Siri Ber'Chatting' Dengan Hantu Tetek Vol. 2


Dan berkata-kata di dalam hati. "Ada mangsa nampaknya!"

Jamal telah merancang bagaimana nak membuatkan W3n4 share video dia. Mula-mula sekali Jamal akan tanyakan soalan-soalan formal seperti "duk mana?" "Dah makan belum" "Apasal tak tido lagi" dan sebagainya soalan formal ditanyakan Jamal.

W3n4 tidak juga kurangnya untuk membalas pertanyaan formal Jamal dan ini menandakan W3n4 sedang menuruti perangkap Jamal. "Siaplah kau." bisik hati gatal Jamal.

"Awak, apa kata kita ber'YM' senang sikit nak borak. Kat fb ni macam sial sikit dia punya chatting ni" cadang Jamal.

"Ok awak." balas W3n4.

Setelah lama mereka berborak di YM Jamal gatal hati hendak memvideo call W3n4. Tapi entah kenapa W3n4 senang saja memjawab video call Jamal. Akan tetapi Jamal langsung tak nampak muka W3n4, badan pun. Gelap.

"Awak, tunjuklah muka." rayu Jamal dengan gatal hatinya untuk melihat W3n4.

"Awak nak tengok muka ke nak tengok ini?" selantas itu W3n4 menunjukkan bentuk badannya dengan baju dalm pink yang mana Jamal terbeliak melihat saiz payudara W3n4.

"Wow! Besarnya awak. Tunjuklah muka sekali." rayu Jamal lagi dengan hati yang gatal.

W3n4 menunjukkan mukanya selantas itu juga Jamal muntah di keyboard nya dan dengan pantas melogoutkan YM nya.

Hatinya yang gatal tadi serta merta bertukar menjadi geli berbisik "Babi punya hantu tetek, dah la bapok ada hati nak tunjuk tetek. Dasar hantu tetek bapuk."

Pemanas

Aku sekarang menghadapi satu masalah yang tiba-tiba timbul. Cepat panas atau lebih kepada pemanas.

Kalau aku drive semua kena maki kalau pemanduan mereka macam tahi, lambat macam siput, dan semua benda yang tidak kena di hati aku. Kadang-kadang polis trafik pun kena. Tapi tu kadang-kadanglah.

Lagi teruk kalau orang buat perangai sebagai contoh kalau pelayan buat hal. Ambil order lain yang sampai. Aku order kerabu mangga tapi yang sampai nasi goreng kerabu. Serta merta aku terbalikkan meja aku. Pelayan tu pun aku terbalikkan. Pemanas kan aku.

Jadi kau kenapa???

Ok pasal terbalikkan meja tu aku tipu.

Siri Ber'Chatting' Dengan Hantu Tetek

Malam minggu itu angin bertiup kencang. Jamal malas nak keluar melepak bersama Faiz sebab dia khuatir dia akan kebasahan oleh hujan nanti. Jamal menganggapkan bahawa bila angin kuat mesti di ikuti dengan hujan yang kuat juga.

Untuk membuang masa yang kosong itu, Jamal telah membuka laman sosial facebook untuk mencari kawan dan menegur kawan sambil tengok-tengok gambar seksi kawan-kawan dan tengok orang share gambar seksi yang kononnya itu adalah seni. Yang komennya mesti berbunyi "berdarah hidung". Kalau tak pun bunyinya "wow".

Hendak di jadikan seram-seram sejuk, Jamal dengan senang hatinya memilih seorang wanita yang agak cun cantik dan mantap untuk di jadikan teman bicara yakni chatting pada keseluruhan malam itu. Nama profil perempuan itu W3n4. Entah kenapa nama itu ditulis seperti itu. Mungkin sengaja atau keliru ataupun ianya adalah gaya penulisan terkini. Mungkin juga.

Mula-mulanya Jamal membuka bahagian gambar-gambar W3n4. Memerhatikan gambar W3n4 satu per satu. Setiap album gambar. Satu per satu. Kemudian barulah Jamal ber'chatting dengan W3n4 dengan kata permulaan:

Me: Hai awak. Tak tido lagi ke?

Jamal sangat-sangat berharap agar ada balasan dari W3n4. Lama juga Jamal menanti. Ada lebih kurang dalam 10 hingga ke 15 minit juga penantian Jamal. Dan pada minit ke-16 baru Jamal mendapat balasan.

