Ramones - Baby, I Love You

dengar lagu ni... pergh semangat... abg-abg ramones layan jiwa... jarang beb... punk nak layan jiwa... beb...

enjoy

Puitis dunia

mengejar bintang di langit....
menjadi idaman hati...
saat bulan jatuh ke bumi...
mentari jatuh di ufuk bumi....
awan gelap mengelilingi dunia...
mata terpejam di saat tiba....
dunia hanya sementara...
kejar mengejar aktiviti dunia...
jatuh naik ragam kehidupan...
patah tumbuu hilang berganti...


fikir-fikirkan la...

d'masive-cinta ini membunuh ku

Aku saje pos lagu ni.. sebab member aku kate die layan lagu ni...

aku pun tengok la vt ni kat youtube.com best gak... memang tangkap kat hati aku la. hehehe...

so korang pun layan la eyh...

aku ingat member aku tak layan lagu-lagu macam ni.. rupenye sama gak...

Yes... Aku la hero nya...

1. Aku tengah dengar lagu cina sambil taip blog dari ofis aku. Heran kan ofis aku bukak sampai malam. Ni ada mat-mat cina tengah buat keje. So aku datang sambil buat kacau la. Hehehe..

2. Duit aku dah mula nak susut. Tah tinggal berapa puluh je lagi sakang ni. Macam mana ni. Aku dah goyang dah ni. Salah diri sendiri gak kan. Sape suh boros sangat. Kan dah dapat balasan die. Memang orang yang boros cepat kena balasan. Lebih-lebih lagi tengah bulan macam ni.

3. Ntah kenapa malam ni aku nak kuar pakai suar pendek. Tengok kat luar dah la hujan. Aku plak bawa skuter hitam yang manis untuk gi makan. Dengan baju jersey pemberian sahabat ku ngan suar pendek aku redah hujan. Nasib bek hujan kecik-kecik. Tapi basah gak la.

4. Dah lama tak sembang ngan bos aku yang nama die stanly. Tadi siang aku sembang ngan die. Sembang pasal rumah la. Pasal kete aku la. Macam-macam la die ajak aku sembang. Die memang jenis kuat sembang. Tak bosan ar kalau jalan ngan die. Tapi kalau jalan dari klang ke perlis asyik sembang ngan die mesti bosan kan.

5. Pagi tadi aku tak sarapan kat tempat biasa aku sarapan. Sebab aku dah kena nescafe kat umah. Kira aku dah nak setat budget ni. Kang habis sen kang korek tabung plak. Dah la dalam tabung aku tu yang ade syiling 20 sen ngan 10 sen je. 50 sen dah habis aku bantai.

6. 15hb Oktober 2008 aku di timpa malang. Dah la skuter tepaksa hantar bengkel. Pakai moto pomen plak habis minyak tengah jalan. Kena tolak plak tu. Sambil-sambil tolak tu hujan plak turun. Habis basah. Then ade anjing ngada-ngada nak kejar aku. Nak kena sepak ke die. Malang sungguh hari itu.

p/s: saje je aku buat macam ni supaya nampak lebih proper. Proper ke???

Kau Ada Girlfriend

"aku tengok muke ko ni mesti ramai awek, kan?"

Kata-kata ini yang selalu ku dengar dari insan-insan yang aku kenal. Kenapa dorang salu sangat cakap kat aku macam tu. Kadang-kadand aku sakit hati bila dengar. Sampai awek aku sendiri pun dah tak cayer kat aku. Apa la malang nasib aku.

"ala orang macam ko ni mesti senang nak dapat awek...?"

Ni lagi ayat yang buat aku rasa macam nak depress sangat ni. Nasib baik aku ni bukan yang mengalami depression yang amat. Ingat senang ke nak dapat awek. Ingat senang ke nak jaga awek. Sorang pun aku dah gundah gulana menjaga. Nak kan sampai 2 3 orang. Pergh...!! Pokai la aku. Orang ingat aku ni playboy ke...? Bapa ayam ke...?

Kadang-kadang aku dah malas nak layan ayat-ayat macam ni. Tapi sampai bila...??? Yang terasa aku. Aku malas nak layan pekara ni tetap datang kat aku juga. Ntah la. Nak cakap macam mana pun aku tak pandai dah. Aku nak cakap lebih-lebih kang orang cakap aku ni emo... Cakap aku ni jiwa..

