Dalam Otak Aku Sekarang

Dalam otak aku sekarang ada macam-macam. Macam-macam aku pikir. Tapi walaupun macam-macam matlamat tetap satu. Matlamat yang selama ini memang aku mau buat.

Sebenarnya matlamat itu adalah aku mahukan side income. Ya side income. Tapi bila balik-balik aku fikirkan masalah tetap sama. Tetap kembali kepada masalah itu.

Apa sebenarnya masalah itu?


Modal.

Baru

Baru. Itu lah yang aku ingin katakan. Baru ni boleh membuat seseorang jadi gembira, sedih, hairan dan macam-macam lagi. Maklum la baru ni boleh jadi benda baik atau tidak baik.

Contoh kepada benda yang tidak baik ialah bini baru. Sensetif gila kalau orang yang sudah kawin di kaitkan dengan bini baru yang bermaksud bini nombor 2. Hahahahahahahahaha. Contoh kepada benda baik ialah kereta baru. Kalau ini mesti hati jadi senang. Senyum pun tidak lekang dari bibir. Nak tidur pun susah. Maklum lah dapat kereta baru.

Jadi di sini bolehlah di simpulkan bahawa aku ada kereta baru. Sekian terima kasih.

Fakta Gemuk

Gemuk. Kalau tanya dekat perempuan mesti dorang terus stress. Stress. Stress. Kalau lelaki sengih je. "Tidak perlu risau kalau gemuk. Buncit tanda kekayaan" kata kawan aku. Kaya lah sangat kau. Sama sahaja.

Kalau perempuan tengok cermin mesti terus keluar perkataan " Gemuk sayakan". Terus stress. Sampai makan pun tidak mahu. Belum lagi kalau ada orang tegur "Ei.... kenapa kau makin gemuk ni......?" makin bertambah stress.

Hairan juga dengan perkataan gemuk ni. Sensitif sangat. Macam sesensitif isu perkauman.

Haih...

P/S: YES!!!!!!!!! YIPPI.....

Isnin Mungkin Bawa Berita Gembira Atau Sebaliknya

Hari ni hari isnin. Dilalui dengan harapan agar ada berita baik..

Hari ni hari isnin. Minggu lepas aku sibuk gila. 4 hari tiada di ofis. Pergi kursus lepas tu pergi site jauh-jauh. Kerja di site pun dikira remeh. Kalau setakat menghitung siapa pun boleh buat.

Khamis Bukan Nama Sebenar

Hari ini hari khamis. Hari khamis yang sama seperti hari-hari khamis yang terdahulu. Hari khamis yang sama seperti hari khamis minggu lepas. Yang mana hari khamis ramai orang-orang kerajaan pakai baju batik. Ya. Hari khamis.

Hari ini hari khamis. Hari yang cerah. Panas terik. Tapi hari khamis. Hari khamis yang sungguh indah. Hari khamis yang mana ramai orang keluar pergi kerja seperti biasa. Hari khamis yang mana banyak binatang ternakan akan menjalani rutin hidup mereka.

Ya Hari Ni Hari Khamis.

Kalau Bukan Pasal Aku Berasal Dari Pulau

Aku balik 2 hari sebelum raya pada kali ini. Persiapan balik ala kadar aku buat dan aku harap aku bertolak awal untuk menaiki feri ke Labuan pukul 10pagi. Jadi aku begerak dalam pukul 8 pagi macam tu.

Sepanjang perjalanan aku menyanyi lagu raya. Lagu balik kampung paling sesuai masa itu. Memang kena di hati dan mulut. Hati pun bertambah senang apabila melihat suasana kampung-kampung pun seronok di lihat sepanjang perjalanan tambahan cuaca agak cerah.

Dalam masa 1 jam lebih aku sampai di menumbok dan bergegas ke kaunter tiket feri untuk memastikan aku sempat menaiki feri pukul 10 pagi. Akak kaunter cakap kat aku feri rosak tidak tahu bila akan sampai ke menumbok. Aku tanya lagi pukul berapa sampai feri. Jawapan sama. Tidak tahu. Aku tunggu sampai pukul 3 ptg baru boleh naik feri dan sampai ke Labuan.

