Penat
Updated: Kenapa la perangai perempuan depan meja aku ni macam babi. Kejap ok, kejap macam sial. Apa dia ingat aku diam tanda aku kalah. Tunggu saja la.
Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Gambar
Lokasi riadah/'hiking' pertama.
Ini adalah sesi pemanasan badan kami. Borak dan hisap rokok.

Dalam perjalanan dan hampir tiba di puncak.



Tiba di destinasi dan inilah hasilnya. Pemandangan yang memuaskan nafsu serakah.

Aksi-aksi ghairah kami semua.

Situasi dalamgambar diatas boleh di definisikan sebagai masa ingin pulang. Ini kerana kelihatan kesemua jejaka-jejaka di dalam gambar kelihatan sangat penat dan semput. Oleh itu adakah mereka menanti bas atau menanti seseorang.
Durian Oh Durian
Sekarang ni kat tapak bina aku ni durian dah mula nak jatuh... So aku kalau ade masa aku pegi la teng0k-tengokkan kebun orang kot-kot ade sebiji dua durian yang jatuh... Ada jugak la rezeki aku... Walaupun hanya dapat makan seulas saje... Kira ok la mulut ade bau2 durian kan... hehehe... Ye la dua biji durian tp setengah biji je yg dapat di masukan kedalam mulut.. Kena plak yg makan sampai 5 6 orang... Sabar je la...
Nak di jadi kan cerita, suatu hari bos aku datang bersama 'cladding' punye bos... So dorang pegi round dusun durian orang... Dapat la dalam 4 5 biji... So kitaorang makan dalam 3 biji yang boleh di makan... hehehe... Lepas tu dorang ajak pulak aku gi round lagi dusun orang... pergh...!!! Kali ni dapat lagi dalam 8 biji... Agak rakus juga la mata-mata pekerja aku memerhatikan gelagat sumbang orang atasan mereka.
Tak cukup dengan apa yang telah kami perolehi bos aku mengajak lagi meronda bahagian lain. Bahagian yang jauh. Dan lagi banyak pokok-pokok durian yang mengeluarkan hasil yang agak merimbun. Ronda. Ronda. Dan terus meronda. Tiba-tiba ada suara menjerit.
"Woi!!!!! Bikin apa?!!!!!" Jerit seorang lelaki separuh umur naik motosikal. Aku terdiam sendirian. Aku keluar dari semak dan melihat bos aku sedang bercakap dengan orang tersebut. Dan bahasa mereka aku langsung tak faham malahan seperti orang tersebut sedang marah. Namun sekelip mata terus muka lelaki itu berubah menjadi seperti tidak marah dan terus beborak dengan bos aku.
Selesai saja perbincangan itu, bos mengajak aku balik dan menceritakan perihal marah lelaki itu. Lelaki itu telah membeli buah durian yang ada di sana. Kesemua sudah di 'booking' beliau. Tapi lelaki itu tidak membeli tanah itu. Hanya membeli buah saja. Aku bermonolog di dalam hati "macam ni pun ada jua".
............................................................................
Sekarang sudah bulan mei. Mesti pokok-pokok durian di daerah Mantin sudah berbuah. Sangat seronok kalau aku masih lagi berkhidmat disana. Durian oh durian.
Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri KeLima – Pesta Sukan Air Labuan
Siri kali ini di mana aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang akan aku namakan sebagai 'm', telah pergi berfoya-foyaan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan. Kami tiba lebih kurang pukul tiga petang. Hari sangat membakar. Namun ia tidak menghalang kami untuk berfoya-foyaan di sana.
Aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang ku beri nama sebagai 'm' meronda di bahagian gerai-geraian. Di sana kami singgah sebentar di gerai para sepupu. Melihat jualan mereka. Adik ku yang ketiga turut serta dalam aktiviti itu juga. Dia bertugas sebagai tukang masak dan tukang sedia 'burger'. Tugas untuk membungkus telah di berikan kepada isteri kepada sepupu ku yang sehingga kini aku tidak tahu bagaimanakah namanya. Yang aku tau dorang ada anak lelaki bernama Dafi yang amat takut pada ku.