W3n4: Hai. Tak lah. Kalau tido saya tak jawab chat ni.

Jamal tersenyum. Dan berkata-kata di dalam hati. "Ada mangsa nampaknya!"

Bersambung (Penat)....

Pemikiran Orang

Setiap kali mesti dia akan mengatakan "What is wrong with Muslim? They don't want a peace?" dan setiap kali juga aku macam tersentak dengan persoalannya itu. Kemudian aku berfikir, adakah minda dia ni betul atau tidak. Kenapa perlu menyoalkan agama dalam perbuatan orang. Lebih-lebih lagi bila dia menganggap Islam itu kejam. 

Semalam dia menyoalkan lagi kekejaman orang muslim. Orang melayu Islam dan pemerintah di negara kita. Tapi dia tetap menyalahkan Islam tapi bukan orang tersebut. 

Dan pagi tadi dia sekali lagi menyoalkan tentang kemasukan rakyat negara kita ke pusat pengajian tinggi awan di negara kita. Katanya "But the Muslim quota to enter government education center is more higher then non-Muslim. And their standard to enter this education center is more lower than non-Muslim". Kemudian aku sambar soalan dengan jawapan ringkas "I think you are wrong madam. What you are saying is not Muslim, but bumiputra." 

Kesimpulannya, her minded full of stupid thing about Muslim. She doesn't know about Muslim but act like she know it all. Dan jangan suka salahkan agama dalam perbuatan seseorang sedangkan perbuatan itu datang dari diri sendiri.

Politik Tuduh Menuduh

Agak-agaklah kalau nak cakap. Kalau nak tuduh tu biar berbukti. Baru rakyat tau kesahihannya. Jangan biarkan rakyat membawa cerita sesuatu yang kurang sahih. Rakyat yang berilmu bukan mudah sangat nak setuju dengan kata-kata tanpa bukti. 

Aku bukan nak cakap aku ni menyokong parti pembangkang mahupun menyokong parti pemerintah. Aku masih lagi dalam proses memilih siapa yang patut. Siapa yang bertanggungjawab.

Aku menulis ini berdasarkan laporan dari Malaysian Digest yang kamu boleh baca di sini. 

Apa yang dia cakap dalam tuduhan ni adalah "Selangor Umno claimed that PKR had received support from a Jewish-linked organization during the 2008 general election." Kenapa baru sekarang nak cakap? Kenapa tidak dulu lagi semasa kemenangan parti pembangkang di negeri itu? Dan juga kenapa tidak boleh berfikir dahulu?


Tuah

Konon ada yang mengatakan bahasa Hang Tuah adalah orang cina. Tiada siapa pun tahu kebenarannya. Mungkin juga Hang Tuah adalah dongengan orang dulu-dulu. MUNGKIN.

Tapi tuah manusia siapa tau? <-----Tiada kaitan langsung dengan Hang Tuah.


Bos Cakap Lah...

Bos cakap "Kalau kita rasa kita sudah dekat ada masa terluang elok la buat sesuatu yang memberikan manfaat untuk orang lain dan diri kita sendiri" katanya setelah dia mengetahui bahawa dia mempunyai masalah buah pinggang.

Fikir. Fikir. Fikir.

Ok.

Fikir. Fikir. Fikir.

Penyakit

Mula terasa ada sesuatu dalam hidung. Kemudian akan mengalir cecair yang separa pekat dari lubang hidung. Membawa kepada selesma.

Secara rasminya aku selesma.

Beberapa hari kemudiannya badan rasa lain macam. Buat itu ini pun payah. Tekak mulai rasa lain-lain. Macam ada benda kasar dan kering seperti jalan raya tar si dalamnya. Ok. Batuk akan datang.

Secara rasminya batuk datang menjelma.

Kombinasi ini amat sempurna untuk mengambil cuti sakit esok.

Selesma + sakit tekak (batuk) = MC.

Kehkehkeh

Tidur

Ok. Elok la tidur sekarang, esok susah pulak nak buat kerja.

Ibu


Semua sudah ketentuan.












Limau Datang Lagi

Musim limau akan datang lagi. Tak lama lagi. Sekarang bukan limau saja tapi termasuk dengan Angpau. Kehkehkeh.

