
faryn - kta kawin la dulu mya... kakakakakaka....
kakdiba - sy fhm semua tu... hehehehehe... ni mesti ada yg repot ni kan kak... hehehehehe...
ku juga penah rasa yg sama.xpeh.setiap dugaan ada hikmah disebalik.btw,hang in there.be strong
no matter what happen..
father will always be our father..
walau sejahat mane pn die..
ppl make mistakes..
Hepi Fathers Day... =)
mooney - hm betul... we have to accepted all of this...
mefree - betul....
syurga kau di tapak kaki ibu, bukan bapa.
peace!!
DPM AKU terharu...kalaulah kau mengerti!!! Kawan
aci ada dmana-mana. sila teka sebelom mengalah. hehehe
Salam Dato Paduka Masri,
ini cerita benar atau sekadar rekaan (?)
ada nilai moral aku kira ceritamu ini...
hazerin - betul tu...
j4l4k - faham...!!!
zulkifli - cerita betul....
bila pula hari bapa?
Dugaan masing-masing berbeza. Anda matang dan benar kerana mampu memaafkan yang berlalu.
Post a Comment