Semakin lama semakin sunyi la blog ni. Hahahaha.
Komen Jurulatih Malaysia
Ini adalah komen dari jurulatih malaysia. Di petik dari laman web rasmi FAM.
"Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.
Persoalannya - Kenapa pula boleh cakap begitu sedangkan kau adalah jurulatih. Jadi profesional sikit lah.
"UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.
Persoalannya - UAE memang hebat. Jadi kau berhadapan dengan orang hebat tapi persediaan kau macam lawan team tempatan sahaja.
"Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.
Persoalannya - Target seri? Tapi percaturan bukan menunjukkan kita go for seri. Then salahkan pemain. Sekali lagi. Jadi professional la.
"Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.
Persoalannya - 2 3 hari? Ya meh 2 3 hari. Adui. Jawab betul-betul la.
"(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini."
Persoalannya - Cakap biar tegas la. Buat keputusan yang pro sikit. Ini mau tunggu lagi 2 3 hari ka?
UAE 10 Malaysia O
Apa hal skuad bola Malaysia sekarang ni. Cakap boleh seri sebelum main. Sudah main tidak tau pula mau cakap apa.
Alasan paling king adalah sebab panas. Ok betul panas. Tapi, macam mana kau mau layak ke piala dunia kalau panas sejuk kau kasi salah sebab kau kalah.
Kalau begini nampaknya 30 tahun akan datang belum tentu Malaysia akan layak ke piala dunia. Bagus duit bola tu bikin kasi bagus sistem pengairan dan pemparitan termasuk sistem bekalan air di malaysia khususnya sabah.
Sekian, harap terasa kau.
Dalam Diam
Sekarang status aku banyak berubah. Dari segi saiz memang sudah berubah. Tapi saiz bukan ukuran.
Belum lagi banyak idea mau buat entri. Mungkin terlalu banyak cakap. Macam orang cakap "Diam-diam Ubi Berisi".
Ok tiada kaitan.
Prakata Yang Di Reject
Move Again
Pindah kerja lagi. Tapi aku heran. Senjak dua menjak ni asal pindah kerja mesti GM company baru tu perempuan.
Lelaki mesti jadi Bos paling besar.
Nasib la kan.
Jalan
Aku berhenti. Menarik nafas kemudian diikuti dengan mengeringkan peluh menggunakan lengan baju. Puas aku belari. Akhirnya tiba di dua persimpangan. Kiri dan kanan. Aku harus memilih. Dari jauh simpang sebelah kanan kelihatan ada batu besar. Sebelah kiri pula lebih senang jalannya. Aku harus memilih. Senang atau payah. Mungkin jalan kiri lebih senang tapi di hujungnya kita tidak tahu apa kesudahannya. Kanan pula kita tidak tahu apa disebalik batu besar itu. Memilih memang susah. Begitu juga hidup. Memilih jalan hidup memang susah. Kita hidup pun memang susah. Pilihlah kehidupan yang anda ingini.
P/s: inspirasi dari "The road not taken"
Semangat Waja
Aku diet sampai aku melupakan nasi. Aku makan roti saja. Sampai satu masa aku merasakan kelainan pada suhu badan. Badan mulai merasakan kesejukan yang amat. Kipas selalu pakai speed 3 tapi kali ni tepaksa pakai speed 1. Sampai ada masa tu aku pakai speed 0. Sejuk ya amat.
Sampai ada satu hari tu aku gym sejam kemudian sambung main futsal untuk sejam berikutnya. Baru main 10 minit pertama aku sudah kecudang. Di papah keluar oleh kawan-kawan. Kaki aku bengkak.
Kesimpulannya, kalau mau bediet dan menguruskan badan agak-agak la juga perihal makan tu. Tenaga perlu juga ada. Kalau tiada alamatnya terseliuh la kaki tu.
Dulu-dulu
Kerana Hindi
Aku kalau menonton hindi kadang-kadang pandai lekat. Lama la aku depan tv. Entah kenapa hindi ni memikat.
Selalunya kalu cerita hindi ni kadang-kadang out habis. Kalau sudah out habis memang aku tidak menonton lama. Tapi kalau menarik memang aku tonton.
Apa menarik bagi aku adalah macam mana dorang mengambil video. Cantik. Dari zaman Kuch Kuch Ho Tai sudah cara dorang merakam ni menarik. Dari segi komposisi sampailah ke segi editing. Lawa saja.
