Musik

Banyak musik yang aku suka. Antaranya adalah musik yag dimainkan oleh band-band yang memperjuangkan ideologi-ideologi tersendiri. Kebebasan besuara. Ya kebebasan besuara. Hak asasi. Ya hak asasi. Dengarkan lah.

Tiba-tiba aku mau buat band main lagu-lagu macam ni. Best!!!!!!!!!!!


POINTING FINGER!!!!!

RASIONALNYA

Biar tajuk nampak macam ini adalah entri panjang. Sebenarnya panjang atau tidak aku langsung tidak tahu.

Kenapa aku memilih tajuk ini? Ini adalah kerana aku rasa aku perlu menceritakan beberapa pengalaman aku semasa aku menjadi penunggang motosikal. Bukan mat rempit tapi penunggang yang berfikiran rasional ketika memandu dan kadang-kadang khayal sekali-sekala. Bukan khayal akibat di pengaruhi alkohol atau dadah tapi khayal kerana berfikir secara rasional.

Iya. Rasional. Rasional. Rasional.

Rasional.


Aku berhenti di lampu isyarat depan pusat membeli belah dan memerhatikan sekeliling sementara berhenti itu. Ada seorang lelaki tempatan sedang melintas di hadapan ku. Dan aku terus memerhatikannya. Dihadapannya ada dua orang pelancong. Pelancong yang bawa beg banyak. Sedang menanti lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi hijau. Si lelaki tempatan tanpa segan-silu melintas sedangkan lampu itu masih hijau. Dua orang si pelancong itu memandang satu sama lain dan berkata-kata.

Orang Malayasia tidak sabar langsung ka?

Aku tanya kawan aku sewaktu dia baru balik dari luar negara. "Ko ada drive ke kat sana dulu?" Selamba kawan aku jawab "Ada, bawa BMW lagi. Tapi sana banyak kereta tapi tidak seperti kat sini. Banyak eksiden. Tidak pandai sabar."

Kalau macam ni macam mana nak memajukan rakyat. Jika rakyat sendiri tiada pemikiran yang RASIONAL.

Header

Sekarang aku tengah usahakan pelbagai header yang simple tapi menarik. Tiada unsur-unsur gambar lucah, gambar orang dan gambar. Tiada bergambar.


Sebagai contoh header atas ni la. Memang amatur gila. Header yang simple habis. Pakai font typewrite saja. Menunjukan aku ni jenis yang bersahaja.


Tapi kalau aku letak header ni rugged tak???



Jepun Habis



Korang faham-fahamkan la. Layan wei lagu ni bawa karaoke. Baru jepun habis.

Limau Oh Limau 2010 Pt.2


Sekarang memang musim limau. Walaupun company tempat kerja aku sekarang ni bukanlah kompeni cina namun bos aku tetap beli limau (lebihan dari hantar-hantar ke kompeni lain je).

Sekotak limau lebihan tu di letak di ofis ini untuk santapan pekerja-pekerja termasuk aku. Tadi aku makan yang terakhir punya. Yang terakhir dari kotak limau itu. Sebelum aku buka aku tenung limau itu dan membuat andaian bahawa limau itu manis.

Baru aku tau, limau memang susah untuk di andaikan. MASAM!!!!

Limau Oh Limau 2010

Sekian lama. Musim limau mandarin sudah tiba. Makan limau lagi la ni. Hehehehehehehehe. Seperti tahun-tahun sudah, kehadiran limau mandarin sentiasa aku nantikan. Keenakan, kemanisan, kemasaman dan ketawaran limau mandarin menjadi idaman aku.

Nantikan kehadiran limau mandarin.

Diet

Memang aku dalam proses mendietkan diri. Makan memang sikit. Selalu orang minta nasi separuh. Tapi aku lagi suka minta nasi suku. Bapak punya sikit. Ikan pun sikit je. Tak payah over budget. Bajet-bajet sampai rm3.00 saja untuk makan.

Tapi ini hari sungguh lain. Aku bekerja seperti biasa. Pagi-pagi sudah berbincang dengan kawan-kawan tentang perlawanan futsal persahabatan antara sahabat. Memang kena rancang elok-elok. Belum habis aku berbincang aku ikut kawan sepejabat aku pergi menghantar barang ( limau sebenarnya ). Pusing-pusing singgah di satu pusat membeli belah ternama dari dulu hingga sekarang yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.

Tujuan singgah di sana adalah ingin mengisi perut yang lapar. Tengah-tengah lapar dan di offer untuk makan di Mc Donald. Terus Double Prosperity beger. Memang diet aku hari ni gagal. Tapi siapa dapat tahan bila di offer makanan percuma bagitau aku.