Hm.... Tak pe la. Aku tetap akan berdiam diri. Aku tetap aku. Yang tau pasal aku tetap aku sorang je.


PS: Kenapa la awek aku tak faham aku ni macam mana?? Kenapa dia minta putus then dia minta samabung balik?? Ko nak minta sambung balik ko punya pasal la.. ko merayu aku tetap sama je.. k...

aku tabik kat korang

aku respek sangat kan insan2 yang membeli nombor ekor kat bukit tinggi klang ni... asal hari rabu, sabtu dan ahad mesti jem jalan korang buat...

memang korang hebat la... aku pulak yang susah nak lalu...

yeah...!!!! harga turun....

Harga minyak naik semua tak puas hati. Harga minyak turun sikit-sikit semua tak puas hati gak. 35 tahun lagi beb kita nak menikmati harga minyak yang murah. 35 tahun lagi beb kerajaan nak bagi kita subsidi minyak. Bayangkan 35 tahun tu tahun depan. Ketar lutut aku nak bawa moto pegi keje.

Jadi pikir-pikirkan la beb.. Sama-sama la kita bedoa agar negara kita dapat lagi telaga baru.. Aku pun macam nak merasa keje offshore.. manatau rezaki ada di sana..

p/s: maklumat ni aku dapat dari sahabat ku.

tadi aku training macam navy

serius.. Dah lama aku tak naik speedbot nak ke labuan. Salu aku naik feri kenderaan je. Best dan selamat. Kalau naik speedbot jadi macam training navy pulak. hehehe.

Mengharung lautan bergelora bukan lah adat dalam hidup ku. Namun aku mesti jua mengharunganya. Ombak macam nak tebalikan bot tu je. Aku dah stat pucatkan muka ku. Dalam hati ku berkata "habis lah tebalik bot ni".

Entah bila la aku berani nak naik speedbot.

baru hari ni...

Aku naik bas tengah hari tadi. Ingat nak buat rekod dah tak naik bas lagi. Hehehe. Tapi apa boleh buat. Cousin aku pegi balik kampung die. So aku ngan akak die kat umah temasuk baby kecil merangkap cousin aku yang paling bongsu. Hahahahaha.

Cuti dah nak habis. Macam malas pulak nak keje dah. Aku rasa maybe tak lama lagfi balik la aku ke tanah air. Dah malas nak merantau. Lagi bek duk tempat sendiri. Maybe aku Boleh la gak nak save budget sikit. Boleh simpan tuk masa depan. Kan..

Anyways payah nak buat keputusan. Bagi aku biar masa je yang menentukan segalanya.

aduh.....

lama nye nak kul 5... aku dah tak sabar nak balik ni... kasut adik belum beli... zakat blom bayar... macam mana ni... hati dah kat kg.... len kali aku nak blik awal skit la macam ni... huhuhuhu... balik kampung la....

selamat hari raya


Get Hari Raya Graphics Here

Penghayatan versi ramadhan episod 2-phantom manace

Entah kenapa aku perlu mempost entri yang betajuk macam ni. Mungkin sebab aku perlu untuk mengingatkan sahabat-sahabat serta insan-insan yang membaca blog mahu pun melintas seketika sambil jeling-jeling kat entri aku yang aku rasa macam banyak yang merepek.(aoleh aku akui kata-kata mu dahulu).

Puasa di bulan ramadhan kali ini membuatkan aku banyak besabar. Hidup sendirian tanpa sahabat seagama membuatkan aku berdikari lebih untuk bersahur. Walaupun tepaksa pegi kedai makan dan makan makanan yang dah sejuk dan makanan tesebut jarang sekali aku makan ketika bulan lain. I mean bulan yang tak puasa la. Pekara ini membuatkan hati ku sentiasa berbisik "sabar mat, dah takdir macam tu...". Betul kata hati aku. Dah takdir.

Dan dah takdir juga la aku kehilangan moto suria baja hitam aku yang membawa aku kesana kemari di bulan yang mulia ini. "Sabar je la mat" sekali lagi hati berbisik. Memang aku patut bersabar. Besabar akan keadaan ini.