Kerajaan tidak mahu buat jambatan ke Labuan, tapi tolonglah masuk campur dalam hal feri penumpang dan kenderaan ni. Tolonglah kasi teratur sikit servis dorang ni.

Tolong beri penjelasan la Yang Berhormat.

Hari raya

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang membaca. Kepada sanak saudara. Sahabat-sahabat yang jauh atau dekat. Kepada yang tersayang kalau baca entri ni sila senyum.

Disini juga saya ingin menghulurkan sepuluh jari melalui alam maya ini untuk memohon ampun dan maaf kiranya terkasar bahasa, tercelupar mulut, terhiris hati kalian semua terutama kepada yang tersayang kalau baca entri ini sila senyum.

Sekali lagi saya ingin mengucapakan selamat hari raya. Maaf andai ada salah silap terutama kepada yang tersayang sila senyum kalau baca entri ini.

Selamat Hari Raya.

Off to Labuan.

2 Hari

Dua hari lagi aku akan balik ke kampung. Rasanya tidak perlu aku menyanyikan lagu balik kampung. Ucapan hari raya nantilah baru aku buat.

Oh... Sekarang aku mahu layan perasaan balik kampung. 

Diari Ramadhan - Diam

Diam lagi baik dari cakap banyak tapi tiada hasil.

Setuju?

Kalau setuju mari menyertai persatuan orang diam-diam.

Ada berani?

Bingung Aku Bingung

Tiada kerja untuk 5 minit saja aku pasti akan terlelap depan komputer. Kalau sedang menulis sesuatu mesti terjadinya satu garisan yang tidak lurus. Kalau menaip mesti panjang huruf (gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg<----- contoh).

Lepas tu bingung. Kosong. 

Tertidur lagi.

Bangun lagi.

Tertidur lagi.

[KE]gembira[an] boleh me-nukar peri-laku [men]jadi lebih baik.

Jelas sekali sesuatu yang menggembirakan dapat menukar ting-kah-laku, pera-ngai, dan [se]kutu. Kenapa aku cakap begini. Setelah aku lihat beberapa video dari The Fun Theory, ternyata sekali kegembiraan boleh menukar  ting-kah-laku se[se]orang.

Di bawah adalah antara video yang aku suka [ton]toni. Yang lain tekan sahaja di link di atas ini.



Fun can obviously change behavior for the better.



Diari Ramadhan - Kerja

Kerja semakin banyak sebab ramai sub-con mau duit awal mau bagi pekerja-pekerja mereka gaji sebelum hari raya.

Cina pun faham bah.

Hari Raya Yang Bakal Menjelma

Hari raya kali ini betul-betul memberikan tekanan kepada aku. Dari segi kewangan memang aku tekanan. Tambah aku adalah anak sulung yang merantau. Kena gaji aku pun tak cukup untuk membuat persediaan untuk mak dan adik. Hidup aku menjadi tekanan.

Memang aku bukan orang yang senang. Aku orang yang susah. Dari kecil sudah hidup susah. Semuanya takkan terjadi kalau bapa tidak berubah. Mungkin aku tidak akan susah macam ni.

Harap ada keajaiban sempena hari raya ini.

Diari Ramadhan - Malam

Semalam. Aku cadang mahu tidur awal. Jadi selesai merokok, tepuk-tepuk bantal, setting badan aku pun mulakan sesi hendak tidur.

Rasa feel mahu tidur sudah terbit bila aku merasakan terapung. Walaupun aku sebenarnya baring. Mainan perasaan.

Tapi malang tidak berbau. Baru setengah jam aku tidur, belum mula pun mimpi-mimpi indah, aku tesedar dan merasa segar. Tapi aku tidak putus asa. Aku paksa tidur. 


Jam pertama belum ada rasa mau tidur.


Jam kedua belum ada rasa mau tidur.


Jam ketiga pun sama. Entah jam keberapa baru aku tidur.


Hasilnya. Aku gagal bangun sahur untuk beberapa hari ini. 


GAGAL!!!

Semalam Tengok Berita Utama

Hairan aku, sikit nak merusuh. Sikit-sikit nak merusuh. Sebut ganyang Malaysia. Baru kena tangkap pegawai perikanan. Kalau tiada salah tidak kena tangkap. Sedarlah banyak rakyat indonesia di malaysia ni menumpang. sah atau tidak belakang cerita.