Kemudian aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang ku beri nama 'm' meronda bahagian yang menawarkan pertandingan kayak. Sampai di tepi pantai aku lihat air itu sangat jernih. Rasa ingin ku basahi badan ku dengan air yang semasin itu. Air masin itu aku rindui dan bau air itu sangat membuat aku ingin melompat kedalam. Namun ku pangkahkan keinginan ku itu di sebabkan panas terik pada ketika itu. Mahu saja te bakar tubuh ku yang di katakan sedap ini.
2 mei 2009,
Pada hari ini aku dan kawan ku yang ku namakan 'm' pergi ke pesta sukan air Labuan untuk melihat 'autoshow'. Banyak kereta dan sekuter di persembahkan. Pelbagai ketegori telah di sediakan.
Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Keempat - Cuti yang seronok.
Selamat Hari Pekerja. Dan ramai kawan-kawan aku sudah datang mencari adik aku. Jam baru pukul 8 pagi. Kemudian aku mendapati ada pesanan ringkas masuk di telefon tangan ku. Aku lupa untuk menjemput kawan aku yang datang dari Papar, Sabah. Lalu aku bangkit bangun dan mandi dan menyiapkan diri. Mandi di kampung seawal pagi membuat aku rasa derita. Derita ke bekuan. Sejuk air waktu pagi itu lalu mengibaskan aku zaman aku sekolah lagi di mana aku mandi dengan air sesejuk itu.
Aku perhatikan member aku di luar terminal feri Labuan. Duduk seorang diri. Aku hanya tersenyum dari jauh. Dan ketawa. Kawan aku menelefon aku dan aku hanya tergelak sebab aku berdiri tidak jauh di hadapan dan dia langsung tak nampak aku.
Kami pergi makan soto yang sedap ya amat di sebuah kedai bernama kedai makan ceria. Ramai orang makan di sana. Tempat duduk pun penuh. Memang laris kedai ni. Dalam kami mencari-cari tempat duduk aku terpandang kawan lama kami. Lalu aku ajak kawan aku masuk dan menyerbu tempat duduk kawan kami tu yang bernama 't'. Makan dan berkongsi cerita.
Sedang asyik kami berkongsi cerita tiba-tiba ada satu cerita yang amat menyedihkan. Cerita seorang member kami yang di beri nama 'r' telah menukar status agama. Dari islam ke entah agama apa. Kecewa dan terkejut. Itu sahaja yang mampu di katakan.
Setelah aku dan kawan ku mendapat kereta, aku membawa kawan ku melihat Labuan. Ronda-ronda dan balik ke rumah. Rehat sebab petang aku kena bawa ibu dan adik bongsu ku ke "Pesta Air Labuan".
Andres Si Pekerja Kontrak
Sekarang Andres sudah mempunyai taraf sebagai penduduk tetap di Malaysia. Andres juga mempunyai keluarga. Sephieya isteri kepada Andres dan hasil hubungan sulit mereka, mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonas dan Kameleya, putera dan puteri Andres. Hidup mereka bahagia. Walaupun Andres hanya pekerja kontrak, namun Andres tetap mampu menyara keluarga.
Andres mampu menyara keluarga sebab Andres adalah seorang yang tidak memilih. Semua pun dia tidak pilih. Makan, minum, mandi, mahupun kerja. Sampai la suatu hari dia terpaksa mencari sesuatu untuk di sediakan sebagai santapan kepada permaisuri , putera dan puteri hidup Andres. Setelah sekian lama hanya memakan tumbuhan dari hutan seperti pucuk paku dan tumbuhan air seperti kangkung isteri Andres, Sephieya memohon Andres menyediakan satu makanan berunsurkan daging. Puas Andres mencari apa yang harus di sediakan untuk santapan keluarga. Daging mahal. Ayam mahal. Ikan mahal. Semua mahal di sekarang ini.
Tiba-tiba dia ternampak daging percuma.
................................................................................................................
Maka makanan pada hari itu adalah daging untuk keluarga Andres. Andres berasa senang hati sebab telah menyampaikan hajat anak dan isteri. Bangga di dada Andres.