Bukan itu saja, awek-awek pun lawa juga.
Tapi paling kacau kenapalah hero dia macam pakistan yang berniaga area rumah aku kacau habis la.
P/S: Kenapa cerita hindi ni malam pula. Esok mau kerja aku ni bos.
Penat
Ok. Penat. Tambah penat apabila Liverpool kalah. Mesti ada lastman yang laju larian. Lagi tu Pepe Reina kasi training banyak-banyak.
You'll Never Walk Alone....
Tragedi Tadika
Entah kenapa tiba-tiba aku teringat akan tragedi tadika aku. Jadi aku rasa aku mau cerita sini. Tidak tau pula aku pernah ka tidak cerita benda ni.
Zaman aku dulu tadika kena dua tahun, jadi aku mula menghadiri tadika pada tahun 1990. Waktu tu tadika aku kayu lagi. Panjang dan tiada tandas. Baju warna merah petak-petak putih kecil. Seluar pendek biru.
Pada suatu hari, entah macamana aku bulih lepak di kelilingi budak-budak perempuan. Mungkin aku agak comel atau kekacakan ku terselah sudah pada usia yang muda. Tapi budak-budak perempuan memang senang dan suka begaul dengan aku waktu itu.
Sedang aku leka dengan budak-budak perempuan, tiba-tiba budak lelaki setadika aku sedang buat kecoh sambil menggerumuni seorang budak yang agak tinggi dan besar dari budak lelaki lain. Aku hairan kenapa dengan mereka. Ada seorang budak perempuan tiba-tiba besuara "Durang begaduh".
Aku dengam gaya hero bediri dan budak-budak tadika perempuan yang lepak dengan aku menasihatkan aku supaya tidak masuk campur. Hati aku sudah keras untuk tidak mendengar nasihat budak-budak seumur dengan aku. Lalu aku belari dan menuju kearah kumpulan budak lelaki itu.
Rempuhan pertama aku, memang aku terkena tolakan balas dan terpelanting jatuh disusuli jeritan budak-budak perempuan. Hati aku menjadi panas. Lalu aku bangkit dan terus merempuh dengan rempuhan kedua. Aku berjaya mendapatkan budak lelaki yang ditengah itu dan melepaskan satu penumbuk tepat ke mata budak tersebut.
Budak itu jatuh dan memegang mata sambil menjerit kesakitan. Budak lelaki lain terdiam dan melihat aku. Guru tadika aku mendengar jeritan budak itu dan melihat melalui tingkap kelas.
Akhirnya aku dan beberapa budak lelaki lain berdiri di hadapan kelas. Cikgu menangis sambil berkata "Cikgu tidak pernah ajar kamu jadi samsing. Apa cikgu mau jawab sama ibu dia?". Semua kami tunduk. Tiba-tiba ibu aku datang. Sebelum itu ibu aku sudah bercakap dengan ibu si mangsa penangan aku.
Balik rumah aku menerima beberapa libasan tali pinggang. Habis aku pusing-pusing melarikan diri sekitar ruang tamu.
Tapi sekarang aku bukan samseng. Aku masih menjadi manusia. Aku juga masih lagi tidak faham dan tahu apa salah budak yang menjadi mangsa tumbukan aku. Kenapa dia perlu aku tumbuk?
Hairan juga o....
Beberapa Hari
Boring. Entah apa yang mau aku taip langsung aku tidak tau.
Sekarang ni aku sudah bekerja ditempat baru. Tugasan sama cuma intipatinya lain. Kalau dulu mula dengan infra, kemudian bangunan sekarang aku masuk kearah yang lebih sulit. I.D. Nama singkatan ataupun interior design punya kompeni.
Kompeni ni banyak juga buat kerja-kerja ubah suai. Hampir tiap-tiap hari ada saja tender mau di isi. Kalau ada tender sibuknya pun bukan kepalang. Due date singkat memang macam tu.
Tapi apa yang aku syukuri adalah peningkatan pada gaji aku. Syukur Alhamdulillah.
PS: macam skema habis ja cara aku menulis. Kehkehkeh. Lama tidak menulis katanya.
Hari ini
Hari terakhir aku berada di tempat kerja yang penuh dengan makcik-makcik. Jumaat ni aku mula lagi dengan tempat baru. Moga di berkati gerakan aku kali ini.