Tanda malas.
Hari ini
Hari terakhir aku berada di tempat kerja yang penuh dengan makcik-makcik. Jumaat ni aku mula lagi dengan tempat baru. Moga di berkati gerakan aku kali ini.
Rona-rona 2
Jamal malam ni agak malas. Entah apa angin merasuk Jamal sampai malas sungguh dirinya mau berbuat apa-apa.
Dengan terlentang dan terbaring, Jamal membuka pakaiannya satu per satu. Di mulakan dengan baju diikuti dengan seluar. Maka tinggallah seluar yang dinamakan boxer. Angin pun masuk selajunya kebahagian sulitnya.
Jamal masih lagi berbaring terlentang. Matanya juga makin kabur. Selesanya tahap selesa lima bintang. Matanya terus pejam.
Jamal tidak sedarkan diri.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Rona-rona
Jamal baru sahaja selesai tugasnya untuk memandikan dirinya. Sudah seharian tidak merasa air tubuhnya itu. Kemudian dia menyarungkan kain pelekat dan menghadap komputernya untuk menyambung penulisannya yang belum pun bermula.
Dibukanya blogger dot com tapi belum ada apa yang ingin di postnya. Kemudian Jamal mengerahkan otaknya untuk berfikir tajuk yang sesuai dan kreatif. Jamal menganggap bahawa dia perlu kreatif kalau mau menjadi penulis sebab dia suka penulis-penulis yang kreatif. Jadi, kreatif adalah paling perlu baginya. Kreatif adalah nombor 1 di hatinya.
Ditulisnya tajuk "Bunga-bunga madah pemimjam". Kemudian dipadam semula oleh Jamal. Ditulisnya semula dan terus ke bahagian isi kandung. Bermula dengan ayat "Angin meniup madah-madah indah itu kepada ku, ku sambut dengan tepisan yang paling tangkas....." Jamal berhenti di sana. Kemudian Jamal kenakan seluar jeans dan baju t bekolar.
"Baik aku pegi merempit. Manatau boleh dapat ilham kreatif"
Siri Ber'Chatting' Dengan Hantu Tetek Vol. 2
Dan berkata-kata di dalam hati. "Ada mangsa nampaknya!"
Jamal telah merancang bagaimana nak membuatkan W3n4 share video dia. Mula-mula sekali Jamal akan tanyakan soalan-soalan formal seperti "duk mana?" "Dah makan belum" "Apasal tak tido lagi" dan sebagainya soalan formal ditanyakan Jamal.
W3n4 tidak juga kurangnya untuk membalas pertanyaan formal Jamal dan ini menandakan W3n4 sedang menuruti perangkap Jamal. "Siaplah kau." bisik hati gatal Jamal.
"Awak, apa kata kita ber'YM' senang sikit nak borak. Kat fb ni macam sial sikit dia punya chatting ni" cadang Jamal.
"Ok awak." balas W3n4.
Setelah lama mereka berborak di YM Jamal gatal hati hendak memvideo call W3n4. Tapi entah kenapa W3n4 senang saja memjawab video call Jamal. Akan tetapi Jamal langsung tak nampak muka W3n4, badan pun. Gelap.
"Awak, tunjuklah muka." rayu Jamal dengan gatal hatinya untuk melihat W3n4.
"Awak nak tengok muka ke nak tengok ini?" selantas itu W3n4 menunjukkan bentuk badannya dengan baju dalm pink yang mana Jamal terbeliak melihat saiz payudara W3n4.
"Wow! Besarnya awak. Tunjuklah muka sekali." rayu Jamal lagi dengan hati yang gatal.
W3n4 menunjukkan mukanya selantas itu juga Jamal muntah di keyboard nya dan dengan pantas melogoutkan YM nya.
Hatinya yang gatal tadi serta merta bertukar menjadi geli berbisik "Babi punya hantu tetek, dah la bapok ada hati nak tunjuk tetek. Dasar hantu tetek bapuk."
Pemanas
Kalau aku drive semua kena maki kalau pemanduan mereka macam tahi, lambat macam siput, dan semua benda yang tidak kena di hati aku. Kadang-kadang polis trafik pun kena. Tapi tu kadang-kadanglah.
Lagi teruk kalau orang buat perangai sebagai contoh kalau pelayan buat hal. Ambil order lain yang sampai. Aku order kerabu mangga tapi yang sampai nasi goreng kerabu. Serta merta aku terbalikkan meja aku. Pelayan tu pun aku terbalikkan. Pemanas kan aku.
Jadi kau kenapa???
Ok pasal terbalikkan meja tu aku tipu.
Siri Ber'Chatting' Dengan Hantu Tetek
Untuk membuang masa yang kosong itu, Jamal telah membuka laman sosial facebook untuk mencari kawan dan menegur kawan sambil tengok-tengok gambar seksi kawan-kawan dan tengok orang share gambar seksi yang kononnya itu adalah seni. Yang komennya mesti berbunyi "berdarah hidung". Kalau tak pun bunyinya "wow".
Hendak di jadikan seram-seram sejuk, Jamal dengan senang hatinya memilih seorang wanita yang agak cun cantik dan mantap untuk di jadikan teman bicara yakni chatting pada keseluruhan malam itu. Nama profil perempuan itu W3n4. Entah kenapa nama itu ditulis seperti itu. Mungkin sengaja atau keliru ataupun ianya adalah gaya penulisan terkini. Mungkin juga.
Mula-mulanya Jamal membuka bahagian gambar-gambar W3n4. Memerhatikan gambar W3n4 satu per satu. Setiap album gambar. Satu per satu. Kemudian barulah Jamal ber'chatting dengan W3n4 dengan kata permulaan:
Me: Hai awak. Tak tido lagi ke?
Jamal sangat-sangat berharap agar ada balasan dari W3n4. Lama juga Jamal menanti. Ada lebih kurang dalam 10 hingga ke 15 minit juga penantian Jamal. Dan pada minit ke-16 baru Jamal mendapat balasan.
W3n4: Hai. Tak lah. Kalau tido saya tak jawab chat ni.
Jamal tersenyum. Dan berkata-kata di dalam hati. "Ada mangsa nampaknya!"
Bersambung (Penat)....
Pemikiran Orang
Politik Tuduh Menuduh
Tuah
Tapi tuah manusia siapa tau? <-----Tiada kaitan langsung dengan Hang Tuah.
Bos Cakap Lah...
Fikir. Fikir. Fikir.
Ok.
Fikir. Fikir. Fikir.
Penyakit
Mula terasa ada sesuatu dalam hidung. Kemudian akan mengalir cecair yang separa pekat dari lubang hidung. Membawa kepada selesma.
Secara rasminya aku selesma.
Beberapa hari kemudiannya badan rasa lain macam. Buat itu ini pun payah. Tekak mulai rasa lain-lain. Macam ada benda kasar dan kering seperti jalan raya tar si dalamnya. Ok. Batuk akan datang.
Secara rasminya batuk datang menjelma.
Kombinasi ini amat sempurna untuk mengambil cuti sakit esok.
Selesma + sakit tekak (batuk) = MC.
Kehkehkeh
Tidur
Ok. Elok la tidur sekarang, esok susah pulak nak buat kerja.