Lif
Tiba di Bangunan WCT land, aku menolak pintu dengan badan aku sahaja. Ada awek yang 'bermuka palsu' dihadapan senyum dengan aku dan membukakan pintu untuk aku.
Cis!!!!!
"Lift under maintenance" satu papan tanda depan lif. Patut awek tu senyum lebar. Aku kena bawa dokumen kontrak tu ke tingkat tiga naik tangga.
Ibu.........
Kau disiram bayu pagi - Exist oh ibu
memang betul. Ibu selalu bangun pagi. Seawal 5.00 pagi. Menyediakan sarapan untuk anak-anaknya yang kesemuanya adalah lelaki. Sambil-sambil tu ibu akan membasuh kain dan kemudian akan mengejutkan anak-anaknya dengan penuh kasih, dengan penuh sayang.
Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia - Dato Shake Umi
Ibu memang sengsara. Menjadi ibu dan bapa. Ibu adalah ibu tunggal kepada kami tujuh beradik yang kesemuanya adalah hero dalam hidup ibu. Kami sering berdoa untuk ibu. Agar kami dapat menanggung sengsara ibu. Meringankan semua sengsara ibu.
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan- Exist oh ibu
Ibu. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan aku dan juga adik-adik yang lain. Bagaimana kami ingin mengisi perut kami yang kosong. Bagaimana kami ingin tidur dengan selesa. Dan siapa pula yang akan mengejutkan kami ketika kami nyenyak tidur. Dan siapa yang akan menyekolahkan kami. Kalau orang lain mesti kami di suruh menjual balsem, keropok dan sebagainya di stesen minyak petronas.
Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita
Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira- Dato Shake Umi
Sedaya upaya ku. Menghilangkan derita ibu. Membuatkan ibu gembira. Bila masa aku telah membantu ibu menjaga adik-adik. Membantu ibu mentadbir keluarga ku yang agak bergelora. Walaupun aku masih lagi bersekolah. Ibu aku menggembirakan mu dengan menyambung pelajaran ku walaupun kau tidak mampu. Namun aku tetap berusaha sendiri menanggung pembelajaran ku di kota konkrit yang amat panas ini. Ibu tak perlu risaukan aku. Anak remaja mu ini bermotivasi tinggi dalam perantauan ini. Biar dimana aku di campak, dengan berkat doa mu aku masih lagi bernafas.
Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...
Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia
Umi... Umi cinta padamu - Dato Shake Umi
Ibu. Derita mu kini aku yang menanggungnya. Apa-apa masalah mu akan kau ceritakan kepada mu. Dan aku akan mengambil semua tindakan tegas seperti jeneral tentera mengarahkan orang bawahan. Aku memang tidak lagi sanggup melihat kau menderita. Biar aku yang menanggung kesemua derita mu ibu.
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati- Exist oh ibu
Ibu. Hasrat ku dan juga hasrat adik-adik ku yang mahu kau tahu bahawa kami sangat menyayangi mu, bahawa kami mahu menanggung derita mu, bahawa kami sanggup bekorban demi mu ibu. Namun kami belum lagi sempat melakukan sebahagian dari hasrat kami ini. Setiap hari kami mencuba dan terus mencuba dan terus. Sampai kami berjaya. Mudah-mudahan kami sempat melakukannya, membuktikannya.
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu- Exist oh ibu
"Ya Allah. Ampuni lah segala dosa ibu Fatimah Bte Md. Yassin. Tempatkan lah ibu bersama-sama insan yang mulia. Kau bahagiakan lah kehidupan ibu ku Ya Allah. Murahkanlah rezeki ibuku dan Kau panjangkanlah umur ibu ku Ya Allah."
Doa ini selalu ko bacakan. Untuk ibu ku. Ibu, aku mohon maaf atas segala kesilapan ku. Kekasaran ku. Kebiadapan ku yang mana telah melukakan hati mu. Ibu selamanya adalah hari mu.
Kepada ibu ku Fatimah Bte Mohd Yassin yang membesarkan ku. Yang memanjakan aku biarpun aku anak sulung. Dan mengharapakan aku membantu ibu suatu hari nanti dan harinya sudah tiba, aku ingin meminta maaf kepada mu atas segalanya.