Risau

Duduk pun susah. Tidur tiada mimpi. Ada pun yang memang kacau punya mimpi. Minum semua tak sedap. Termasuk la makan. Mandi basah la juga.

Kerja memang tidak senang langsung. Yang senang pun jadi susah. Susah betambah susah.

Jangan mengeluh....

Ingin

Ku ingin terbang.
Ke sana.
Ke sini.
Ke bulan.
Ke bintang
Ku ingin terbang.

Ku ingin berenang.
Ke seberang.
Ke Jepun.
Ku ingin berenang.

Ku ingin.
Ku ingin menyelami hati mu.

Kekuatan

Bukan cerita kekuatan macam pahlawan sangat baik <----perkataan yang aku pindah maksud dari kamus online kalau bahasa inggerisnya ialah superhero. Bukan juga sebuah cerita orang bina badan seperti yang kita lihat di pertandingan bina badan.

Kekuatan yang aku maksudkan adalah benda yang sedang aku usahakan. Tapi baru peringkat permulaan la. Baru dua, tiga hari aku mula. Entah kenapa?? kenapa aku usahakan benda ni. Mungkin aku ada satu jawapan yang tepat untuk diriku. Aku takut akan masa depan. Hal-hal yang berkaitan dengan masa depan aku. Masa depan keluarga aku yang mungkin akan besar.

Apa yang menggembirakan aku bila saja aku mulakan kekuatan aku sudah nampak kesan-kesan positif hasil dari kekuatan itu. Sangat memberansangkan.

Kekuatan yang aku maksudkan adalah kekuatan semangat untuk bersenam. Bersenam untuk kehidupan masa depan. Lagipun ada faktor yang sangat penting buat aku yang aku pun takut dengan keadaannya.

PERUT BUNCIT. Aku pun takut melihat. Kalau-kalau aku terjumpa dengan kawan-kawan aku yang lama tidak aku jumpai mesti akan di tegur pada bahagian itu. Dan aku hanya tersengih-sengih. Kemudian aku tumbuk perut orang yang bercakap itu sampai muntah mee yang di makan sebagai sarapan orang itu.

Kekuatan semangat untuk bersenam.

Panas

Saat aku taip entri ini memang keadaan panas. Dan sememangnya aku bikin panas.


hahahahahahahahahahahaha.

Makin Lama Makin Slow

Ok tidak banyak yang ingin di katakan disini. Hanya sedikit. Seperti seekor penyu yang sesat ke KLCC.

Sekitar Kota Kinabalu panas dan basah. Kamu tahu kan maksudnya. Dan aku sihat dan semakin sihat. Kerja pun sudah ada. Tapi, bab gaji belum lagi di bincangkan. Jadi, aku sering runsing di tambah pula lagi dengan anasir-anasir yang mengatakan gaji aku ni mungkin di bawah kehendak aku. Sesekali tepengaruh juga aku dengan anasir-anasir ini.

Jadi aku membuat satu rancangan untuk membuat serangan balas jika gaji yang di berikan tidak seperti yang di ingini. Tunggu dan lihat.

Memang aku semakin slow untuk meng'update' blog ini. Nak di katakan tidak mempunyai idea masih juga mampu berfikir untuk mempost entri sambil bawa motor. Tapi aku akan tetap meng'update' blog ini walaupun slow.

Tahun Baru Nak Mula Cerita Azam

Azam konon. Entah berapa banyak azam telah di buat. Tapi satu pun tak setel lagi. Sambung buat azam tu tahun baru. tambah lagi satu azam. Sudah-sudah la berangan kalau berazam tak gak tercapai-capai. Lebih elok kalau buat target. Rasanya lagi senang dari berazam.

"Yang indah itu semua mimpi bukan realiti"

Lagu Jiwa

Mudvayne - Not Falling

Perlahan-lahan

Sudah masuk 2 minggu aku berhenti kerja dan berada di Sabah Tanah Air ku. Banyak juga resume yang aku hantar ke syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti pembangunana dan pembinaan. Tapi entah kenapa macam susah aku mau dapat kerja.

2 minggu ni banyak juga aktiviti yang aku buat besama 'nya' aku dan juga keluarga aku. Macam-macam. Tapi sekarang aku lebih runsingkan kepada hidup aku ni la. Belum ada kerja. Macam mana mau melamar kalau kerja pun di rumah online saja.

Apa-apa pun aku harap kalian semua doakan aku berjaya untuk masa akan datang.