Saya sudah gemuk (LAMPUH)

Secara rasminya saya mengumumkan saya sudah gemuk (LAMPUH). Orang asyik tegur kenapa aku sudah gemuk. Mungkin jangkitan dari orang yang di sebelah aku kalau aku drive.


Lampuh membawa maksud kepada gemuk dalam bahasa Kedayan Brunai.

Berjumpa Doktor Gigi Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Abaikan tajuk yang agak-agak rabut belah tepi. Tapi rambut belah tepi ok apa. Hensem.

28hb 12 2011. Ni tarikh yang aku agak aku memang takkan ingat. Tapi akan tercatat dalam fail pertama untuk rawatan gigi aku. Gigi aku sakit? Tak langsung. Cuma gigi aku sekarang macam makin menipis dan belobang sana sini.

Kenapa pergi ke klinik kerajaan? Klinik swasta aku kurang mampu. Nanti silap-silap kena bayar 2 3 ribu. Mana nak cari duit. Jawab.

Aku datang lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi dan mendaftarkan diri. Mendaftarkan diri kenalah tunggu dalam 10 - 15 minit. Dengan sabar. Sambil-sambil tinguk gelagat orang. Selesai mendaftar kena naik tingkat 1 dan tunggu untuk rawatan. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Tiba-tiba aku rasa kurang selesa dengan keadaan aku. Tekanan darah tiba-tiba tinggi. Aku buat kesimpulan aku lapar mungkin.

Bila nombor aku dipanggil aku sempat melihat seorang wanita yang dicabut giginya. Aku jadi tidak keruan lagi apabila di panggil masuk dan suruh duduk ala-ala baring di kerusi rawatan. Menjadi parah apabila aku kena tunggu doktor tu habis menulis. Semakin lama semakin nervous jadinya aku. Bila doktor tanya aku mau buat apa aku jawab dengan nada yang tersekat-sekat aku mau tampal gigi yang berlobang.

Doktor memulakan pemeriksaan dengan teliti. Berhati-hati. Selesai pemeriksaan doktor cakap dengan aku "ada 8 gigi mau kena tampal dan 1 tidak dapat sudah tampal. Besar tul dia punya lubang. Cabut saja ni."

aku menjawab "Cabut? Bila? Sekarang? errrrrrrrrrrrrrr...." Bunyi nervous. "Dari kau saja bah. Kenapa? ko ada penyakit ka?" Tanya doktor tu.

"ish... ndalah... Teda penyakit.. cuma nervous bah." Doktor tu tersenyum. Aku fikir. Memang aku dari kecil tidak suka dan benci dengan doktor gigi. Lebih-lebih lagi jarum suntikan untuk membiuskan gusi.

Dan efek sampai aku meningkat dewasa. Selepas sekolah rendah beberapa tahun dulu aku tidak pernah lagi ke klinik gigi hingga ke tarikh 28hb 12 2011.

PS: Selesai saja pemeriksaan gigi aku di berikan tarih temu janji yang seterusnya. Iaitu Julai 2012. Hebatkan. Dan aku belum cabut gigi aku. Kehkehkeh.

Seminggu

Seminggu ni aku makan gaji buta. Ya, aku mengaku. Hampir seminggu ni aku online ja waktu bekerja. Kehkehkeh. Sudah tiada kerja. Bukan tidak bekerja. Tiada kerja hendak di buat. Aku selesaikan semua claim sub-con yang hari-hari tanya sudah siap ka belum dan akhirnya aku dapat menjawab yang aku sudah selesaikan kerja aku.

Dua tiga hari telefon lagi tanya payment tempat aku. Mula-mula aku suruh tanya akauntan lepas tu petang telefon aku lagi dan tanya aku. Kemudian aku panas hati telefon akauntan. Dia jawab cek sudah ada tapi bos belum sign. Aku tanya kenapa? Dia jawab bos pergi Australia.

Aku ketawa kahkahkah sambil berfikir gaji aku tidak akan keluar untuk cuti ni.

Demmmm!!

Selamat


Desktop aku sempena krismas ni. Sambil-sambil tu aku ucapkan selamat menyambut hari krismas buat kawan-kawan yang beragama Kristian.