Hari Jumaat Yang Ramai Kaum Wanita
Sambil-sambil tu aku cuci-cuci mata la. Sebab ramai wanita mengenakan baju kebaya. Tapi agak seksi. Hairan aku. Hari biasa tak macam tu. Hari jumaat juga lah di pakai baju macam tu. Gila apa.
Belum lagi tu. Ada yang bertudung. Tapi bawak balak. Balak dorang tu belum akil baligh lagi ke?
Sekian terima kasih.
Ragut
Peragut memang patut mati.
Aku doakan agar peragut-peragut di Malaysia ini mati dengan dasyat.
Bacaan lanjut arahkan 'cusor' anda ke sini.
Kamu....!!! Tolong lah!!!!!
Itu sahaja yang aku mampu perkatakan.
Itu sahaja yang aku termampu selain memerhatikan.
Jangan salahkan binatang itu.
Jangan salahkan Tuhan.
Salahkan kepada manusia itu.
Kerana semuanya datang dari manusia itu sendiri.
Tolong....!
Jangan tangkap binatang itu.
Jangan bunuh binatang itu.
Dan juga jangan di biarkan binatang itu.
Tangkaplah manusia itu.
Bunuhlah pembunuh itu.
Kerana semuanya datang dari manusia yang tinggi nafsunya.
Kerana semuanya datang dari manusia yang pelik nafsunya.

Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Ketiga: Gagah Mendaki Bukit Dan Menyusuri Hutan serta Tebing Yang Indah
30hb April 2009,
4.00 petang. Penat menaiki kapal terbang sambil membuang angin belum lagi habis di balas dengan rehat yang amat merehatkan, tiba-tiba satu panggilan telefon masuk ke telefon tangan aku. Hanya dengan satu ayat sahaja iaitu "sedia" aku pun terus mengenakan baju lengan panjang aku tapi bahagian celana aku aku kenakan celana yang pendek. Atas lutut sikit. Hehehehe.
Tibanya sahabat aku dengan jeep yang menjadi kaki utama kami sekumpulan, sekumpulan lelaki yang beperangai pelik tapi macho dan bergaya (puji diri sendiri sebab korang takkan puji aku) dan terus kami tuju ketempat yang bernama Warisan Sejarah Terowong Bekas Lombong Arang Batu. Ya, Labuan pernah menjadi popular dengan arang batu. Tiba di sana kami mengambil beberapa gambar yang akan di 'upload' kemudian sebab aku punya kad reader takde.
Memang terasa hebat sangat bila kami sampai di puncak. Sungguh indah. Lama aku tak melihat Labuan dari tempat yang tinggi dan melihat kehijauan pulau ini. Asyik-asyik aku lihat hutan batu di Kuala Lumpur. Naik bengkak mata aku. Destinasi kedua kami ialah tebing pantai pancur hitam. Tebing yang curam membuatkan kami ghairah untuk merentas hutan di bahagian tebing tu. Dah la tepi pantai, curam dan cantik pula tu.
Pada sebelah malamnya pula kami melepak di bandar Labuan. Sebab itu adalah benda wajib kami dari dulu kini hingga sekarang dan kemudian hari. Malam belabuh dengan kesejukan kampung halaman aku. Hebat dan hebat sejuk di kampung dari sejuk yang ada di bandar besar ini.
Bersambung...
Siri Balik Kampung Halaman Siri Kedua: Mendaki Ke bukit Merentas Hutan dan Tebing
Berbunyi roda kapal terbang itu sama juga berbunyinya kentut ku. Aku rasa sangat hebat. Bila saja ada pengumuman yang berbunyi "Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati, kita telah selamat....blablabla....." Aku meminta lalu dan kemudian aku mengambil bagasi yang berada di atas kepala ku. Aku keluar dari isi kapal terbang dengan hati yang amat senang dan gembira. Seperti baru mendapat hadiah tempat pertama ketika berada di bangku kayu sekolah rendah. Sangat hebat!!!!