Puasa kali ini juga aku telah menderita sakit tekak. Sampai bedarah kahar aku. Doktor kata kat aku tekak aku luka. Tengah-tengah malam confirm aku tak dapat tido selena mungkin. Mesti nyanyian tekak aku berkumandang di tengah keheningan malam sehingga aku tidak lagi mampu menahan nya. Lalu ku bawa ke klinik 24hours yang cekik darah. "Huh.... mahal nye...."

Sekarang, sesudah aku sembuh dari sengsara batuk, ada lagi ujian buat ku. Yang mana pekara ini juga membuatkan banyak bersabar. Dugaan ini buat aku pening di waktu siang. Tak dapat tido malam. Entah kenapa jadi macam ni lagi. Nak saje aku minum ubat batuk di sisi aku untuk membuatkan aku lena. "argh... nape ni..?". dah la tak dapat tido. Tambah lagi dengan global warming. Panas aku dalam bilik tu. Bepeluh-peluh aku.

Sampai saat ini aku mulai faham dengan apa yang terjadi. Ini semua ujian bagi menguji tahap kesabaran seorang jejaka sepeti aku. Besabar dengan semua ini. Mesti ada hikmah di sebalik kesabaran ini. Hmm....... Selamat hari raya...

P/S: i mis my family. my hometown. etc. soo.... bad....

Penyucian versi VT

aku dengar lagu ni.. macam banyak je maksud die.. aku telitikan... wow... sesuai untuk di post sebagai entri untuk penyucian diri... hehehe... ye lah kan.. kita kan dalam bulan ramadhan.. jd aku rasa sesuai la untuk kita renung-renungan.

Aku taip blog dr enset aku

Wow.. Rsa hbt ble aku dpt post entri kali ini mlalui enset.. Hehe.. Bru la.. Skrg aku kt kl sentral nk pg rmh en hfizuan.. Die nk pg uk.. Hehe.. Ada 2 org awek dpn aku ni.. Hehe.. Awek mda.. Hehe.. Blsn thn.. Wow..
P/s: kt tgk apa kta bil aku bln dpn..
P/s: awek 2 org ni bdk ukm.. Ptt la aku truje sgt ngan drg ni.. Wow..

Malam yang Perit

Nyesal aku pandai hisap rokok. Nyesal sangat-sangat. Semalaman aku tido sambil menyanyikan lagu tekak(batuk tanpa kahak). Perit sangat. Habis posisi yang paling best tido aku buat. Masih gak tak dapat nak tido.

Dengan tekad yang tingg, aku pun drive pegi klinik. Pusing-pusing Bandar Bukit Tinggi ni langsung aku tak jumpe klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Jam di dalam keta dah tunjukan kul 1.20 pagi. Aduh*keluh ku dalam batuk.

Akhirnya aku jumpa klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Hati ku melonjak kegembiraan. Terpancar senyum di bibir ku yang seksi. Lalu ku parkingkan keta ku ngam-ngam depan pintu masuk die. Aku terus register kat receiption.

Hm.... Nama ku di panggil. Aku datang dan telah di tanya beberapa soalan mengenai masalah yang aku alami. Macam biasa, aku akan buat muka serius sambil becerita masalah aku. Doktor cakap tekak aku dah luke. So kalau tak elok dalam masa 3 hari, doktor akan rujuk aku kepada pakar paru-paru.

Aku diam je la kan. Then pegi semula kat receiption untuk bayar. " Semua 79 ringgit" kata cik adik yang comel itu. Aku seluk duit dalam kocek aku cuma ada 40 ringgit je. Yang lain dalam bank la kan. Aku ingat ada maybank kat hujung tadi. So, ngan muke slambe cakap kat cik adik tu" kejap eyh i pegi bank dulu". Aku pun jalan la pegi bank. Aku masuk dalam bank dan terus usha atm machine. Bangsat nya maybank ni. Out of service plak. Ni aku nak amuk satu stesen minyak caltex ni.

Then aku pegi balik kat klinik tu. Tanye kat guard kat sana mana ada bank area-area tu. Dorang pun memandai la cakap bank tak buka pulak. Then aku guna kan alternatif pinjaman segera. Aku kol kawan aku yang tengah lena di ulit intan. Pinjam die 50 ringgit.

.................................................


aduh... what happen to me.. knpa aku sakit mcm ni... kenapa aku patut terima semua ini... mungkin ini ada lah satu ujian kepada ku... aku patut terima semua nya...