Aku menanti beg aku keluar dari mesin yang putar-putar itu keluar. Hampir 15minit kemudian baru keluar beg aku. Sambil-sambil aku menanti kehadiran beg itu aku mesti mengejutkan sahabat rapat aku untuk mengambil aku di lapangan terbang labuan yang agak 'cool' itu. Sahabat aku tiba bawa kereta yang 'cool' jenama honda. Kami pegi sarapan sebab aku dan ibu hendak berjumpa di pusat perniagaan yang paling popular di kampung halaman aku ni. Sebab pusat perniagaan ni popular kerana ia adalah yang pertama dan terakhir berdiri sebagai pusat perniagaan. Korang fahamkan. Tak faham tanya cikgu korang.
Pertemuan aku dengan ibu di pusat perniagaan. Dan persoalan yang pertama ibu tanya ialah "Lampuh jua kau?? Inda ku kanal dari jauh" aku hanya tergelak. Aku dan ibu pulang ke rumah pukul 115 petang sebab dah panas sangat di kampung ku. Lagipun aku ada aktiviti pertama aku iaitu mendaki bukit merentas hutan dan tebing laut.
Bersambung lagi......
p/s: Sepanjang perjalanan aku di dalam kapal terbang aku asyik teringat sambil terkentut, mimpi aku yang buruk..... seram gila....
Siri Balik Ke Kampung Halaman
Aku sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Aku mengemas barang-barang kiriman ibu dan juga barang-barang ku. Dalam masa setengah jam selesai segalanya termasuk mandi. Ini di kira pakej. Pakej 30minit bersiap sedia. Dan aku sempat bertemu dengan'nya'. Makan sekali dengan'nya'. Selesai sahaja aku makan kereta BMW Malaya aku pun terus meluncur laju menuju ke Bukit Mahkota, Bangi.
Tiba di sana aku terus beborak dengan sahabat aku bernama 'a' yang mempunyai motosikal besar. Dan aku suka melihat motsikal besar itu. Dari rumah kami berpindah ke kedai mamak untuk berborak. Kali ni bertambah dengan seorang lagi teman yakni jiran sebelah rumah 'a' yang bernama 'af' yang mana 'af' mempunyai adik perempuan yang selalu 'a' dan abang kepada 'a'(yang kini berada di U.K.) dan juga aku perkatakan.
30hb April 2009,
Bangun seawal 5 pagi untuk bersiap sedia menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (yang mana selepas ini akan di sebut-sebut LCCT). Tiba di LCCT aku menuju ke kaunter daftar masuk. Kali ini aku awal datang sebab aku khuatir terlambat seperti bulan ramadhan lepas di mana aku terpaksa berlari-lari dari hujung ke hujung bangunan LCCT. Macam tak puasa. Padahal aku puasa. Jangan cakap aku tak puasa sebab berdosa kau cakap aku tak puasa.
Dalam kapal terbang aku duduk di tepi tingkap. Sekarang Air Asia pun dah kena duduk ikut nombor yang di sediakan. Sekapal dengan aku adalah kumpulan Kristal. Aku buat tak kenal je sebab aku rasa aku lagi artis dari dorang. Hahahahahahahahaha. Dan duduk di sebelah kanan ku adalah dua orang awek.
Dari mula penerbangan sampai la di umumkan oleh pemandu kapal terbang aku terus mengeluarkan angin dari perut. Kadang-kadang harum, kadang-kadang takde bau. Selamat la awek yang duduk tepi aku tukan. Hehehehehehehehe.
Bersambung........
Menanti Dan Terus Menanti
Ada yang menutup mata.
Ada yang menutup mulut.
Ada yang mengenggam tangan suami, isteri, anak, teman wanita, teman lelaki, teman dan ada juga yang mengenggam kerusi. Ada juga yang mengumat-kamitkan mulut sendiri. Entah apa yang di baca. Ada yang bepura-pura untuk membaca buku. Padahal buku sudah lama habis di baca.
Ada menggeletar tangan, kaki dan tubuhnya. Sepi. Sunyi. Terdengar suara seakan orang sedang muntah. Jantung semakin tinggal jauh dan berdebar. Tiba-tiba kerusi begegar. Dan satu suara berkumandang "Tuan-tuan dan Puan-puan, kita telah selamat mendarat di destinasi kita..blablablabla....."
p/s: Blog ini telah kembali beoperasi. Sekian terima kasih...